Isnin, 25 Jun 2012

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Polis rampas pistol, peluru <b>di Semenyih</b> | Inimajalah

Posted: 15 Mar 2012 12:58 AM PDT

Kategori

Arkib

© 2009 - 2012 inimajalah.com.my

Penyiaran semula kandungan web ini adalah dibenarkan dengan hakcipta tertakluk di bawah Creative Commons berdasarkan syarat seperti di sini.

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Bersama IbuBapa dan pelajar h sel tajaan PTPTN <b>di Kuala Kubu</b> <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2012 01:38 AM PDT

Thanks, Wassallam
Idrisbakar

Posted from
Kuala Kubu Bahru, Malaysia

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Nilai semasa rumah <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2012 12:00 AM PST

marjisaim wrote:
rumours bertiup kencang MAS will declared as bankrupcy so that all old agreement and contract will terminated automatically..
.....ehh .. ini akan berlaku lagi hari ini dlm sejarah ke ... macam PERWAJA tu ... adad juag yg jadi kaya.... dah out of topis ni..

Saya puan ada satu rumah di Tmn Mawar ... masih belum ada pembeli walaupun dan beberapa orag melihat nya ,

Saya ada sahabat nak beli rumah area sepang. Tolong bagi no kontek mana2 rumah yang untuk dijual.
0136648623

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


SEKOLAH KEBANGSAAN <b>BUKIT LANJAN</b> (ASLI): EKSPEDISI <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2012 07:43 AM PDT

Pada cuti hujung minggu yang lepas, beberapa orang guru SKBL telah bersepakat untuk menyertai ekspedisi makan durian di Kg. Orang Asli Bukit Lagong. Disamping bertujuan untuk merasa durian bukit dan hutan, kembara in juga sebagai satu cara mempereratkan tali silaturahim dan melupakan seketika bebanan tugas harian sebagai seorang pendidik. Perjalanan bermula jam 9.30 pagi dengan menaiki land-rover Puan Rogayah yang memakan masa hampir 30 minit ke destinasi dusun durian beliau yang terletak di tempat yang bernama Juntai di dalam hutan simpan Bukit Lagong. Gambar-gambar di bawah menceritakan keseronokan dan kejayaan ekspedisi tersebut. Satu pengalaman yang tidak dapat dibeli dan hanya dapat dinikmati di sekolah asli sahaja. Terima kasih Puan Rogayah dan keluarga atas layanan baik pihak puan kepada rombongan kami.

ADMIN : Buurrrp, (sendawa durian)

Sedang bersiap-sedia untuk perjalanan ekspedisi.










Sedang asyik meneliti buah kantan.


Operasi memunggah buah durian untuk di bawa turun.

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


My Cute Little Diary: Makan-makan <b>di Jeram</b>

Posted: 05 Jun 2012 01:26 AM PDT


Gi jalan2 cari makan seafood
ngan girlfriends kat Jeram.

Time ni dalam kul 6.
Air tgh surut,
tapi dah nak pasang.

Makan kat Restoran Aroma Ikan Bakar.
Tempat paling femes
and sedap katanya.

Sesi memilih oleh Nani dan Anis

Bakal dimasukkan dalam perut jap lagi :)

Duk dekat ngan laut.
Konon menikmati keindahan alam
tapi seyes panas.. takde angin
berkuap2 jua la dok dlm ni haha

Ketam masak kunyit

Ikan siakap 3 rasa

Udang goreng tepung

Ketam masak cili

Udang masak cili dan butter prawn

Sesi melantak.
Semua org makan dah tak ingat dunia.

Orang lain semua dah stop makan.
Tinggal Anis je yg tgh korek pipi ikan hihi

Tima kasih pada Pn.Nani
sbb dia la tokei yg blanje kami semua makan.
Kenyang sangat weh.
Dah macam ular sawa rasanya.
Kalau ada bantal mmg lama dah ku landing.

Masakannya semua sedap2 belaka.
Nak nak masak cilikan..
Sangat puas hati.
yang pasti leh datang lagi.
Dah kenyang baru ingat anak2 dan laki :p
Pasni ni mau ajak Zaf kesana plak.

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


- Kepemimpinan komited MDKL dipuji

Posted: 22 Jul 2008 06:09 PM PDT


KAMI, penduduk Bandar Saujana Putra ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) di atas jasa baik membantu kami mengatasi segala kesulitan di penempatan baru kami. Daripada masalah tol hinggalah masalah laluan di pinggir sungai yang menjadi laluan anak anak kami ke sekolah.

Kami percaya bukan mudah untuk mempunyai pegawai kerajaan yang sentiasa mempunyai komitmen tinggi, terutama dalam melayani pelbagai kerenah masyarakat yang pelbagai cita rasa dan budaya. Namun begitu setelah dua tahun menetap di sini, kami berasa selesa dengan kerjasama MDKL, khususnya Mohd Ahil selaku Yang Dipertua majlis itu.

Kami tidak akan lupa kesungguhan YDP yang sanggup pergi ke Pahang dari Banting, Selangor untuk mendapatkan kelulusan Pembukaan TOL di sini yang menjadi laluan utama kami ke bandar berdekatan.

Kesungguhan yang ada pada beliau harus dipertahankan dan dicontohi pegawai kerajaan lain dalam memenuhi keperluan rakyat.

BRADEEN,
Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra,
Kuala Langat, Selangor

Petikan : Berita Harian Online (Bahagian Surat), 23 Julai 2008

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Kebun Bahagia Bersama: Kebun Sebelah <b>Sungai Buloh</b> Benih <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2012 07:40 AM PDT

Setelah lama memujuk tukang-tukang kebun di sebelah Sungai Buloh untuk tangkap gambar progress pokok-pokok atau benih yang saya pindahkan dari Adelaide ke Sungai Buloh bulan May lalu, saya terimalah gambar-gambar ini dari adik lelaki saya hari ini. Walaupun rasa tiada tenaga sudah malam ini, teruja sangat nak berkongsi gambar ini. Untuk mengelakkan kekeliruan saudara/saudari yang baru berkenalan dengan tukang kebun dan mengikuti blog kami, kami ada 2 kebun, satu di Adelaide yang dalam proses beralih perlahan-lahan beberapa tanaman ke kebun di Sungai Buloh yang milik ibubapa saya. Dahulu ahli tukang kebun di Adelaide adalah 5 orang dan sekarang tinggal 3 orang. Tukang kebun lagi 2 orang dah berada di Sungai Buloh dan bilangannya bertambah dengan ahli baru iaitu adik-adik saya. Yang menolong pos benih-benih ialah adik lelaki saya. Dulu, saya dan sepupu saya Lenay yang kumpul benih-benih di Adelaide. Sekarang ini, benih dari Adelaide dikumpul oleh saya dan benih dari Sungai Buloh dikumpul oleh Lenay dengan bantuan anak-anak murid dia bermula baru-baru ini. 
Pertengahan bulan May lalu, kami ada bawa balik bulb gladiolus untuk kebun kami dan juga peminat bunga yang lain. Sekarang bulb gladiolus di kebun kami semuanya telah bercambah dan meninggi seperti di dalam gambar bawah.
Bulan lepas ada juga dibawa balik pokok-pokok strawberry (jenis 'Sweetie') dari kebun kami pindah ke kebun Sungai Buloh. Pokok strawberry sudah berbuah tapi si ayam mutiara je yang puas makan. Ada juga bawa balik pokok saya tak ingat sama ada blackberry atau blueberry, katanya dah berbunga sekarang. Tapi adik perempuan saya kata macam ayam mutiara je yang target awal-awal lagi buahnya nanti. Pokok bay leaves yang dibawa balik pun mereka report makin cantik. Saya juga ada bekalkan beberapa rhizome bunga iris dari kebun kami di Adelaide dan nampaknya gagah tumbuh juga di kebun Sungai Buloh seperti gamber di bawah.
Bawa balik juga 2 pokok bunga gerbera yang saya sayangi sebab pemberian hadiah Mother's day 2 tahun lepas dari anak-anak. Lenay bahagikan ke beberapa pokok (by division) dari 2 pokok tu dan katanya sekarang ni galak tumbuh baik. Masa di bawa balik, di Adelaide makin sejuk jadi pokok gerbera tu dah mula dormant dan nampak sedih sangat, sekarang sebab agaknya tumbuh dekat Malaysia seronok dapat banyak haba kembali.
 Bulan January lepas saya ada balik Malaysia 6 hari. Saya ada bawa balik buah spaghetti squash yang baru dituai dari kebun kami di Adelaide. Lenay simpan bijinya dan semai. Hujung minggu lepas, kebun di Sungai Buloh telah tuai spaghetti squash buat pertama kalinya dan Lenay ada tunjuk buahnya di Skype. Kalau Lenay bagi lampu hijau, baru kami akan promosikan benih organik heirloom spaghetti squash.
Semasa di Malaysia January lepas, saya ada semai benih sengkuang di kebun Sungai Buloh. Sekiranya nak ubi sengkuang yang besar, bunganya hendaklah dipotong supaya pokok itu fokus tenaganya untuk menghasilkan ubi sengkuang yang besar dan tidak terbantut. Tetapi kali ni saya pesan dengan Lenay supaya biar je pokok sengkuang itu berbunga untuk kumpul benih. Mereka berjaya kumpul benihnya dengan penuh kesabaran. Setiap kali berSkype, Lenay saja mengusik saya tunjuk benih sengkuang yang mereka kumpul. Kebun kami adalah organik, jadi jangan pelik tengok daun yang habis berlubang dan kena makan tu. Keadaan pokok-pokok sengkuang itu sekarang.

Bila nak tambah benih organik open-pollinated sengkuang dalam list?
Lenay tak bagi lampu hijau lagi. 
Dia kata tunggu dulu nak testing benih dulu.
Protokol nak dapat kelulusan benih dalam kebun kami...hehehe....
Saya gembira dan bangga dengan tukang-tukang kebun di sebelah Sungai Buloh sebab dah berjaya mula buat koleksi benih tempatan mereka sendiri. Tukang-tukang kebun di sebelah Sungai Buloh sekarang adalah anak-anak muda yang berusia antara 25 tahun dan 5 tahun. Ilhan yang baru masuk 5 tahun masa menetap di Adelaide jarang sekali dapat makan kacang panjang. Sekarang menu sayurnya tiap hari ialah kacang panjang dari kebun Sungai Buloh kami. Dekat Sungai Buloh sekarang musim kacang panjang.

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


mencari bilik sewa area <b>balakong</b> – 1878th Edition | Portal Rumah <b>...</b>

Posted: 26 May 2012 07:45 PM PDT

© 2012 Portal Rumah Sewa . Com – Portal sewa rumah terbaik di Malaysia | rumah untuk disewa | sewa rumah | cari rumah sewa | mencari rumah sewa | iklan rumah sewa percuma. All Rights Reserved.

Best Theme Ever | Powered by WordPress

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Najib lancar projek Bas Rapid Transit-<b>Sunway</b> Line | N9 Kini - Portal <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2012 10:43 PM PDT

PETALING JAYA: 09 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan projek Bas Rapid Transit (BRT)-Sunway Line yang akan memberi kemudahan pengangkutan kepada kira-kira 500,000 penduduk di sekitar Bandar Sunway dan Subang.

Dengan anggaran kos awal RM300 juta, projek dilaksanakan di bawah inisiatif perkongsian sektor awam dan swasta membabitkan syarikat milik kerajaan Syarikat Prasarana Negara Bhd (PRASARANA) dan syarikat swasta Sunway Bhd itu akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini dan dijangka siap pada penghujung 2014.

Najib dalam ucapan perasmiannya di Sunway Monash Residence di sini berkata, projek itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk terus memperbaiki sistem pengangkutan awam seperti yang terkandung di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), terutama di bandar-bandar utama yang memerlukan sistem pengangkutan yang cekap dan boleh dipercayai.

"Kita perlu melakukan transformasi ini kerana kita memerlukan sistem pengangkutan yang dapat memenuhi keperluan sebuah bandar yang moden.

"Sebelum ini, kita memperkenalkan LRT banyak juga skeptikal, yang mengatakan LRT tidak akan berjaya, tetapi kini LRT dapat menjana seramai 450,000 penumpang sehari, dengan purata penumpang pada waktu puncak hampir 85,000," katanya.

Najib berkata, kerajaan sudah memperkenalkan tren empat gerabak itu pada Disember 2009 untuk memenuhi permintaan yang semakin memuncak dan kini pada waktu puncak, tren itu penuh sesak.

"Ini menunjukkan tanpa LRT dan monorel ini, kita tidak dapat bayangkan bagaimana keadaannya (kesesakan trafik), yang terpaksa kita lalui di kawasan Lembah Klang ini," katanya.
Beliau berkata, ketika ini saham pengangkutan awam amat rendah iaitu kira-kira 17 peratus dan kerajaan mensasarkan saham itu meningkat kepada 40 peratus menjelang 2020.

"Kami mesti lakukan semuanya yang kami perlu lakukan supaya rakyat yang tinggal di Lembah Klang akan dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik," katanya.

Najib berkata, PRASARANA menerusi anak syarikat dan divisyennya kini bertanggungjawab bagi perkhidmatan pengangkutan di tiga laluan iaitu Ampang Line, Kelana Jaya Line dan Kuala Lumpur Monorail.

Najib berkata laluan berkenaan akan diselaraskan sebagai rangkaian dalam bentuk BRT.

Beliau berkata, amat baik bahawa projek baru itu dilaksanakan di bawah perkongsian swasta-awam, inisiatif yang sentiasa digalakkan oleh kerajaan kerana ia menggabungkan kekuatan sektor awam dan swasta untuk menjayakan usaha pembinaan negara.

"Ini adalah konsep yang saya ingin galakkan dan sokong kerana saya percaya dengan saling bekerjasama rapat, ia akan menjana faedah dan kebaikan bersama kepada syarikat swasta dan juga kerajaan," katanya.

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


ipoh chicken hor fun: harga rumah <b>di Kajang</b> dan Bangi (basic unit)

Posted: 17 Jun 2012 11:07 PM PDT

Harga rumah sekitar Saujana Impian dan Bandar Baru Bangi bagi rumah jenis sub-sale, basic unit dengan saiz 20 x 70
Penilain dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (di PKNS, Bangi) = RM250k - 270k
Penilaian dari bank (Maybank) = RM280k
Harga rumah dijual = RM300k - 320k !!
Agak melampau.. rumah yang dibina tahun 2000 dengan harga lebih kurang RM130k, melambung sehingga lebih RM200k hanya disebabkan permintaan yang tinggi!!!
p/s : adik-adik ku, semasa muda, beli lah rumah seawal mungkin..

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Radiusite kini <b>di Rawang</b>! | Handmade Rocks!

Posted: 24 Jun 2012 08:32 AM PDT

Posted by on Jun 24, 2012 in fashion, shopaholic, shopping |

Happy ok. Disebelah rumah saja. Ahaks.

image

Radiusite Rawang - Di Shoplot sebelah Tesco, belakang Maybank Islamic

Selama ni, cuma sempat browsing blog and fb Radiusite, sebab selalunya, yang berkenan dihati mesti Sold Out. Sangatlaaahh susah nak dapat tudung-tudung nyaa.

Ada butik di Shah Alam, pada saya, jauh.. belum sanggup pergi lagi. So bila tahu nak buka di Rawang, kugagahkan diri pergi seorang diri. Luckily, jumpa juga office mate! ;)

image

Ramai Hijabista, beratur bayar sampai kepintu!

Saya sampai, dah ramai. Tapi sempat la tgk Deretan Syawl Shasmeen yang popular tu depan mata.. sampai taktau nak pilih.

image

Terpikat juga dgn Naaila Double layer, tapi belum cukup bajet lagi. Sabar ya nak, nanti milikku juaa..

image

ID Butik Radiusite ni sangat cool. Konsep Modern Chic. Pink and Purple. Tapi tak dapat nak feel tangkap gambar, sebab ramai tetamunya. Alhamdulillah, murah rezeki Ika.

Disatu sudut, ada sudut comel utk apam-apam kiut, biskut and marshmellow.

image

Tapi, i tgk takde sorang mak-mak pun yang tertarik ke sini, lebih berkerumun kat shawl and all. Haha.

image

So, apa lagi, anak-anak la yang menjamu selera. Hehehe.

Saya shopping tak byk, kene menyimpan demi masa depan. Ecewah. Rembat satu Shasmeen Shawl and Color Block Shawl sahaja. Taktau la nak pegi mana pakai Shasmeen. Hahaa.

image

Cantikkan Ika? The Owner of Radiusite. Idola ni. Sangat friendly ok! Tahniah Ika, semoga bisnes nye bertambah maju dan terus maju!

Mama, adik.. nanti kita pegi yaaaaa. Hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


BIAR GAMBAR BERBICARA...CERAMAH ANJURAN TIBAI <b>DI IJOK</b>

Posted: 20 Jun 2012 07:10 PM PDT

Ceramah anjuran TIBAI atas tajuk Debat Rakyat yang membariskan para penceramahh terdiri dari Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar, YB Zulkifli Noordin Ahli Parlimen Kulim dan Musryidul Am TIBAI, Sdr Zahid Mat Arip, ternyata gagal untuk memikat dan memukau rakyat.

Untuk kelihatan ramainya yang datang mendengar maka para penceramah duduk sebaris dengan para pendengar.

Ini adalah taktik terbaru mana-mana ceramah anjuran UMNO maupun NGO yang mesra atau dakap perjuangan UMNO.

Lihat gambar-gambar diatas.

LOKASI:-  Kg Bukit Badong, Ijok, Selangor

ACARA:-  Ceramah Debat Rakyat

TARIKH:-  19hb Jun 2012 jam 9.30 malam

Strategi UMNO/BN Selangor mengadakan ceramah dengan memasuki tempat-tempat yang kuat Pakatan Rakyat masih lagi kelihatan gagal untuk memikat dan memukau rakyat.

Ini jelas apa bila sepanjang ceramah itu, Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, kelihatan muram dan kurang senyum. Tanda-tanda kecewa amat jelas diraut wajahnya.

Sepanjang ceramah tersebut para penceramah yang diketuai Noh Omar hanya sekadar menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain pemimpin PR, termasuk Mursyidul Am PAS YAB Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz, YAB Lim Guan Eng KM Pulau Pinang dan YAB TS Khalid Ibrahim MB Selangor.

Ini membuat para penonton naik muak dan bosan.

Tidak hairanlah kalau para penganalis dan peramal politik,  hasil kajian yang mereka buat, amat sukar untuk UMNO merampas kembali Selangor.  Kelantan dan Pulau Pinang jangan dok mimpilah.

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Media Cyber: Ibu Dera Anak <b>Di Sepang</b> (Video)

Posted: 08 May 2012 11:48 PM PDT

Tolong la benda ni jadi kat Sepang mmg nak sangat2 aku lempang2 k. Bangang ke pe? X sanggup tgk sampai abis. Dpt kat mane abg Aqeeb. Yg rakam tu pon Bongok gak g tgk je. Menyirap darah tgk. Rs nk lempang2 pon gile ni. Dua ekor babi.satu yang amik gambar, satu lagi babi pukul anak sendiri. tolong mana kawan DPP kalau dpt kes ni. sebarkan sapa mak dia ni.aku nak sendiri pegi court ludah mak budak. 

DAH REPORT PDRM TP PDRM BLS MSG KATA DORNG DPT BYK VIDEO NI TP DORNG X THU MAKLUMAT UNTK CARI PPUAN NI.


