12 di sepang - Google Blog Search |
Avani <b>Sepang</b> Goldcoast Resort Dan Banghuris Homestay <b>...</b> Posted: 25 Dec 2013 07:53 PM PST Avani Sepang Goldcoast Resort Dan Banghuris Homestay | Destinasi Menarik Di Sepang | Masih ingat tak korang tentang entri pengalaman pertama sebagai Sahabat Media Cuti Cuti 1Malaysia ? Kalau lupa sila klik ye. Masa tu kami semua dijemput ke Avani Sepang Goldcoast Resort untuk Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) bagi pelaksanaan Voluntourism Adoption Initiative : Program Pembersihan Dan Pengindahan Pantai Bagan Lalang, Sepang. Selepas tu, kami juga dibawa ke Banghuris Homestay dan pelbagai aktiviti menarik disediakan. Avani Sepang Goldcoast Resort Gambar villa laut mewah yang sempat aku ambil sebelum majlis bermula : Banghuris Homestay Sambil makan, kami dihiburkan dengan live band oleh kakitangan Banghuris Homestay. Walaupun veteran, tapi suara memang meletops. Artis Iqwal juga turut menyumbangkan lagu untuk kami diikuti beberapa rakan sahabat media yang berbakat besar. Habis makan, terpandang meja-meja lain. Nape banyak yang kosong? mana semua pergi? La, rupa-rupanya masing-masing dah melekat kat kolam memancing ikan. Patut pun.. hehe.. apa lagi, cam menarik je. Teringin gak nak cuba memancing, tapi ikan plak tak sudi nak mancing kite..ehh...hehe. Selepas itu, kami dibawa ke kebun getah untuk demonstrasi cara-cara menoreh getah dan memproses getah keping. Apalagi, ramai la yang nak mencuba. Masing-masing cuba menoreh tak kurang jugak ada yang dah macam nak menebang pokok getah tu...hehe.. Walaupun Banghuris Homestay terletak jauh dalam kawasan ladang kelapa sawit, sape kata tak boleh nak feeling-feeling oversea? Ha, jangan tak tau. Ada satu kawasan ladang buluh yang memang cantik ala-ala kat Korea atau Jepun. Buat photoshoot memang cantik kawasan ni. Rugi la kalau sape datang sini tak mengabadikan gambar di ladang pokok buluh ni. Sesiapa yang berminat untuk datang ke Banghuris Homestay, boleh la hubungi :
Ini la antara pengalaman aku sepanjang program Sahabat Media Cuti Cuti 1Malaysia ke Avani Sepang Goldcoast Resort Dan Banghuris Homestay. Harap lepas ni banyak lagi program dapat aku sertai. |
You are subscribed to email updates from di sepang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan