12 di tanjung karang - Google Blog Search |
Ali Pancing: Berfoto <b>di Tanjung KARANG</b> Posted: 04 Dec 2013 06:29 PM PST Kali ni ke Tanjung Karang bukan pergi memancing haruan, ahh... lupakan dulu kisah haruan yang berjimba dalam parit dan tali air tu... memang aku tak nak layan. kali ni aku nak menghayati keindahan alam sawah padi yang luas terbentang, sambil mensyukuri nikmat yang Tuhan bagi untuk ku simpan dalam kotak hati. Ewahh... Kebetulan sampai tengahari tu cuaca baik, awan pun banyak! Tapi time ni pokok padi baru sekaki dalam sawah. Salah timing... patut datang time padi tengah tinggi. Nak buat camana, aku bukan permastautin tetap kat Tanjung Karang ni. Jadi, aku terjah je la Habih semua orang tengok aku ambik gambar! Tapi... di tepian tali air ni buat aku rasa nak capai pancing aku kat dalam bonet kereta. Seolah-olah sang haruan menari-nari mengejekku kerana tidak memancing hari tu! Cis sungguh! Ahhh... layan pokok kelapa dulu Ini pun port haruan jugak ni! Aik, tadi kata nak ambik gambar je... kenapa sebut haruan pulak? Mula-mula tu cuaca cantik... Bila membawa ke petang dah mula mendung... nampak tak hujan lebat kat depan tu? Macam nak ribut je tu... Lariiiiiiiiikkkkkkkkkk! Sepatah dua kata dari penaja: Sawah padi yang luas terbentang inilah menghasilkan beras lalu menjadi nasi yang kita makan hari-hari tu. Betapa tegarnya petani membanting tulang mengerah tenaga menjaga sawah yang bukan sekangkang kera. Hargailah petani dan pokok padi kita. |
Omak Kau!!!!: BERKAMPUNG <b>DI TANJUNG KARANG</b> UNTUK <b>...</b> Posted: 16 Nov 2013 09:35 AM PST Bertempat di Taman Nilam Tanjung Karang Selangor, Dun Permatang telah menganjurkan Mini Karnival Usahawan Wanita Desa (MKUWD) yang dirasmikan oleh YB Dr Daroyah Alwi merupakan Exco Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi juga ADUN Sementa dalam suasana yang meriah disulami dengan perlbagai program menarik yang telah diatur oleh pihak penganjur dimana telah mendapat sambutan hebat dan menggalakkan. Omak kau juga tidak ketinggalan bersama Penyelia Pet-Soho's Selangor Puan Siti Aminah juga kerjasama protege membuka dua buah booth untuk menjual produk kuih, buah-buahan dan reflexiologi. Tahniah kpd Tuan Yahya Shari bersama jawatankuasanya atas kejayaan ini. Teruskan usaha sokongan ini agar usahawan-usahawan ini dapat terus dibimbing dan dipacu lebih kehadapan untuk mengetengahkan produk masing-masing. |
You are subscribed to email updates from di tanjung karang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan