12 di sungai pelek - Google Blog Search |
BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search Posted: 25 Oct 2013 03:42 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |||||||||||||
Kaji semula penutupan JPN, imigresen <b>Sg Pelek</b> — KL-TODAY.COM Posted: 05 Aug 2013 08:31 AM PDT
SEPANG: Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin menuntut kerajaan mengkaji semula penutupan Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Sungai Pelek, di sini sejak 1 Ogos lalu. Menurutnya, tindakan penutupan itu telah menimbulkan kesusahan kepada penduduk untuk berurusan dalam perkara-perkara berkaitan seperti pembuatan atau pembaharuan passport, pendaftaran sijil kelahiran, sijil kematian, pendaftaran kad pengenalan dan sebagainya. "Saya difahamkan penutupan kedua-dua pejabat Kerajaan itu dilakukan kerana isu penamatan sewaan. Saya difahamkan kedua-dua jabatan tersebut tidak dapat menyambung perjanjian pelanjutan penyewaan ruang pejabat kedua-dua jabatan berkenaan kerana tiada penyelesaian dapat dicapai berhubung perjanjian baru yang disediakan oleh jabatan-jabatan tersebut dan pihak Tuan Tanah. "Saya berpendapat adalah tidak munasabah kedua-dua jabatan tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah teknikal dan remeh tersebut hingga mengakibatkan penutupan kedua-dua pejabat berkenaan yang sekaligus mendatangkan kesusahan yang amat besar kepada para penduduk. Penutupan ini adalah bertentangan dengan janji Barisan Nasional kononnya rakyat didahulukan.," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Sehubungan itu, beliau memohon pihak kerajaan mengkaji semula keputusan penutupan kedua-dua jabatan tersebut dan seterusnya membuka semula kedua-dua jabatan tersebut di lokasi yang sama bagi memudahkan para penduduk menjalankan urusan dengan kedua-dua jabatan sepertimana sebelumnya "Sekiranya permintaan aduan penduduk tidak didengar pihak saya akan membawa perkara ini ke Parlimen dalam sidang Parimen pada bulan September ini", katanya. |
You are subscribed to email updates from di sungai pelek - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan