Selasa, 7 Januari 2014

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Kalimah Allah: 400 demonstrasi, bakar patung <b>di</b> IPD <b>Kuala Langat</b> <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2014 06:37 AM PST

BANTING 3 Jan. – Lebih 400 anggota Umno Bahagian Kuala Langat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman berhubung isu penggunaan kalimah Allah di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini hari ini.

Wakil-wakil daripada Umno Bahagian, Belia 4B, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Jemaah Muslim, Majlis Belia Daerah dan Pekida Kuala Langat membuat bantahan terhadap kenyataan Pengarang Majalah Mingguan Katolik 'The Herald', Paderi Lawrence Andrew bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.

Mereka juga membuat laporan polis terhadap Lawrence dan membakar patung paderi itu di lokasi berkenaan. – BERNAMA

KUALA LUMPUR – Setiusaha UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah mempersoalkan niat sebenar di sebalik tindakan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew menggesa gereja-gereja katolik di Selangor untuk terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan mereka.

Beliau mempersoalkan niat sebenar Lawrence kerana isu penggunaan kalimah Allah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang ia tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain, selain daripada umat Islam pada Oktober lepas.

Tindakan Lawrence itu, menurut beliau, seolah-olah ingin mencabar pihak berkuasa, keputusan mahkamah serta mempermainkan emosi umat Islam dan jika dibiarkan akan mengganggu keharmonian kaum di negara ini.

"Oleh itu, UMNO Bahagian Cheras memutuskan untuk membuat laporan polis dan mengadakan satu perhimpunan bantahan terhadap tindakan Lawrence.

"Kami berbuat begini untuk menggesa agar pihak berkuasa, khususnya Kementerian Dalam Negeri bertindak tegas terhadap beliau bagi menjaga keharmonian negara," jelas Syed Mehdhar ketika ditemui selepas perhimpunan bantahan yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini. – UTUSAN

Sharing is Caring

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads