Rabu, 14 November 2012

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Suspek kes rompakan bank <b>di Sungai Buloh</b> mati ~ Blog Ketegaq

Posted: 10 Nov 2012 02:41 AM PST

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menembak mati seorang suspek kes rompak sebuah bank yang kerugian RM202,800 pada 5 Nov lepas, dalam kejadian di Kampung Chubadak, Jalan Datuk Senu 3 di sini. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata seorang lagi rakan suspek yang turut berada di dalam kereta jenis Toyota Vios, melarikan diri dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi ini.
Beliau berkata kejadian berlaku apabila pasukan khas polis yang dibentuk untuk menyiasat kes itu mengesan kereta sebuah BMW putih di Greenwood, Gombak, yang digunakan dalam rompakan bank di Sungai Buloh itu.
"Menyedari diekori, pemandu BMW memecut laju kereta itu dan berhenti di Plaza Tol Gombak sebelum menaiki kereta Toyota Vios yang menunggu di situ. 
"Polis menghampiri kereta berkenaan sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan selaras pump gun seolah-olah mahu melepaskan tembakan ke arah polis," kata Mohd Adnan kepada pemberita di tempat kejadian.
Mohd Adnan berkata bagi mempertahankan diri, polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta suspek sebelum kenderaan itu memecut laju melarikan diri.
"Suspek dan polis berbalas tembakan ketika kereta itu dikejar sejauh 15km. Dalam keadaan kelam kabut itu, kereta Vios tersebut terbabas sebelum merempuh tembok sebuah madrasah di lokasi kejadian," katanya.
Mohd Adnan berkata seorang suspek melarikan diri manakala pemandu kereta berusia 33 tahun berasal dari Kelantan, mati ditembak. 
Hasil pemeriksaan terhadap kereta itu, polis menemui selaras pump gun yang dirampas daripada pengawal keselamatan bank serta sepucuk pistol yang dipercayai digunakan dalam rompakan itu. 
"Siasatan lanjut juga mendapati kereta BMW yang ditinggalkan di Plaza Tol Gombak dilaporkan disamun di Setapak manakala kereta Vios itu disamun di Sri Damansara awal bulan ini," katanya. 
Mohd Adnan berkata suspek yang mati ditembak memiliki enam rekod jenayah lampau, antaranya dua kes samun dan satu curi kereta. 
Dalam kejadian pukul 2.40 petang 5 Nov lepas, tiga lelaki memakai topi besbol bersenjatakan dua pucuk pistol menjadikan pelanggan dan pengawal keselamatan bank berkenaan sebagai tebusan sebelum melarikan  wang tunai RM202,800 dalam kejadian yang hanya mengambil masa lima minit.  

Bubbles Man: Kisah Iktibar <b>Di</b> Penjara <b>Sungai Buloh</b>

Posted: 06 Nov 2012 03:41 AM PST


Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pada banduan di sana.
Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang bernama Mohd. Amin Mohd. Razali iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yang didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertua Agong.
Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.
Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pada pakaiannya.
Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada Subuh pagi jumaat.
Pada malam sebelum dia digantung, didapati si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku pada pagi esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pagi esok. Bayangkan kalau orang nak kena gantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.
Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba-tiba Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.
Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yang tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.
Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan seperti orang dalam solat di jari telunjuk seperti membaca tahiyat akhir.
Subhanallah, mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung. Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba-hambanya yang soleh dan sentiasa bertaubat.
Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua. Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.
P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.
Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, "Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya."
Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


restoran yang menghidangkan menu anjing <b>di petaling jaya</b>!

Posted: 13 Nov 2012 10:36 PM PST

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Roketkini.com >> <b>Subang Jaya</b> cemerlang <b>di</b> mata Ketua Audit Negara

Posted: 29 Oct 2012 09:05 PM PDT

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah berjaya menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sering menerima pujian daripada Jabatan Audit Negara. Bersama wartawan Roketkini, Iza Suraiya yang telah menemubual dua ahli majlis, Saudara Rajiv a/l Rishyakaran dan Saudara Ken Chia bersama-sama dengan Saudari Hannah Yeoh, ADUN Subang Jaya, untuk mendalami cara kerja MPSJ yang begitu cemerlang.

Apakah yang dilakukan MPSJ untuk mengekalkan pencapaian terbaik berdasarkan Indeks Akauntabiliti yang dikeluarkan oleh Laporan Ketua Audit Negara?

RAJIV: Belanjawan kita merupakan 'belanjawan terbuka', begitu juga dengan laporan kewangan bemakna rakyat boleh mengakses dan memeriksa sendirin aktiviti majlis inilah yang dilakukan oleh MPSJ.

KEN: Di MPSJ, kita juga ada sepasukan pengaudit yang bertindak memastikan amalan  akauntabiliti dan ketelusan dijaga oleh pihak majlis. Penduduk juga boleh menyemak sama ada wujud sebarang penyelewengan pada masa yang sama  MPSJ juga sering menjalankan mesyuarat untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

HANNAH: Mengenai belanjawan selepas tahun 2008, kita telah memastikan agar
ahli-ahli majlis tidak membazir dengan membelanjakan wang berjuta-juta ringgit kepada perkara yang tidak perlu yang tidak dikehendaki penduduk juga.  Tidak ada penyelewengan dan lebihan belanja kepada perkara-perkara yang tidak perlu terutama yang menguntungkan kroni semata-mata. Saya rasa inilah antara sebab kerajaan Barisan Nasional tumbang.

Saya memang berpuas hati dengan pencapaian ini kerana sejak tahun 2008 kita tidak mendengar sebarang kes penyelewengan PBT dan sebagainya. Ini salah satu bukti Selangor telah berjaya mencapai pentadbiran yang bersih.

Pada pendapat saya, kita perlu meneruskan lagi sebarang penambahbaikan bagi beberapa perkara terutamanya berkaitan penyelarasan belanjawan untuk menyalurkan lebih wang dalam menambahbaik infrastruktur seperti penurapan jalan, penyelenggaraan padang, penyelenggaraan pokok. Ini yang penduduk mahukan.

Bagaimana pihak MPSJ sendiri menyelesaikan masalah berbangkit yang timbul daripada penduduk setempat?

KEN: Seperti saya ahli majlis bagi Bandar Sunway, kita dapati penduduk mahukan pembangunan dan G&G (Gated and Garden). Bagi isu pembangunan, penduduk hanya mahu semuanya dikekalkan. Kita tahu Bandar Sunway dikelilingi oleh tiga lebuhraya iaitu Lebuhraya NPE, KESAS dan LDP. Sebarang pembangunan baru yang ingin di lakukan perlulah melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk meminta kebenaran. Apapun, pihak MPSJ juga mendengar dan bertanggungjawab terhadap penduduk.

Apabila kita melihat isu berkaiyan G&G, kita juga berhadapan dengan cabaran. Disini, ada kumpulan penduduk yang mahukan perlaksanaannya dan ada sebuah lagi kumpulan kecil yang menolak dan ingkar untuk membayar skim G&G walaupun kita telah menyediakan garis panduannya.

Bagaimana pihak MPSJ membantu menyelesaikan setiap aduan yang diajukan oleh penduduk?

HANNAH: MPSJ mempunyai kumpulan bertindak yang dipanggil 'Response Team' dimana mereka akan berkhidmat pada 24 jam untuk sebarang masalah yang diadu  oleh penduduk. Sehingga kini, kita dapati masih wujud beberapa masalah yang belum selesai terutamanya masalah pengutipan sampah. Kita memang sedang mengusahakan jalan penyelesaian yang lebih efektif.

Selain itu keduanya, kita perlu mempunyai lebih banyak peruntukan untuk infrastruktur bagi penyelenggaraan padang dan penambahbaikan bagi taman permainan kanak-kanak. Mengikut kaedah Yang Di Pertua Majlis Perbandaran yang dahulu, beliau memberi lebih fokus kepada "back to the basis" dan bila ada Yang Di Pertua Majlis Perbandaran yang baru, beliau mempunyai fokus penyelesaian dengan kaedah yang berbeza.

DUN Subang Jaya adalah kawasan bandar. Kebanyakan aduan dari penduduk adalah mengenai sistem yang ada sebelum ini dan bukan kerana mereka menentang MPSJ. Mereka juga mengharapkan kita memberikan respon yang awal  dan ada juga yang memerlukan respon balas melalui email. Jadi, pegawai PBT sendiri perlu komited untuk menjawab email kerana pihak MPSJ mempunyai tempoh selama 14 hari untuk bertindak terhadap aduan-aduan yang dibuat kerana ada juga aduan yang yang memerlukan tindakan segera.

Saya juga berharap dan percaya kakitangan di MPSJ perlu bersikap lebih pro-aktif. Selain daripada menunggu aduan seperti lampu rosak, jika mereka mempunyai pasukan yang lebih efisyen, mereka boleh melakukan rondaan dan mencari masalah di kawasan-kawasan dibawah kelolaan MPSJ. Pada pandangan saya, itu lebih baik.

RAJIV: Tidak dinafikan perkhidmatan MPSJ bagus dan mempunyai PBT yang cekap, jika dilihat kepada isu kutipan sampah semasa pertukaran Alam Flora kepada persendirian, memang kita mengalami sedikit masalah. Tetapi selepas itu dan sehingga hari ini penduduk berpuas hati kepada perkhidmatan yang diselenggarakan oleh syarikat persendirian kerana mereka akan mengambil sampah 3 kali setiap minggu.

Hal ini, hampir tiada aduan mengenai masalah kutipan sampah di kawasan mereka. Jika ada pun aduan, ini kerana penduduk mahukan pengutipan sampah ini dilakukan 5 kali seminggu. Buat masa ini saya lihat semua kawasan dibawah selian MPSJ adalah baik di samping 24 ahli majlis yang efisyen menjalankan tugas mereka. Ahli majlis juga sentiasa memaklumkan masalah ataupun aduan yang diterima terus kepada pihak MPSJ untuk menjalankan tindakan yang selanjutnya. Tidak ada tempat yang dikatakan ahli majlis tidak menjaga kawasan mereka. Isu sebegitu tidak akan timbul.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara menyatakan indeks jenayah menurun dengan adanya CCTV di Subang Jaya, adakah MPSJ ada menyediakan pasukan untuk mengawal selia CCTV ini

RAJIV: MPSJ ada tiga jenis CCTV. Satu CCTV milik MPSJ sendiri, kemudian kita ada lebih kurang 50 unit CCTV daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan satu lagi yang terbaru adalah kontrak daripada kerajaan negeri. Kesemua CCTV ini akan dikawal selia oleh satu bilik gerakan yang sama dimana pegawai MPSJ sendiri akan pantau.

Jika ada masalah kepada terhadap CCTV berkenaan, kita akan memaklumkan secara bertulis kepada syarikat yang yang bertanggungjawab. Cuma jika syarikat itu tidak mengambil tindakan mungkin disebabkan masalah melibatkan perjanjian, inilah kelemahan yang perlu kita perbaiki untuk masa yang akan datang.

Sebagai ADUN DAP bagaimana penerimaan orang Melayu terhadap parti?

HANNAH: Sebenarnya, penduduk hanya mahukan wakil rakyat yang boleh berkhidmat untuk mereka, di Subang Jaya, kita tidak punya masalah dengan masyarakat Melayu khususnya pada masa yang sama kita menjalinkan hubungan yang baik dengan surau dan kariah-kariah masjid dikawasan sekitar.

Bila bercakap soal pembangunan, ia semestinya melibatkan semua orang, begitu juga dengan keselamatan. Jadi, kita tidak pernah dan tidak boleh mengadakan program untuk satu-satu kaum sahaja. Disini kami adakan program yang melibatkan semua kaum seperti gotong-royong untuk menghapuskan denggi, forum bersama pihak polis dan banyak lagi.

Selain itu, kita juga memastikan peruntukan sebanyak RM600 ribu setahun diagih mengikut program dan kesesuaian di sesebuah kawasan tersebut.

Bagi penduduk Melayu di sini, kita jaga kebajikan mereka. Sebagai contohnya pada bulan Ramadhan, kita memperuntukan setiap masjid sebanyak RM2000 dan surau sebanyak RM1000 setiap tahun sejak tahun 2008. Jumlah ini tinggi berbanding ketika pemerintahan BN.

Saya mahu orang Melayu yakin terhadap perkhidmatan yang diberikan DAP dan bukan hanya orang BN sahaja yang pandai menjaga kebajikan orang Melayu.

Bagi saya, pilihan raya yang akan datang adalah ujian terhadap sokongan rakyat kepada PR, ia juga bergantung kepada kawasan. Yang penting sekarang kita patut memberikan tumpuan kepada kawasan luar bandar untuk menambahkan lagi sokongan di situ.

Saya tahu Selangor menjadi perhatian kepada kedua-dua parti. PR mahu mengekalkan kemenangan dan BN pula mahu mengambil balik tampuk pemerintahan.

Kalau kita lihat dewasa ini, BN banyak memainkan isu agama dan kaum. Ini sangat tidak sihat. Sepatutnya, mereka perlu lebih memberi lebih tumpuan kepada masalah utama rakyat iaitu ekonomi dan menghapuskan rasuah. Jadi, PR harus lebih terus berusaha dan bekerja kuat dan tidak mengambil mudah walaupun sokongan rakyat itu ada.

Bagaimana saudari melihat sokongan wanita muda terhadap PR khususnya terhadap DAP melalui program-program yang dianjurkan

HANNAH: Di Subang Jaya kita, mana-mana program dianjurkan tidak tertumpu kepada isu wanita sahaja. Ia juga melibatkan soal keselamatan dan sebagainya. Hal ini sering kali dibahas di parlimen oleh ahli-ahli parlimen DAP kepada Kementerian Dalam Negeri. Saya percaya kita akan memperoleh sokongan daripada wanita jika masalah atau isu keselamatan mereka terutamanya dijaga.

Saya rasa ketika ini wanita cuma risau mereka tidak ada lagi juru cakap bagi golongan wanita  kerana jika dilihat sekarang ini senarionya, menteri yang menjaga hal ehwal wanita juga dipegang oleh Perdana Menteri sendiri.

Selain itu, baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri juga ada menyatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz menggalakkan orang Islam merogol orang bukan Islam. Semua ini sebenarnya tuduhan bersifat fitnah dan kerana kurangnya 'gender sensitive'. Kenyataan berniat jahat ini sememangnya memalukan dan menumbulkan kekeliruan.

Fokus saya lebih kepada wanita luar bandar kerana mereka kurang pendedahan maklumat yang tepat. Jadi, saya berharap kerajaan Selangor dapat menyediakan perkhidmatan WiFi percuma agar semua rakyat boleh mendapatkan informasi yang diperlukan.

Saya juga melihat caranya ialah apabila bila tiba musim perayaan, kita akan mengedarkan risalah kepada pengguna jalan raya yang menggunakan lebuhraya di kaunter-kaunter kutipan tol.

Pandangan saudara pula mengenai kurangnya  penglibatan orang muda dengan politik

RAJIV: Memang ramai anak muda yang menyokong tetapi mereka masih tidak menonjolkan diri kerana mereka sedar kemungkinan kehadiran mereka akan memberikan impak kepada kumpulan masyarakat. Selain itu, saya rasa mereka merasakan DAP di Subang Jaya dan Petaling Jaya sudah cukup kuat. Ini mungkin juga salah satu faktor.

Keduanya saya rasa keterbatasan masa menjadikan mereka kurang terlibat secara fizikalnya dalam politik.

Saya harap mereka akan lebih melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan selain menjadi sukarelawan kerana pilihanraya kali ini adalah penentu untuk masa depan anak cucu kita. – Roketkini.com

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Gambar Suasana "Konsert Bersih 2.0" <b>Di Kelana Jaya</b> <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2012 06:00 PM PDT

 Itu dah cukup ramai lah tu...sampai ker beratus Ribu...
 sadis betul lah...melihat keadaan dalam stadium
 Kalau Macam ini rugi-rugi berniaga.....hampehhhhh betul



Selasa, 13 November 2012

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Gempar!! 10 ribu Pemuda BN Demo <b>di Ampang</b> Bantah Nurul Izzah <b>...</b>

Posted: 13 Nov 2012 10:47 AM PST


Kuala Lumpur - by @tiewnama
demo membantah Nurul Izzah yang di katakan telah menyentuh institusi agama islam telah
di lakukan oleh pemuda Barisan Nasional hari ini di ampang, dalam demo itu di anggarkan
sebanyak 10 ribu anak muda dari penyokong Barisan Nasional telah berkumpul di tepi
jalanraya sambil melaungkan hidup melayu, jangan ganggu kesucian melayu islam.

demonstrasi besar besaran ini bagi menunjukan kekecewaan pemuda umno dan barisan 
nasional terhadap nurul izzah yang di dapati telah di sokong oleh hampir 80% generasi
anak muda malaysia masakini,

pendemo juga menunjukkan kemaluan mereka yang sangat memukau kerana umum tahu bahawa
umno dan porno tidak dapat di pisahkan, ianya bagaikan isi dan kulit, mereka belajar dari
pemimpin pemimpin Barisan Nasional yang mengalami pelbagai skandal dan bloger bloger
lucah tajaan Barisan Nasional yang di bayar rm 3-4 ribu sebulan serta media propaganda utusan,

mereka membantah ucapan penuh nurul izzah dalam menyentuh isu mengenai melayu itu
islam dan islam itu melayu, pemuda Barisan Nasional yang bermazhab ahlul punnah wal ranah ini 
telah menyebabkan kesesakan lalulintas sepanjang lebih 40 kilometer dari lingkaran tengah
dua hingga ke air terjun bukit belacan.

mereka telah membawa sepanduk, bendera barisan nasional dan juga membawa seluar pendek
yang mengikut mazhab ahlul punnah wal ranah mereka adalah 1 daripada kewajipan pandang
ke timur, berbalik kepada demonstrasi besar besaran dari pemuda Barisan Nasional ini,
BBC, CNN, Washington post dan juga media prima tv3 telah membuat liputan meluas ke 
seluruh dunia secara langsung.

menurut saksi di tempat kejadian, rm 50 telah di sediakan untuk setiap pendemo dan juga 
makan tengahari serta minyak motor dan baju Barisan Nasional, juga tidak lupa mereka
di bekalkan dengan seorang penyeri dari puteri umno malaysia yang berambut perang.

anda boleh lihat sendiri gambar gambar yang sempat di ambil oleh tim era pasca di tempat
demonstrasi terbesar dalam sejarah malaysia ini.







Demonstrasi besar besar ini di serikan lagi dengan
kehadiran PUTERI UMNO yang bermazhab ahlul punnah wal ranah.

by @tiewnama - lampu jalan di kawasan demonstrasi lebih ramai dari pendemonstrasi. 
kahkahkahkah

ucapan penuh nurul izzah boleh klik SiNi
fatwa ustazah mashitah boleh klik SiNi 
jika mahu baca artikel artikel terNow boleh klik Era Pasca Pemecah Berita
------------------------------------------------------------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<--
VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Gambar Orang Muda Sokong BN Bangkit <b>Di Ampang</b>...Perghhh

Posted: 13 Nov 2012 03:30 PM PST

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


GRO Vietnam ditahan kali kedua <b>di Puchong</b>. - UtaraNews - The <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2012 11:56 PM PDT

Polis menahan 29 wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan tanpa lesen di Puchong, malam kelmarin.

 Pegawai Operasi D7 Bukit Aman, Inspektor Mohd. Jais Mohamad berkata, kesemua GRO yang ditahan itu berumur antara 19 hingga 35 tahun. "Empat daripada GRO yang ditahan itu pernah ditangkap Jun lalu atas kesalahan sama di premis sama," kata Mohd. Jais kepada pemberita di sini semalam.

 Katanya, siasatan mendapati GRO terbabit menyalahgunakan pas lawatan sosial dan pusat hiburan berkenaan baru tiga minggu beroperasi. Polis turut menahan dua lelaki yang dipercayai bekerja di pusat tersebut

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Memenuhi Undangan Majlis Perkahwinan Penduduk <b>Hulu Kelang</b> <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2012 01:43 AM PST

Hulu Kelang, 11 November 2012 – Saari dan Aliza memenuhi program hujung minggu dengan menghadiri undangan majlis perkahwinan penduduk di DUN Hulu Kelang.

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Darus Samin Abdul Malik & Hasni Hassan yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna MPAJ AU2A, Taman Seri Keramat

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Amruddin Buang & Saedah Abd Samad yang telah berlangsung di kediamannya Jalan AU2A/3, Taman Seri Keramat

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Roslan Musa & Siti Azariah Sapandi yang telah berlangsung di Rejimen 515 (AW) Jalan Buku Lima, Kuala Lumpur

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Roslan Mohd Hassan & Bedah Yusoff yang telah berlangsung di perkarangan Dewan Masjid Al-Ridhuan, Ulu Kelang

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


yang ingin kukongsi...: Mencendol <b>di Bangi</b>: makan sakan-sakan <b>...</b>

Posted: 12 Nov 2012 04:13 AM PST

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Atas cadangan Cik Bintang, Saya dan Anyss akhirnya singgah juga di tepi jalan, depan Hitachi (Seksyen berapa eh? Seksyen 4 Tambahan ya? lupa laaagiiii....!)
Menurut Cik Bintang, Pasembor dan Cendol ini sudah beroperasi kira-kira 30 tahun. Dia kenal dengan mamak tu sebab berjiran dengan sedara dia di Bangi.

Dua buah van digunakan untuk berniaga di bawah pokok. Di belakang ada nurseri, so pemandangan sangat best. Hijau juga berangin. Pokok-pokok bunga yang berwarna-warni juga dapat dilihat dari tempat mencendol ini.



Tiga set untuk tiga orang. Pasembor dan Cendol. Jarang nak jumpa cendol diserve dalam mangkuk 'tin' sebegitu. Best sangat, sebab pegang mangkuk tu jer dah terasa sejuknya.!


Yang membezakan pasembor ini dengan pasembor lain yang pernah Saya rasa ialah, pasembor ni ada cucur yang garing. Macam keropok! Ohhh memang different!

Selain Pasembor, juga ada Mee Goreng. Yeaa... cuma 2 tu jer menu. Mee Goreng pun dikatakan sedap. Masa kami makan, pun terbau wangi garingnya tumisan mee goreng tu. Cuma kami tak larat la nak order plak...!


Saya order Cendol + Pulut. Perhhhh lazat...!
Nampak tak nurseri kat belakang tu?
Cuaca sangat best dan terang-benderang pula petang tu...!

Selepas kenyang sampai tersandar, dah tak larat nak ke mana lagi dah. So, balik ke rumah Anyss dulu. Kemudian text Hanie untuk gathering lagi. Plan diatur selepas Asar.
SR yang cuma sepelaung dari rumah Anyss yang juga sepelaung dari rumah Hanie. Hahahaha... rumah setaman sekian lama, tapi baru minggu lepas depa ni tahu yang rupanya depa setaman....!
Semua kami hanya jalan kaki saja ke SR, walaupun dah mendung.


Kerana kami masih kenyang sendat, so minum saja lah sambil melihat anak-anak & suami Hanie yang makan.


Terimakasih Hanie yang belanja minum juga tapau dinner kami. Tak puas borak pun, sebab ujan lebat kat luar. Kami harus berpisah sebelum maghrib, sebab sebelah malam ada agenda lain pula menanti.

*blog ni dah 99% penuh pic... harap-harap sempat la sampai hujung tahun sebelum terpaksa buka blog baru.

~...memerhati HISYAM secara dekat dan merenung lama bukan mudah dapat dilakukan oleh sesiapa pun, tetapi sejak dulu hanya SERI BULAN sahaja yang berani sehingga dia kemudian sedar HISYAM walaupun jarang tersenyum tetapi bila tersengih ketara lesung pipit sebelah kiri seperti Bayu yang suka senyum dalam 'Bayu Cinta Luna'...~

 

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


zaldeco: ZALDECO Makeover <b>di Selayang</b> Resident

Posted: 19 Oct 2012 07:48 AM PDT


Sentuhan selebriti pereka dalaman Faizal Zain (ZALDECO) sering tampil dengan tema-tema unik. Terbaru buat kamar beradu seorang pelanggan, Faizal mengetengahkan rekaan peribadinya yang diberi tema Maskulin Mistik bersesuaian dengan tuan rumah yang masih bujang.


Gabungan rona mistik hitam dan putih menjadi tunjang disamping warna tambahan merah jambu dipilih bagi mewujudkan sedikit kelainan. Faizal cuba keluar dari kepompong hiasan dalaman, apabila warna merah jambu sering diketepikan dalam rekaan kediaman seorang lelaki. Tetapi kali ini rekaan Faizal tampil menyerlah dan sekaligus membuktikan warna merah jambu juga mampu tampil berciri maskulin.


Pemilihan tema ini memerlukan sentuhan yang berhati-hati agar aura maskulin dapat dibangkitkan. Jika salah tempatnya maka aura maskulin mudah tenggelam kerana gabungan warna yang manis. Namun kepakaran Faizal jelas terpancar apabila warna manis digabungkan dengan warna-warna mistik tampil berjaya.


Elemen-elemen mistik dibawakan dengan lengkap dan ringkas. Antaranya seperti lilin merah, bantal dengan geomatrica mystic, bingkai-bingkai gambar dengan paparan topeng-topeng beserta cermin hitam berunsur gotik yang menghiasi penjuru dinding.


Di akhir sentuhan segala elemen dan rona pilihan dilihat tampil bersatu. Walaupun ringkas dan bersahaja namun tema yang ditampilkan jelas mengambarkan satu kelainan. bagi mereka yang juga mengimpikan sentuhan kreatif Faizal, apa lagi...dapatkan konsultasi dari ZALDECO.

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


terselubung: 10 <b>Sungai</b> Terpanjang <b>Di</b> Dunia

Posted: 10 Oct 2012 12:00 AM PDT

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


Syabas Homes: 8.KEMUDAHAN <b>DI MERU</b> HILLS...

Posted: 07 Nov 2012 07:29 PM PST

Meru Hills adalah sebahagian daripada kawasan perumahan dalam gugusan pembangunan Taman Meru dan Bandar Meru Raya yang kini sedang pesat membangun.
Menyertai arus kerancakan pertumbuhan disini dan permintaan tempat tinggal selesa, Syabas Homes telah menyediakan sebuah boutique homestay di Meru Hills (gated community) berbentuk rumah teres dua tingkat berukuran 22 kaki x 75 kaki dengan kemudahan empat kamar tidur dilengkapi perabut dan peralatan, tiga kamar mandi untuk kediaman maksimum 16 orang.
Ruang porch dengan keluasan 22 kaki x 20 kaki, boleh memuatkan 2 buah kereta dengan mudah.
Bagi menghormati perokok-perokok tegar yang ingin merokok, dua buah bangku panjang disediakan sebagai sudut merokok. Ruang dalam rumah memang tidak dibenarkan merokok untuk menghormati tetamu yang mesra alam dan yang tidak selesa dengan asap rokok sekunder.
Dibahagian tingkat bawah terdapat sebuah ruang tamu, sebuah kamar tidur, sebuah setor, ruang makan dan ruang dapur.
Satu set sofa, dua buah meja, sebuah display cabinet  memenuhi ruang tamu. Bahan-bahan bacaan ringan dibekalkan kepada tetamu yang berminat membaca. Ruang tamu yang luas ini boleh juga di jadikan sebagai ruang tidur tambahan.
Kamar tidur di tingkat bawah dilengkapi dengan dua buah katil bujang furnished. Sebagai tambahan dua set tilam dan bantal juga disediakan.
Ruang makan dilengkapi dengan meja makan untuk enam orang dengan pinggan mangkuk, sudu garfu, cawan dan gelas yang mencukupi.

Peralatan memasak dan mesin suling air bersih sejuk dan panas berjenama COWAY disediakan di ruang dapur.

Di tingkat atas terdapat tiga kamar tidur iaitu satu kamar utama dan dua kamar tidur bujang dan dua buah kamar mandi.
Dua buah tilam kelamin dibekalkan di kamar tidur utama, ideal bagi sebuah keluarga kecil. Untuk keselesaan, bilik ini dilengkapi penyaman udara ( air-condition) serta bilik air dilengkapi dengan pemanas air.
Satu lagi ruang santai keluarga terdapat di tingkat atas rumah ini. Sebuah LED TV berukuran 42' dengan perkhidmatan siaran ASTRO termasuk pakej Sports Package dan DVD Player disediakan.
Ruang ini juga dilengkapi sebuah sofa bed. 

Ruang yang luas ini juga boleh ditukar menjadi ruang tidur tambahan apatah lagi tilam dan bantal tambahan juga disediakan di semua kamar tidur di tingkat atas seperti di tingkat bawah.
Kamar tidur kedua di tingkat atas adalah antara yang terbesar boleh memuatkan empat katil bujang dengan mudah. Dua katil bujang berbantal tilam lengkap dengan comforter. Almari dan meja ditokok tambah sebagai pelengkap kamar.
Syabas Homes di Meru Hills terletak di jalan Cul-De-Sac, aman dan tiada gangguan trafik serta mampu menempatkan enam ruang parkir tambahan untuk tetamu yang datang dengan kereta yang lebih dari dua buah.
 Pihak MYDIN Hypermarket Meru Raya telah menjadi pelanggan pertama menduduki homestay ini dan hingga kini terus menjadi antara pelanggan utama.
Terima kasih MYDIN kerana sokongan anda yang berterusan.
Pihak Syabas homes mengalu-alukan para tetamu berkunjung ke Bandar Ipoh dan menginap di Syabas Homestay Meru Hills.

Tetamu juga akan menerima sebuah 'complimentary fruit basket' untuk penginapan dua malam atau lebih selepas bayaran dijelaskan dan sewaktu penyerahan kunci.

Pada kadar harga@RM280 sehari semalam (24 Jam), Syabas Meru Hills menawarkan pakej penginapan homestay boutique yang amat berbaloi atau 'value for money'.

Kami bersedia menerima tempahan anda sama ada semalam, seminggu mahupun sebulan. Untuk tempahan sila hubungi Muzill tel: 019-4651234 atau email:syabashomes@gmail.com

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


rainbow of memories: Lawatan ke Rumah Anak Yatim <b>di Petaling Jaya</b>

Posted: 11 Nov 2012 01:20 AM PST

Dua hari lepas, which is on Friday, I dgn classmate, diiringi lecturer kami yg kami panggil Mama, untuk kelas Effective Speaking telah melakukan tugasan terkahir kami iaitu lawatan ke rumah anak yatim yang terletak di Petaling Jaya... Lepas ni, tinggal presentation utk semuanya. Hurmmm, habis control sebak jangan nangis. Huhu. Nasib baik tak menangis... Tipulah tak sebak atau sedih. :(
Tapi ada time tetiba plak si Tia menangis beria-ria... Memang taklah I pandang muka dia. Nanti menangis sama. Haha. Hati kami memang mudah tersentuh sebenar-benarnya walaupun nampak gangster... Mana taknya, memula masuk rumah anak yatim tu, air mata dah nak bertakung. Semua kanak-kanak comel tu beria-ria salam kita orang... Sedih gila tengok dia orang yang kecil-kecil, comel-comel tu, dah jadi anak yatim... :'( And here, I would like to share some pictures to share about our assignment. 
Early birds! Ini muka-muka datang awal... :) Us with our lecturer, Mama, in front of our faculty.
19 including our lecturer, should be ada lagi 9 org to be exact.
Rumah anak yatim yang kami pergi. Tapi, mengikut adik angkat I, ini hanya rumah perempuan.
Bila kami datang, mereka berkumpul di sebuah rumah. Jumlah mereka 30 orang semuanya.


Dari kiri : Faizatul (kakak) dan Nafisah (adik). Adik angkat I hari tu Nafisah.
Sesudah sampai sana, kita orang akan dapat seorang adik angkat setiap orang. Dan tugasannya ialah, kita orang perlu berborak dengan dia orang, dalam masa beberapa jam tu, dan dapatkan maklumat sedikit sebanyak tentang dia orang. Bukan senang dia orang nak cakap dengan orang yang baru dia orang kenal tau. So, kita orang perlulah apply Effective Speaking - To Persuade dia org utk bercerita. 
And mine, Nafisah... Memula dia cam malu-malu. Then ha, banyak juga dia bercerita. Taklah I duk tanya baru dia jawab. Huraian dia panjang jugaklah. Tapi tentang sekolah dengan hobi dia je. Bila tanya tentang family, dia macam tak nak jawab... Dia cakap dia tak ingat. Wuwuwu, kesian je tengok. Tapi dia pandai! Dia masuk kelas pertama, dan selalu dapat 100 dalam few subjects! So proud of youuu adik! :')
Mereka berumur majoritinya 7-12thn. Then kita orang lunch sama-sama, main game sama-sama dia orang. 
Dan tak lupa ada AJK makanan yang sediakan minum petang! Yeay!

Untuk game petang tu, si Tia jadi juruacara... Semangat kawan I seorang ni, demam dan tak ada suara pun, dia menjerit-jerit utk bagi instruction. Thank you Tia, you did well yang! :)

Nafisah dan Faizatul ni, ayah dia orang dah meninggal... Ibu orang susah, sebab tu mereka dihantar di sini. Tapi kalau cuti, mereka akan balik ke kampung. Sedihnya terpaksa berpisah dgn keluarga :(

Excited dia orang main game ni. Game err Kahwin - Cerai - Rujuk. Best tengok! Haha. 
Dia orang kene cepat bertindak mengikut arahan. Comel je... :)

FAHMI! Hihi... comel sangat, baik sangat! Fahmi menang game AEIOU.
Game siapa paling hebat jadi patung. Haha. Adik comel, semoga awak berjaya & bahagia dunia akhirat! :)

Our lecturer, Mama... dan Kak Farah, yang sediakan catering lunch hari tu. 
Thank you kak :) 

Nadia dengan anaknya! Hihi.. Ini sangat comel, btw I personally think muka dia orang sama. Kan?
Bila dia bercakap, comel gila, haha. Memula dia memalu, tp suka gila bergambar! 

Izah dengan adik angkat dia. Dan si comel tu jugak. Haha. Time ni game dah habis, tengah penyampaian hadiah sikit. Lepas tu dia orang bersiap utk pergi show. Dah hampir 5pm time tu.

Dear Tia dengan adik angkat dia. Kalau ada yang nak singgah, pergilah... :)
15, Jalan 3/67, Petaling Jaya. Dekat dengan UiTM Jalan Othman.

23 of us in the pictures, lagi saki baki beberapa orang samada jadi cameraman or missing in action lagi. 
Bersedia untuk pulang ke Shah Alam!



Alhamdulilah sangat... Sebab dilahirkan ada mama, ada abah... Ada semuanya... Bila tengok dia orang, memang ada terfikir macam Tia, "Apalah dosa dia orang?". Tapi, I tau, ni semua ujian Allah untuk insan-insan terpilih. Masakan budak-budak sekecil itu sudah berdosa? :( Harap dan doa supaya mereka sentiasa di dalam lindungan Allah...
Hurm, I was thinking that, someday, bila dah mampu, teringin sangat-sangat nak bantu rumah-rumah kebajikan dan anak yatim macam ni. How I wish I am a millionaire! Doakan supaya mereka dibantu dan dimurahkan rezeki selalu eh? Thank you! insyaAllah... 

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


Produk BeautyFrenz Kini <b>Di</b> Az-Zain <b>Sijangkang</b> Pula!

Posted: 08 Oct 2012 02:43 PM PDT

Pandangan Hadapan Az-Zain Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor
Alhamdullillah, produk BeautyFrenz kini telah memasuki pasaran Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor. Pendekatan Kedai Az-Zain dengan tag 'Produk Halal Pilihan Muslim' yang hanya memilih produk keluaran Muslim untuk menjaga dan memastikan pengguna mendapatkan produk yang tepat pilihan mereka.
42500 Telok Panglima Garang, Selangor
No Tel: 019-6793017 (Rahman)
Antara Produk-produk yang terdapat di kedai Az-Zain ini
Kedai ini yang bersebelahan kedai alat tulis memudahkan anda yang juga ingin mendapatkan sebarang alat tulis dan servis seperti 'binding' dan 'laminate'.
Papantanda bersebelahan jalan utama di Bt. 1, Kg. Sijangkang

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


RonyanuaR: Zulfahmi cipta sejarah, pole position <b>di Sepang</b>

Posted: 19 Oct 2012 11:03 PM PDT

Pelumba motogp negara dari pasukan AirAsia SIC-Ajo dalam kelas moto3 Muhammad Zulfahmi Khairuddin mencipta sejarah sebagai pelumba pertama asia yang mencapai kedudukan pole position pada sesi kelayakan motogp kelas moto3 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebentar tadi.
Dengan kedudukan tersebut bermakna beliau akan  memulakan perlumbaan esok dari grid pertama dengan meninggalkan calon juara tahun ini Sandro Cortese.
Hari ini juga yang merupakan hari kelahiran Zulfahmi yang ke 21, benar-benar membawa tuah kepadanya selain dibantu pengalamannya dilitar sepang dan keadaan jentera yang baik.
Selain Zulfahmi, seorang lagi pelumba negara yang menyertai motogp di sepang pada kali ini adalah seorang pelumba muda yang berpeangkalan di Sepanyol iaitu Hafizh Syahrin Abdullah yang akan beraksi dalam kategory moto 2 atas tiket Wildcard.
P/s : Jom sama-sama menyokong pelumba negara di Sepang esok sekaligus memeriahkan sukan permotoran negara.

Banjir <b>Di Sepang</b>, Aziz Rempit & Wanita UMNO - Darul Ehsan Today

Posted: 06 Nov 2012 06:00 PM PST

Aku berkesempatan mengikuti rombongan kelab putera 1malaysia dan wanita umno membantu mangsa banjir di kawasan dengkil semalam, apa yang aku nampak, kelab putera 1malaysia dan wanita umno mendahului kerajaan negeri dalam menghulurkan bantuan...
Sudah tiga hari mereka berkampung di dewan orang ramai dengkil, namun bantuan dari kerajaan negeri masih belum tiba, kalau ada pun datangnya dari majlis perbandaran sepang dan pejabat daerah sepang, itu pun bukan bantuan makan atau keperluan asas, tapi hanyalah bantuan logistik...
Gandingan kelab putera 1malaysia dan wanita umno memang mantap, kelab putera menyumbangkan keperluan asas seperti tilam, selimut, sabun dan bahan makanan, manakala skuad sayang wanita umno menyediakan masakan makan tengah hari, minum petang dan makan makan malam untuk 1053 mangsa banjir di tiga pusat pemindahan sementara...































12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Konsert Bersih 2.0 <b>Di Kelana Jaya</b> Semalam <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2012 03:30 AM PDT

Puak PAS dan Lebai PAS tidak berani yang datang ke Kelana Jaya...takut takut kot.Lebai lebai yang pakai kopiah mesti buka punya....Mana boleh datang tempat seperti bergini....dengan hiburan sampai 12 tengah malam.Lihatlah saja sambutan orang ramai terhadap ....pembangkang amatlah mengejutkan sedangkan ini dibawah kerajaan Pakatan Rakyat.Ini akan memberi tamparan hebat.......

ads