di negeri selangor - Google Blog Search |
| Terkini! Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air <b>di Negeri Selangor</b> <b>...</b> Posted: 28 Feb 2014 06:26 AM PST Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengeluarkan notis untuk melakukan catuan bekalan air di beberapa kawasan di Negeri Selangor. Syabas akan melaksanakan Pengagihan Air Berjadual mulai hari Ahad, 2 Mac 2014. Sila lakukan persiapan yang sewajarnya. Berikut adalah Notis dan Pelan Jadual Catuan Bekalan Air (2) yang dikeluarkan oleh Syabas : NOTIS CATUAN BEKALAN AIR DI ENAM (6) DAERAH EKORAN PENGURANGAN PELEPASAN AIR MENTAH EMPANGAN SUNGAI SELANGOR DAN EMPANGAN KLANG GATES DAN PENGURANGAN PENGELUARAN AIR TERAWAT DARI LOJI-LOJI RAWATAN AIR YANG BERKAITAN Adalah dimaklumkan bahawa, Kerajaan Negeri Selangor pada 24 Februari 2014 telah mengeluarkan arahan kepada SPLASH untuk mengurangkan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor sehingga 200 Juta Liter Sehari (JLH) dan pada 26 Februari 2014 mengarahkan PNSB untuk menghadkan pengambilan air mentah dari empangan Klang Gates kepada 100 JLH. Berikutan arahan tersebut, loji-loji rawatan air yang menerima bekalan air mentah dari kedua-dua empangan terpaksa mengurangkan pengeluaran air terawat sekaligus mengurangkan bekalan air terawat yang diagihkan oleh SYABAS ke kawasan pengguna yang berkaitan. Sehubungan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 26 Februari 2014 telah meluluskan Pelan Catuan Bekalan Air di beberapa kawasan di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor disebabkan pengurangan bekalan air terawat ini. Pihak SPAN akan menyelaras dalam pengurusan dan perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air ini dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). Berikut adalah Pelan Catuan Bekalan Air untuk makluman semua pengguna yang terlibat:-
1. TEMPOH PERLAKSANAAN PELAN CATUAN BEKALAN AIR
2. KAWASAN TERLIBAT
3. JADUAL CATUAN BEKALAN AIR
JADUAL AGIHAN AIR MENGIKUT TARIKH DAN ZON ZON DAN KAWASAN DAERAH HULU SELANGOR Daerah-daerah serta Kawasan-kawasan lain yang terlibat dengan catuan bekalan air adalah seperti berikut :
KUALA LUMPUR (ZON 1)
KUALA LUMPUR (ZON 2)
KLANG/SHAH ALAM (ZON 1)
KLANG/SHAH ALAM (ZON 2)
KUALA SELANGOR (ZON 1)
KUALA SELANGOR (ZON 2)
Anda juga boleh semak zon dan kawasan anda melalui Link berikut : jika bermasalah loading, sila ke link : kemudian klik : Pengagihan Air Berjadual (2) 4. POLISI CATUAN BEKALAN AIR
5. KERJASAMA DARIPADA PENGGUNA
Semoga maklumat ini dapat membantu anda melakukan persiapan yang sepatutnya agar tidak berlaku sebarang masalah dikemudian hari. rujukan maklumat : http://www.syabas.com.my/
Author by Bin Muhammad |
| You are subscribed to email updates from di negeri selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

















