12 di jeram - Google Blog Search |
- Just 40: Fabulously young at hearts: Makan <b>di</b> Aroma ikan Bakar <b>jeram</b>
- Bantuan MES <b>di</b> DUN <b>Jeram</b> berjalan lancar | Selangorkini
- Pahang Daily Online: Air <b>Di</b> Sungai <b>Jeram</b> Dekat Bukit Ibam Kian <b>...</b>
Just 40: Fabulously young at hearts: Makan <b>di</b> Aroma ikan Bakar <b>jeram</b> Posted: 28 Dec 2013 09:10 AM PST Posting ni pasal makan makan lagi. Kali ni kami makan ramai ramai kat Aroma Ikan Bakar di Jeram. Sebelum ni aku dgn fis pernah pergi sekali dengan kawan kawan Fid some time last year. Mula mula kena la tepek gambar tuan tanah dulu kan, buat penyeri. Geng ronggeng sebenarnya plan nak makan ramai ramai kat sini dah lama dah. Tapi setiap kali plan terpaksa di cancel oleh sebab sebab tertentu. Akhirnya menjadi kenyataan masa cuti x'mas baru baru ni. Kami buat check point kat R&R sg buloh. Aku yg lead our konvoi ni guna waze. We went 4 kereta. 13 dewasa dan 5 kanak kanak. Nak ke Jeram ni senang je sebab kami ikut Latar highway. Dari lebuhraya plus utara selatan tu exit kat Rawang Selatan terus ikut sign board Latar. Exit kat Ijok. X jauh lepas exit tu ada cendol bakar yg femes tu. Terus sampai penghujung jalan kat T junction ambik kiri. Beberapa km dari situ ada trafic light yg ada sign board Medan Ikan Bakar Jeram masuk kanan and follow je sign board. Senang sangat. Kami sampai awal. Meja dah siap reserved cuma sms yg kami sent untuk pesan order orang tu kata tak sampai kat dia. So we ordered our food again. Sementara nak tunggu makanan siap, kami ke pantai untuk posing posing. Sebaiknya sebelum datang buat booking dulu and pesan order sekali. X lama la menunggu nanti. Pantai kat sini x boleh mandi sebab tanah selut. Lagi pun masa kami sampai air tengah surut. Ada la beberapa orang datang kutip baby lala. Ramai jugak customer kat pantai posing posing sementara tunggu food siap.jom layan gambar makanan pulak. Kami order ikan macam ni 4 ekor size sedang. 2 masak 3 rasa dan 2 lagi masak sweet sour. Ketam pulak kami ordered 12 ekor untuk 4 hidangan. 2 masak cili dan 2 sweet sour. Sedap A plus untuk ketam cili ni. Lala masak lada hitam 2 set mcm ni. Kami nak order pepahat masak hamluk tapi pepahat xde pulak hari tu. Tom yam ni kami ordered 2 set. Selain dari food yang ada dalam gambar ni kami ordered sotong goreng tepung 500 g per plate kami ordered 5 plates. Udang goreng butter kami ordered 4 set 400g per set. Yang lain lain tu kami ordered telur dadar 3 set untuk size 3 org makan, kailan Ikan masin 2 set. Air pulak kami ordered 3 jug ice lemon tea, 1 jug sirap dan 2 jug air suam. Total kami kena bayar rm759. So seorang dewasa kena rm54 la lebih kurang. Nuar lepas makan dok kata x puas sebab xde order ikan bakar. Nama kedai pun ikan bakar tapi kami x order pun ikan bakar. Bijak bijak. Nanti kalau ada repeat ke sini ken make sure order ikan bakar. Masa otw tu kami ada singgah minum cendol bakar. Punya la ramai orang kat cendol bakar tu. Sedap sangat sampai posing pegang tiang. Ha ha ha. Kat cendol bakar ni ada lempeng bakar, cucur udang, nasi ayam dan lain lain. Kiranya kalau ke Jeram ni boleh la kill 2 birds with 1 stone. Ok. Tu je nak citer pasal makan. |
Bantuan MES <b>di</b> DUN <b>Jeram</b> berjalan lancar | Selangorkini Posted: 22 Dec 2013 08:51 PM PST [unable to retrieve full-text content]Oleh : Afeeqa Afeera. SHAH ALAM, 23 DIS : Penyerahan bantuan yang disediakan Kerajaan Negeri melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram berjalan lancar sehingga kini sejak ... |
Pahang Daily Online: Air <b>Di</b> Sungai <b>Jeram</b> Dekat Bukit Ibam Kian <b>...</b> Posted: 29 Dec 2013 05:18 PM PST BUKIT IBAM - Penduduk Kampung Buluh Nipis, di sini, gempar dengan penemuan ikan-ikan di Sungai Jeram yang seperti sudah tidak bermaya dan boleh ditangkap dengan senang serta keadaan air sungai yang berwarna kemerahan. Keadaan sungai yang kotor dan penemuan ikan-ikan yang tidak bermaya itu disedari ketika beberapa orang penduduk termasuk Tok Batinnya, Mohsonie Hassan, 42, pergi melihat jaring ikan yang ditahan di sungai tersebut. Menurut Mohsonie, pada pagi Sabtu lalu ketika pergi menahan jaring dengan rakan-rakannya, keadaan air sungai masih lagi seperti biasa dan tiada kelihatan ikan-ikan yang tidak bermaya itu. "Waktu tengahari Sabtu itu, saya dengan rakan yang lain pergi ke sungai untuk melihat ada atau tidak ikan yang lekat di jaring, kami terkejut kerana melihat air telah berubah menjadi keruh seakan berwarna merah semacam bercampur dengan lumpur. "Tambah mengejutkan kami, banyak ikan yang pelbagai jenis dan saiz di sungai ini yang timbul dalam keadaan tidak bermaya berhampiran dengan tebing sungai," katanya. Menurutnya, ikan-ikan yang timbul di permukaan air itu seperti sukar untuk bernafas dan begitu mudah ditangkap. "Kami cuba menangkap ikan-ikan tersebut dan ia begitu senang kerana tidak ia lari. Selepas ditangkap, kami lihat insang ikan tersebut dipenuhi dengan lumpur. "Antara ikan-ikan yang ditemui dan ditangkap oleh penduduk seperti ikan tapah, belida, kaloi, baung, udang serta banyak lagi," katanya. Dalam pada itu, oleh sebab bimbang dengan keadaan air sungai dan penemuan ikan yang tidak bermaya itu, Mohsonie telah melaporkannya kepada pihak berkuasa yang berkenaan. "Sebelum ini pernah jadi sebanyak dua kali tetapi tidak seteruk ini, saya telah lapor kepada pihak yang berkenaan supaya dapat menjalankan siasatan mengenai punca berlakunya pencemaran begini. Ada penduduk mendakwa terdapat bau diesel pada badan ikan yang ditangkap. "Dua orang wakil dari Unit Perikanan Darat, Jabatan Perikanan Pahang telah pun datang membuat siasatan semalam dan memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati air sungai memang tercemar," katanya. Menurutnya, Jabatan Alam Sekitar juga telah maklum akan kejadian ini tetapi setakat ini (tengahari semalam) masih belum datang menyiasat. #sumber |
You are subscribed to email updates from di jeram - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan