Ahad, 4 September 2011

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


[YB] Perutusan Syawal Adun <b>Batu Caves</b> 2011/1432 - xBlog Politician

Posted: 30 Aug 2011 05:03 AM PDT


Perutusan Syawal Adun Batu Caves 2011/1432 – Syawal Bulan Menyambung Momentum Ramadhan

Posted: 30 Aug 2011 02:30 AM PDT

Alhamdulillah marilah kita rafaqkan kesyukuran kehadrat Allah kerana kita dapat menemui Ramadhan yang penuh berkat tahun ini dan mampu menyudahkan ibadah Puasa yang diwajibkan kepada mereka yang beriman.

Dikesempatan ini saya bersama keluarga besar pimpinan Pakatan Rakyat  dan Parti Keadilan Rakyat , Dun Batu Caves dan Parlimen Gombak ingin mengucapkan salam Eid Fitri kepada semua warga khususnya untuk masyarakat dan rakyat di Batu Caves. Semoga Eid Fitri kita sambut  dengan gembira  setelah  melalui  pendidikan Ramadhan yang melatih kita agar menjadi muslim dan manusia yang taat dan bermanafaat.

Disebalik kegembiraan yang dianjurkan harapnya dapatlah kita bersama mengekalkan momentum positif yang dicerna dalam bulan Ramadhan. Ibadah puasa yang kita lalui dalam bulan Ramadhan  berupaya meningkatkan iman dan taqwa dan seterusnya melahirkan manusia-manusia yang terdidik hati dan lakunya.

Pembentukan masyarakat yang cemerlang dan dirahmati  sewajarnya digerakkan oleh mereka-mereka yang taat kepada penciptanya dan bermanafaat kepada manusia.  Diharapkan kita akan menjadi salah satu dari manusia-manusia tersebut yang mengerakan perubahan kearah kebaikan dalam masyarakat.

Dalam sirah Rasulullah Salallahualaihi Wassalam, kita diberitahu telah berlaku peperangan Ahzab atau juga dikenali sebagai perang Khandaq yang berlangsung dalam bulan Syawal di tahun ke 5 Hijrah. Tentera Kuffar telah membentuk  barisan bersekutu antara Yahudi dan Musyrikin yang mempunyai kekuatan 3 kali ganda dari kekuatan tentera  umat Islam di kota Madinah.Dengan izin Allah tentera Islam mampu bertahan dan mencapai kemenangan walaupun barisan bersekutu Kuffar mengepung hampir sebulan kota Madinah. Allah rakamkan peristiwa tersebut dalam surah Al Ahzab.

Kemenangan tentera Islam salah satunya terhasil dengan tingginya keimanan dan ketabahan tentera Islam berhadapan dengan serangan fizikal dan mental pasukan lawan, walaupun saat itu umat Islam masih berada dalam kesedihan selepas kekalahan perang Uhud.Hanya manusia-manusia berkualiti yang mampu berhadapan dengan dugaan dan cabaran besar sedemikian rupa, dan mereka juga berhadapan dengan peperangan itu 7 hari selepas tamatnya Ramadhan tahun tersebut.

Justeru marilah kita ambil semangat tersebut sebagai pedoman kita melalui hari depan dalam melawan nafsu dan cabaran serta ketidakadilan yang kerap terpampang dihadapan kita. Allah berjanji kemenangan akan tetap bersama dengan kebenaran dan ianya lebih mudah dengan perancangan yang teliti dan bijaksana serta dengan pertolongan Allah.

 

"Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepada kalian ketika datang kepada kalian pasukan, lalu Kami mengirimkan kepada mereka angin taufan dan pasukan yang tidak dapat kamu lihat. (al-Ahzab: 9-11).

Allahu Akhbar Allahu Akhbar Allahu Akhbar Walillahi Hamd

Salam Eidulfitri
Minal 'aidil wal faiziin.
Maaf zahir dan batin.

Like this:

Be the first to like this post.


ADUN cina takbir Raya rumah ke rumah

Posted: 30 Aug 2011 01:47 AM PDT

1 Syawal 1432H. [MOD] -
bumiperak.blogspot.com

IPOH 1 Syawal : ADUN Simpang Pulai YB Chan Ming Kai turut serta dalam majlis ziarah dan bertakbir dari rumah ke rumah di Taman Panglima Ipoh bersama dengan lebih 50 orang penduduk di sini.

Chan Ming Kai berpakaian baju Melayu bersongkok telah bersama dari awal hingga ke 12 rumah terakhir. Tuan rumah menyambut penuh mesra dengan tetamu istimewa wakil rakyat dari Keadilan ini turut serta dalam rombongan penduduk. Turut bersama anak-anak yang lebih ceria dengan duit raya yang diterima.





Majlis Rumah Terbuka Yang di-Pertuan Agong.

Posted: 30 Aug 2011 01:42 AM PDT

Berita bergambar ADUN Titi Serong.

Posted: 30 Aug 2011 01:32 AM PDT

1 Syawal 1432H. [MOD] -


Indonesia sambut Aidilfitri Rabu ini

Posted: 30 Aug 2011 01:00 AM PDT

1 Syawal 1432H. [MOD] -

Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidifitri pada Rabu ini, demikian diumumkan oleh Menteri Agama Suryadharma Ali malam semalam.

Keputusan itu merupakan kesimpulan daripada pandangan wakil-wakil kumpulan Islam, yang sebilangan daripada mereka berpendapat 1 Syawal jatuh pada hari Rabu, berdasarkan hasil pemantauan anak bulan Syawal di 96 tempat di seluruh republik itu.

Daripada sejumlah tempat itu, sebanyak 30 tempat menghasilkan keputusan tidak melihat anak bulan dan cuma tiga tempat yang menyatakan melihat anak bulan namun ketiga-tiga hasil penemuan itu ditolak kerana ia tidak sesuai secara keilmuan.

Walaupun kerajaan telah menetapkan 1 Syawal pada Rabu, para anggota Muhammadiyah, salah satu kumpulan Islam terbesar di Indonesia akan tetap merayakan Aidilfitri hari ini.

Wakil Muhammadiah pada mesyuarat itu telah memohon izin daripada Suryadharma untuk kumpulan itu menyambut Aidilfitri hari ini.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa melindungi keselamatan para anggota kumpulan itu yang akan menunaikan solat Aidilfitri mendahului sehari lebih awal daripada umat Islam lain.

Sambutan Aidilfitri kumpulan itu sesuai dengan penetapan yang dibuat oleh pimpinan pusat Muhammadiah berdasarkan kaedah kiraan falak yang mereka gunakan.


Najib memasuki fasa 'Pak Lah', kata DAP

Posted: 30 Aug 2011 12:56 AM PDT

1 Syawal 1432H. [MOD] - Tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang telah merosot enam mata kepada 59 peratus, menunjukkan perdana menteri itu sedang mengalami nasib yang serupa dengan pemimpin yang digantinya, kata penganalisis DAP Liew Chin Tong.

NONEMenurut badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center hari ini, sokongan terhadap Najib itu merudum kepada paras terendah dalam tempoh hampir dua tahun.

"Saya fikir Najib sedang memasuki fasa Pak Lah fasa. Perkara sama berulang, seperti semasa era Pak Lah," kata Liew (kiri).

Rakyat mempunyai harapan yang besar ke atas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, atau ldebih mesra dengan panggilan Pak Lah selepas beliau mengambil alih pemerintahan kuku besi 22 tahun di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu telah berikrar untuk membasmi rasuah yang menyaksikan beliau meraih sokongan besar dan peratus rakyat yang menyokongnya naik kepada 91 peratus apabila beliau mengambil alih jawatan pada tahun 2004, mengikut badan bancian yang sama itu.

Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in PutrajayaWalau bagaimanapun, kegagalan Abdullah untuk mengotakan janji-janjinya menyebakan parti-parti komponen BN yang diterajuinya pada pilihan raya umum 2008, kehilangan majoriti dua pertiga di dalam Parlimen buat kali pertama. Pada bulan September tahun itu, tahap puas hati dengan kepimpinannya terus merosot secara menadadak kepada hanya 43 peratus.

Liew, yang juga ahli parlimen Bukit Bendera, berkata kemerosotan populariti Najib membuktikan dasar-dasar yang telah dan cuba diperkenalkannya telah gagal.

"Ia adalah isyarat jelas bahawa dia perlu melakukan pusingan U, kerana apa yang dia cuba lakukan tidak berhasil," katanya.

Malaysiakini/-

Ulasan :

Najib juga menjadi PM yang pertama memiliki seorang isteri yang bermati-matian mendakwa dia sebagai first lady dengan berbagai cara dan helah serta penipuan.

Selain itu PM Najib sangat terbeban dengan isterinya yang menjadi pengacau kepada kerajaan dengan melangkaui tugasnya sebagai isteri PM dengan menganggu berbagai kementerian.

Satu masa saya pernah cadangkan kepada Najib untuk lantik isterinya sebagai menteri kerana saya sudah sangat bosan dengan tingkah Rosmah yang berlagak lebih sudu dari kuah.


PM dan Kabinet Jepun letak jawatan

Posted: 30 Aug 2011 12:35 AM PDT

1 Syawal 1432H. [MOD] -

TOKYO: Perdana Menteri Jepun dan Kabinetnya meletak jawatan hari ini menjelang undi Parlimen bagi melantik bekas Menteri Kewangan, Yoshihiko Noda sebagai pemimpin baru Negara Matahari Terbit itu.

Noda, dilihat sebagai pemimpin konservatif fiskal, berdepan pelbagai masalah termasuk bagaimana untuk membiayai proses pemulihan Jepun selepas dilanda gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu, krisis nuklear yang masih berlarutan dan langkah untuk mengukuhkan mata wang di pasaran antarabangsa.

Noda dipilih semalam bagi mengetuai Parti Demokratik Jepun dan bakal diumumkan sebagai Perdana Menteri di Parlimen hari ini.

Beliau menggantikan Naoto Kan, yang meletak jawatan selepas hanya 15 bulan memegang tampuk pemerintahan. - AP


Noda sah PM baru Jepun

Posted: 30 Aug 2011 12:32 AM PDT

1 Syawal 1432H. [MOD] -

TOKYO: Yoshihiko Noda (Gambar) dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun keenam dalam tempoh lima tahun dengan misi besar untuk memulihkan negara berkenaan daripada bencana alam, krisis nuklear dan meningkatkan tahap ekonomi.

Beliau menggantikan Naoto Kan yang hanya memegang jawatan selama 15 bulan dan Kabinet meletak jawatan pagi ini bagi memberi laluan kepada Noda, bekas Menteri Kewangan dilantik sebagai Perdana Menteri baru.

Noda, 54 — yang menewaskan empat pencabar dalam Parti Demoktratik Jepun dalam undian dijangka memilih barisan Kabinet baru dan pemimpin kanan parti itu dalam sedikit masa lagi. - AFP


Kemenangan dan Kemerdekaan

Posted: 29 Aug 2011 07:46 AM PDT

Aidilfitri hari kemenangan;
Kejayaan menempuh halangan;
Mengenali erti kekurangan;
Bagi yang tahu kesenangan.

Kepada pembaca budiman, saya ajukan soalan di hari yang mulia ini: Adakah umat Islam di Malaysia sebenarnya sudah menang?

Mungkin ada di antara kita yang, setelah sebulan berpuasa, menang lapar dan dahaga secara peribadi tetapi sebagai masyarakat yang sepatutnya menang di dalam janji kemerdekaan, perjuangan kita jelas masih belum selesai.

Mungkin ada di antara kita yang, setelah berakhirnya Ramadhan, menang dengan sedikit sumbangan di tangan dan wang zakat di saku tetapi sebagai masyarakat yang sepatutnya menang dari segi erti ekonomi rumahtangga yang benar-benar berdikari lagi mencukupi, jelas perjuangan kita memang belum selesai.

Kita belum menang bila kesederhanaan Islam dicela dengan taburan fitnah perpecahan hari demi hari.

Kita belum menang bila ketegasan Islam terhadap rasuah diperlekehkan dengan bercambah dan berakarnya budaya rasuah merata-rata, malah di bulan Ramadhan sekalipun.

Kita belum menang bila keadilan Islam diketepikan untuk keadilan palsu institusi kehakiman yang dinodai untuk matlamat politik sempit lagi menghimpit.

Kita belum menang bila kecaman Islam terhadap penipuan ditolak ketepi dengan kepincangan proses pilihanraya yang nyata penuh manipulasi, kolusi dan dipenuhi dengan warga baru segera.

Kita belum menang bila kewajipan beramanah dalam Islam disanggah dengan salah guna kuasa serta pecah amanah para pemimpin, pemegang jawatan awam dan penjaga keselamatan demi kesenangan sementara sesetengah pihak berkepentingan.

Kita belum menang apabila Islam diperguna untuk kepentingan politik perkauman sempit yang menjadi alasan untuk menjarah ekonomi dan menjajah politik Negara walapun penjajah British telah lama bersilih ganti dengan penjajah baru berwajah kebangsaan bersongkok tinggi.

Tepat saya rasa kita bertanya di Syawal yang mulia ini – lambang kemenangan umat Islam ke atas pancaroba hawa nafsu – bilakah kita akan menang? Bilakah rakyat negara tercinta ini akan menang?

Kita akan menang apabila ekonomi dibuka adil lagi saksama tanpa monopoli harga barang naik dan komisyen tinggi pembelian mahal lagi membazir yang memiskinkan rakyat dan merugikan masyarakat.

Kita akan menang apabila politik bersih lagi mulia memerdekakan jiwa bangsa daripada rasa takut kepada kerajaan menjadi takut kepada Tuhan.

Kita akan menang apabila keadilan dan kehakiman menjadi perisai rakyat daripada kekejaman dan keangkuhan pemegang amanah dan penjawat awam.

Kita akan menang apabila suara akhbar bebas memanggil untuk bersatu dan bukan berpecah akibat hasutan keji penulis berita.

Kita akan menang apabila penjarah ekonomi dan penjajah politik berwajah kebangsaan bersongkok tinggi yang bangga mewarisi peranan dan perundangan penjajahan British seperti ISA, PPPA, Akta Hasutan dan Ordinan Darurat dikalahkan oleh rakyat melalui pilihanraya yang bersih, telus dan adil.

Oleh itu, marilah kita terus berdoa dan berjihad agar Aidilfitri iaitu Hari Kemenangan menjadi titik perubahan kemerdekaan sebenar umat Islam di bumi bertuah ini.

Marilah kita teruskan semangat jihad Ramadan untuk kemenangan Syawal dan seterusnya berkorban Zulhijjah buat Malaysia yang lebih baik untuk semua.

(Pertama kali disiarkan di Sinar Harian, 30hb Ogos 2011)


Ucapan Selamat Hari Raya di Sinar Harian

Posted: 29 Aug 2011 07:44 AM PDT

Sungguh pantas sebulan berlalu, terlalu cepat Ramadhan tiba langsung meninggalkan kita. Namun Alhamdulillah, dalam kesibukan bekerja kami sekeluarga tetap meletakkan ibadah sebagai keutamaan di bulan yang penuh barakah ini.

Semoga kita dapat bersama-sama meraikan kemenangan Syawal ini dengan meningkatkan ibadah dan melaksanakan segala tanggungjawab dengan penuh amanah, keadilan, dan rasa penuh syukur atas segala limpah rahmatNya. Dan semoga kita kembali kepada fitrah asal selepas menggilap iman semasa latihan Ramadhan.

Akhir kata, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin kepada kesemua pembaca akhbar Sinar Harian dan rakyat Malaysia amnya.

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim & Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
YB Nurul Izzah Anwar & Raja Shahrir

(Pertama disiarkan di Sinar Harian, 30hb Ogos 2011)


Selamat Hari Raya

Posted: 29 Aug 2011 07:15 AM PDT

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin dari saya, Raja Shahrir dan seisi keluarga.

Semoga ibadah yang telah kita laksanakan di bulan Ramadhan akan kita terus praktikkan sepanjang tahun dan sepanjang hayat, insyaAllah.


Umat Islam Berhari Raya esok.

Posted: 30 Aug 2011 12:29 AM PDT

1 Syawal 1432H. [MOD] -

Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja Melayu sebentar tadi mengumumkan bahawa 1 syawal jatuh pada 30 Ogos bersamaan dengan hari selasa.

Dengan itu umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa esok hari selepas menunaikan ibadah puasa selama 29 hari.


12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


jawatan kosong 2011 <b>di</b> majlis daerah <b>sabak bernam</b> (mdsb) ~ info <b>...</b>

Posted: 07 May 2011 06:53 PM PDT


Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Daerah Sabak Bernam / Selangor serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam.

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI), GRED N17

2. PEMBANTU AKAUNTAN, GRED W17

3. PEKERJA AWAM, GRED R1


Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDSB dengan bayaran RM2.00 bagi setiap borang yang boleh didapati dari Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Majlis Daerah Sabak Bernam

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.
Tarikh diiklankan pada 3 Mei 2011 (Selasa)
Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 MEI 2011

iklan jawatan kosong

PERKHIDMATAN SEWA VAN 10 PENUMPANG - <b>Sabak Bernam</b> <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2011 06:21 PM PDT

Kami berpusat di Sabak bernam, ada menyediakan khidmat sewa van jenis Toyota Hiace berkapasiti 10 penumpang. Van tersebut boleh disewa bersama pemandu. Untuk Kawasan Sungai Air Tawar, Kawasan Parit Baru, Kawasan Sabak Bernam dan Kawasan Sungai Besar,

Antara perkhidmatan yang kami sediakan:

- Pelancongan ke mana mana destinasi di Semenanjung
- Lawatan pihak korporat dan organisasi kerajaan
- Rombongan perkahwinan
- Rombongan sekolah dan universiti
- "Transfer" ke mana mana destinasi di Semenanjung

Harga yang ditawarkan berpatutan dan van tersebut berada di dalam keadaan yang baik dan selesa utk perjalanan jauh.

VAN BARU KELUARAN 2011- sangat selesa
HARGA SEWA ADALAH RM300 - RM350 ( Boleh Dirunding)

Van Toyota Hieace : (Brand New Van)

If 1Hari Rm350
If 2Hari Sehari kira RM320
If 3Hari Sehari Kira RM310
If 5Hari Sehari Kira Rm300

Security Deposit RM200

*Akan dipulangkan selepas pulangkan Van..!!

Dokumen diperlukan : IC, Lesen dan Bill Rumah Photocopy.

Sila hubungi: (untuk tempahan dan pertanyaan)

- 016 3145 697 (FARIDAH HASSAN)

* Salah satu cara penjimatan untuk perjalanan berkumpulan

Terima kasih.

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Eh Myvi terbakar <b>di Kelana Jaya</b> « Ehmashi [dot] com

Posted: 18 Aug 2011 07:20 PM PDT

Ketika Mashi menulis artikel ini,kemalangan ini baru sahaja berlaku pagi kelmarin  pada 18 Julai 2011 lebih kurang pada pukul 10 pagi.Kejadian kemalangan berlakunya ini berhadapan dengan Mas Training Kelana Jaya berdekatan dengan Stadium Petaling Jaya yang hanya melibatkan sebuah kereta Myvi sahaja yang dipandu oleh seorang wanita.

Identiti wanita itu Mashi tidak dapat mengenal pasti kerana tiada info yang sampai kepada Mashi semasa menulis artikel ini.Berikut adalah gambar-gambar di tempat kejadian.

Myvi ini dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tiang lampu di jalan tersebut.

P/s : kepada pembaca ehmashi yang pulang berhari raya nanti berhati-hati di jalan raya ok.

credit gambar kepada Buffert @ Lowyat.net

Mashi

Berkecimpung dalam dunia blogger sejak berumur 15 tahun.Graduan Multimedia lepasan Unisel & sedang bekerja dalam bidang IT di sebuah syarikat

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Ceramah KEADILAN <b>di Subang Jaya</b> -- niknazmi.com

Posted: 14 May 2011 03:44 AM PDT

ceramahsj1

Saya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Ceramah KEADILAN di Subang Jaya awal bulan lalu. Ceramah anjuran KEADILAN Cabang Kelana Jaya ini berlangsung di Stadium Mini Kompleks 3K SS13 Subang Jaya. Rancangan awal sepatutnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir tetapi beliau terpaksa berada di Sarawak kerana kempen pilihan raya. Begitu juga penggantinya YB Azmin Ali yang terpaksa membatalkan kehadiran di saat-saat akhir kerana menyelesaikan isu rundingan kerusi di Sarawak.

Penceramah lain merupakan Haji Mohamed Sabu daripada PAS, YB Ng Suee Lim daripada DAP, YB Dr. Xavier Jayakumar, Sdr Syed Shahir Mohamud, Sdr Keshminder Singh dan saya sendiri. Meskipun ketiadaan bintang utama, namun kira-kira 5000 orang pelbagai kaum terus setia berada di tapak ceramah selepas saya mengumumkan Anwar dan Azmin tidak dapat hadir bersama.

ceramahsj2

ceramahsj3

Dalam ceramah saya, saya mengingatkan orang ramai bagaimana tiga orang muda yang tidak diberi peluang untuk menang pada Pilihan Raya Umum 2008 di Kelana Jaya – saya, YB Hannah Yeoh (yang turut hadir walaupun sarat mengandung pada malam tersebut) dan YB Gwo-Burne Loh mampu membuat kejutan dengan sokongan rakyat.

Saya turut berkongsi pengalaman saya masuk politik – satu cerita yang jarang-jarang saya kongsikan dalam ceramah sebegini – dan menegaskan keputusan ini berdasarkan keyakinan bahawa kita mampu membuat pembaharuan di sebalik segala politik fitnah dan kotor Barisan Nasional.

ceramahsj4

ceramahsj5

Ramai yang kagum dengan kepetahan YB Ng Suee Lim, ADUN DAP dari Sekinchan yang menyampaikan ceramahnya di dalam Bahasa Malaysia, Mandarin, Hokkien dan Jawa. Mungkin mereka pertama kali mendengarnya – kami yang sudah mengenalinya di DUN Selangor memang sentiasa menunggu ucapannya. Malah penceramah lain di pentas pun turut terhibur dengan ceramahnya!

Penceramah yang dinanti-nantikan pada malam tersebut sudah tentulah Haji Mohamed Sabu yang menyerang habis-habisan politik fitnah dan pecah-perintah yang dibawa UMNO-BN.

Tayangan video 'Hitler' turut mendapat perhatian bukan sahaja orang ramai yang hadir malah pihak wartawan yang membuat liputan.

Kutipan Tabung Pilihan Raya yang dibuat pada malam itu mencecah RM10,000 – jumlah tertinggi bagi mana-mana ceramah KEADILAN di Kelana Jaya.

ceramahsj6

ceramahsj7

Gambar-gambar boleh dilihat di sini.

Sabtu, 3 September 2011

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Bersama puteri melawat pesakit dan sampai sumbangan <b>di</b> Hospital <b>Kuala</b>

Posted: 20 Aug 2011 08:35 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Bersama puteri melawat pesakit dan sampai sumbangan di Hospital Kuala Kubu Bharu. by Dato' Mohamed Idris Abu Bakar · Image. Sent from my iPhone. Tweet. Posted from Kuala Kubu Bahru, Malaysia. Posted from ...

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Kem-pink <b>di batang kali</b> | aKuaReaL

Posted: 31 Aug 2011 06:06 PM PDT

Hari raya kedua, macam biasa.. Aktiviti kitaorang selama 11 tahun berturut turut kami sekeluarga akan menghabiskan sisa sisa cuti yang ada kat sini.. Tak pernah miss… 32 orang kesemuanya.. Kat sini lah tempat untuk aku release tension aku… Lupa segala masaelah kat tempat kerja.. Ikutkan hati, nak jer aku off phone nie, tapi kesian lak kat staff2 aku.. Diaorang mesti 'rindu' ngan aku.. Mesti nak call aku tiap tiap hari..

image

Kitaorang bertolak dari puchong jam 11 pagi dan sampai kat sini dalam kol 1.30 ptg.. Sampai jer, aku terus cari bag kemah dan pasang.. Ryan, makcik dia bawa pergi mandi.. Bukan main seronok dia mandi.. Sampai menggigil kesejukan aku tengok dia.. Sejuk gila air kat sini.. Aku kesian kat dia, ajak naik tapi dia tanak.. Berbaloi bawa dia taun ni.. Tak macam tahun lepas, melalak time nak masuk air.. Biasanya kitaorang akan bertapak kat sini dalam 3-4 hari.. Jadi, kalu korang takde plan rime cuti, korang buleh la bawak family korang datang sini.. Lokasinya berhampiran dengan genting highland.. Sure korang suke nye.. Punnnn.. Okey, nak g cari makanan jap, lapor lak.. Babai….

image

image

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


Satay Hut!! Terbaik <b>di Tanjung Karang</b>… | shakiddo.com

Posted: 20 Dec 2010 03:54 AM PST

[unable to retrieve full-text content]terbaikk di Tanjung Karang!! Sate biasa 6o sen, yang besar secucuk RM1.10 BESSSAAARRR punya!!! Naaaaaahhhh.. ambikkk.. Telur itik pun ada? Sedap buat masak lemak.. perrghhhhhh… dengan nasik putih.. panas2… ...

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


sinarraudah.com: Lokasi Speed Trap <b>di</b> musim perayaan ini <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2011 01:04 AM PDT

The location of Speed Trap!! Take notes drivers ^^
Due to this festive season, this are the place where the speed trap are locate..
Plus North Highway ( From K.L )
  1. Km 197.1 , Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
  2. Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
  3. Km 271 berdekatan exit Ipoh Selatan
  4. Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
  5. Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
  6. Km 296 berdekatan exit Gopeng
  7. Km 352.6 selepas exit Sungkai
  8. Km 373 berdekatan exit Slim River
  9. Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
  10. Km 308.6 selepas exit Gopeng
  11. Km 252 masa turun bukit selepas Terowong Menora
  12. Km tak pasti tapi betul² di R&R Gurun
  13. 2 Km after tol juru ( 90 km/j )
  14. 5 kamera di atas jambatan Pulau Pinang ( So slow je la dekat situ )
  1. Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
  2. Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 ( persimpangan Seremban- Senawang )
  3. Km 253 selepas exit Senawang
  4. Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
  5. Betul² di exit Jasin
  6. Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
  7. Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng Utara
  8. Km 97.3 selepas exit Air Hitam
  9. Betul² di exit Sedenak
  1. Km 456 selepas exit Sungai Buloh
  2. Betul² di exit Bukit Lanjan
  3. Betul² di bawah Restoran Jejantas Sungai Buloh
  4. Km 302.8 berdekatan exit Kajang
  5. Km 296.5 & Km 297 brdekatan exit Bangi
  1. 300 meter sebelum tol Jalan Duta ( 60km/j )
  2. Sebelah cabang jalan ke tol Jalan Duta ( 80km/j )
  3. Betul² di exit Damansara
  4. Km 11.2 berdekatan rel keretapi
  5. Betul² di exit Shah Alam ( jaga² )
  1. Km 44.8 berdekatan exit LDP
  2. Berhadapan Endah parade
  3. Betul² di exit Hicom
  1. Km 4.8 selepas exit Batu 3
  2. Km 2- Km 4 atas jambatan berdekatan makro
  3. Betul² kat bawah Restoran Jejantas USJ
  4. Km 10 sebelum exit USJ
  1. Bersebelahan Mint Hotel
  2. Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
  3. Berhadapan dengan Istana Negara
  4. Berhadapan dengan Muzium Negara
  5. Kawasan turun bukit selepas Pekan Raub ( menghala Kuala Lipis )
  6. 2 Km sebelum Pekan Maran ( arah Kuantan )
  7. Selepas exit ke Bentong ( mengahla LPT )
  8. Area Paya Bungor ( arah Kuantan )
  9. Jalan Gambang- Kuantan ( turun bukit selepas Matrikulasi Pahang )
  10. Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka ( 70km/j )
  11. Berhadapan Zoo Melaka ( 70km/j )
  12. Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80km/j )
  13. Berhadapan dengan kolej INTI Nilai
  14. Persimpangan sg Manggis menghala ke Klang ( 60km/j )
  15. Berhadapan Tesco Klang ( 70km/j )
  16. Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang ( 70km/j )
  17. 2km selepas sempadan Perak - Selangor di jln Sabak Bernam berdekatan kilang kelapa sawit
  18. Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
  19. Jelutong Expressway berdekatan tesco Pulau Pinang
  20. MRR2 antara simpang SImpang Melawati & wangsa Maju
  21. MRR2 berhadapan Makro Cheras
  22. MRR2 ke Damansara antara Batu Cave ke Bandar Baru Selayang

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Kerja Kosong as Pengasuh Taska diperlukan <b>di Dengkil</b> – Putrajaya <b>...</b>

Posted: 21 Aug 2011 03:44 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Dengkil, Selangor – Putrajaya – Calon yang penyayang, sukakan kanak2, penyabar, menjaga kebersihan diutamakan. Sesiapa yang ... Posts Related to Kerja Kosong as Pengasuh Taska diperlukan di Dengkil - Putrajaya ...

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>sungai tengi</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT

LAWATAN BIRO MASYARAKAT FELDA PKR KE NEGERI JOHOR

Bersama Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda PKR Pusat, Sdr T. Kumar (Peguam), Timbalan Pengerusi, SdrRTebin Birham, Setiausaha bersama Pimpinan PKR Negeri Johor Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor, Sdr Hasan Karim (Peguam), Naib Pengeusi, Sdr Gurmit Singh Hullon (Peguam), Pengerusi Biro Guaman PKR Johor.

1. Tarikh: 5hb Jun 2011 (Ahad)

1.1: Lawatan ke Ladang Peneroka dan sesi dialog Isu Felda Setempat,

Masa: 2.30 petang .

Tempat: Felda Sg Mas, Pengerang

1.2: Ceramah dan Pelancaran Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Negeri Johor

masa: 9.00 malam

Tempat: Felda Adilla, Pengerang

2. Tarikh: 6hb Jun 2011 (Isnin)

2.1: Dialog Bersama Peneroka

Masa: 2.30 petang

Tempat: Felda Dengga, Sembrong

2.2: Ceramah Isu Felda dan Politik Semasa

Masa: 9.00 malam

Tempat: Felda Bukit Batu, Kulai

3. Tarikh: 7hb Jun 2011 (Selasa)

3.1: Dialog bersama Peneroka

Masa: 2.30 petang

Tempat: Pejabat PKR Sekijang

3.2: Ceramah isu Felda dan Politik Semasa

Masa: 9.00 malam

Tempat: Felda Maokil, Pagoh

Selepas Negeri Johor, Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan bertandang ke Negeri Perak, dan Pengerusi PKR Negeri Perak, akan membuat jadual lawatan.

Lawatan Ke Negeri Sembilan: Tarikh 31 Mei 2011

3.00 petang: Perasmian Papan Tanda Ranting bagi PKR Felda Palong 14, 15 dan 16.

4.00 petang: Pelancaran Kempen "Mansuhkan Felda Plantation" di Palong 9 oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi MPN PKR Pahang, turut hadir Dato Kamarul Baharin Abas, Pengerusi MPN PKR Negeri Sembilan.

8.00 malam: Perasmian Bilik Gerakan PKR DUN Serting di Felda Serting Hilir 2.

9.00 malam: Ceramah Isu Felda dan Isu Semasa di Felda Serting Hilir 2.

Penceramah: Dato Fauzi Abdul Rahman, Dato Kamarul Bahrin Abas, Haji Suhaimi Said, Rebin Birham

Lawatan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal ke Negeri Pahang. Tarikh 9hb Jun 2011

Kawasan Rompin:

2.30 petang: Felda Keratong 1

4.30 petang: Felda Keratong 8

8.30 malam: Gugusan Felda Selancar.

Kawasan Temerloh } Akan ditetapkan oleh Cabang berkenaan.

Kawasan Bentong }

Lawatan Ke Felda Gedangsa, Sungai Tengi Selatan, Sungai Tengi dan Suharto di Hulu Selangor ditetapkan pada 21hb Jun 2011:

1. 9.00 pagi - di Felda Sungai Tengi Selatan

2. 10.30 pagi - di Felda Sungai Tengi

3. 12.00 t.h - di Felda Suharto

4. 3.00 petang - di Felda Gedangsa

Terlibat dalam lawatan:

YB Elizabeth Wong

Haji Suhaimi Said

T. Kumar

Rebin Birham

Zabidie Abas

Man Kadir (Pak Jabit)

Pimpinan Biro Masyarakat Felda Negeri Selangor.

Lawatan ke rancangan Felda Perlis sedang diatur oleh Pengerusi MPN PKR Negeri Perlis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Blog Felda: felda <b>sungai tengi</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT

LAWATAN BIRO MASYARAKAT FELDA PKR KE NEGERI JOHOR

Bersama Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda PKR Pusat, Sdr T. Kumar (Peguam), Timbalan Pengerusi, SdrRTebin Birham, Setiausaha bersama Pimpinan PKR Negeri Johor Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor, Sdr Hasan Karim (Peguam), Naib Pengeusi, Sdr Gurmit Singh Hullon (Peguam), Pengerusi Biro Guaman PKR Johor.

1. Tarikh: 5hb Jun 2011 (Ahad)

1.1: Lawatan ke Ladang Peneroka dan sesi dialog Isu Felda Setempat,

Masa: 2.30 petang .

Tempat: Felda Sg Mas, Pengerang

1.2: Ceramah dan Pelancaran Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Negeri Johor

masa: 9.00 malam

Tempat: Felda Adilla, Pengerang

2. Tarikh: 6hb Jun 2011 (Isnin)

2.1: Dialog Bersama Peneroka

Masa: 2.30 petang

Tempat: Felda Dengga, Sembrong

2.2: Ceramah Isu Felda dan Politik Semasa

Masa: 9.00 malam

Tempat: Felda Bukit Batu, Kulai

3. Tarikh: 7hb Jun 2011 (Selasa)

3.1: Dialog bersama Peneroka

Masa: 2.30 petang

Tempat: Pejabat PKR Sekijang

3.2: Ceramah isu Felda dan Politik Semasa

Masa: 9.00 malam

Tempat: Felda Maokil, Pagoh

Selepas Negeri Johor, Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan bertandang ke Negeri Perak, dan Pengerusi PKR Negeri Perak, akan membuat jadual lawatan.

Lawatan Ke Negeri Sembilan: Tarikh 31 Mei 2011

3.00 petang: Perasmian Papan Tanda Ranting bagi PKR Felda Palong 14, 15 dan 16.

4.00 petang: Pelancaran Kempen "Mansuhkan Felda Plantation" di Palong 9 oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi MPN PKR Pahang, turut hadir Dato Kamarul Baharin Abas, Pengerusi MPN PKR Negeri Sembilan.

8.00 malam: Perasmian Bilik Gerakan PKR DUN Serting di Felda Serting Hilir 2.

9.00 malam: Ceramah Isu Felda dan Isu Semasa di Felda Serting Hilir 2.

Penceramah: Dato Fauzi Abdul Rahman, Dato Kamarul Bahrin Abas, Haji Suhaimi Said, Rebin Birham

Lawatan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal ke Negeri Pahang. Tarikh 9hb Jun 2011

Kawasan Rompin:

2.30 petang: Felda Keratong 1

4.30 petang: Felda Keratong 8

8.30 malam: Gugusan Felda Selancar.

Kawasan Temerloh } Akan ditetapkan oleh Cabang berkenaan.

Kawasan Bentong }

Lawatan Ke Felda Gedangsa, Sungai Tengi Selatan, Sungai Tengi dan Suharto di Hulu Selangor ditetapkan pada 21hb Jun 2011:

1. 9.00 pagi - di Felda Sungai Tengi Selatan

2. 10.30 pagi - di Felda Sungai Tengi

3. 12.00 t.h - di Felda Suharto

4. 3.00 petang - di Felda Gedangsa

Terlibat dalam lawatan:

YB Elizabeth Wong

Haji Suhaimi Said

T. Kumar

Rebin Birham

Zabidie Abas

Man Kadir (Pak Jabit)

Pimpinan Biro Masyarakat Felda Negeri Selangor.

Lawatan ke rancangan Felda Perlis sedang diatur oleh Pengerusi MPN PKR Negeri Perlis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


SSDE Malam Ini <b>Di Kapar</b>…. | warisan2057 | Hidup UMNO Barisan <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2011 05:36 PM PDT

Leave a Reply

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Kenapa ramai berbuka puasa <b>di Bangi</b>? | shakiddo.com

Posted: 16 Aug 2011 02:48 AM PDT

Kenapa ramai berbuka puasa di Bangi? Dan juga Kajang. Sebab ramai blogger tinggal di bangi.. atau kat bangi banyak pilihan kedai berbuka puasa? Buffet ramadhan di bangi yang murah menyebabkan ramai yang mencarinya dan nak mencubanya.

Rasanya sebab ramai nak cari buffet berbuka puasa murah di bangi. Ni pun tips SEO. penggunaan perkataan anda mesti jelas, terang dan nyata. Elakkan guna shortform. Sekali sekalai boleh laa.. tapi jangan setiap entry nak buat shortfom nanti enjin pencarian tidak dapat mencari dengan betul. Skema tak ayat aku ini?

Sekian, terima kasih. Aku nak rehat jap yea..

ads