Serius... ni dah tahap.... gila!

Ahad, 24 Jun 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


MASJID AS-SYARIF,TAMAN SERI,<b>TELOK DATOK</b>: Kita <b>di</b> mana?

Posted: 19 Jun 2012 08:42 PM PDT

Orang Bertaqwa Mendapat Pertolongan Allah Ketika Titian Sirat


Sahabat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya pemeriksaan amalan di Padang Mahsyar belum lagi sempurna sehingga seseorang itu diperiksa atau ditanya mengenai nikmat dan amalannya di tempat pemeriksaan sewaktu melalui Siratul Mustaqim atau Titian Sirat.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam) (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu." (Surah Mariam ayat 71)

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Imam Al-Nawawi di dalam kitab Syarah-Muslim menulis, ulama besar menetapkan bahawa sirat itu ialah satu titian di atas permukaan api Neraka Jahanam di mana semua manusia akan meniti.

Orang Mukmin akan terselamat disebabkan keimanan dan amal solih yang mereka lakukan di dunia, manakala orang kafir dan murtad akan terhumban ke dalamnya.

Orang pertama melalui Titian Sirat ialah Nabi Muhammad s.a.w. yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Dan direntangkan Sirat di antara dua jurang Neraka Jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus."

Tahap kelajuan seseorang Mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, semakin laju menuju titian itu.

Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda tentang As-Sirat: "…dan padanya (As-Sirat) ada cangkuk atau pengait yang berduri seperti duri As-Sa'daan melainkan tidak mengetahui kadar besarnya melainkan Allah; mengait manusia mengikut amalan mereka" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abi Said Al-Khudriy r.a berkata: "Telah sampai kepadaku bahawa ianya (As-Sirat) lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang" (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah bersabda bahawa "Sesungguhnya Allah menciptakan Sirat yang berada diatas Neraka, iaitu Jambatan ditengah-tengah Neraka Jahanam yang sangat licin dan menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai tujuh sekatan, dan setiap sekatan jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun. Dalam 3000 tahun itu, 1000 tahun merupakan tanjakan yang tinggi, 1000 tahun merupakan dataran, dan 1000 tahun merupakan lereng yang curam. Ia lebih kecil dari rambut, lebih tajam dari pedang dan lebih gelap berbanding malam yang pekat. Setiap sekatan mempunyai 7 cabang, dan setiap cabang bentuknya seperi panah yang hujungnya tajam. Maka, duduklah setiap hamba diatas setiap sekatan tersebut dan ditanya tentang perintah-perintah Allah s.w.t"

Tujuh sekatan tersebut adalah seperti berikut :

Sekatan Pertama : Mengenai keimanannya kepada Allah s.w.t dan rukun-rukun iman yang lain.

Apabila seorang manusia terlepas daripada persoalan aqidah ini barulah ia boleh bergerak menuju ke sekatan kedua pula. Jika di dalam persoalan aqidah ini terdapat syirik kepada Allah s.w.t. dan telah rosak aqidahnya maka seseorang itu tidak akan terlepas untuk meneruskan perjalanan dan ia akan dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam.

Firman Allah s.w.t yang maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan mengampuni dosa yang selain syirik itu bagi siapa sahaja yang Dia kehendaki. Barangsiapa mempersekutukan Allah (syirik), maka sungguh ia telah melakukan dosa yang sangat besar." (Surah An-Nisaa ayat 48)

Sekatan Kedua : Mengenai solat fardu.

Soalat fardunya akan diperiksa samaada ia melaksanakannya atau pun tidak. Adakah ia telah melalai-lalaikan solat sehingga terlepas waktunya. Adakah dia mengerjakan dengan khusyuk atau tidak semuanya akan diperiksa satu persatu. Jika ada kekurangan solat fardunya akan di periksa solat-solat sunat yang lain untuk menampung kekurangan solat fardu tersebut.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Sekatan Ketiga : Mengenai puasa Ramadhan.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya." (Riwayat Bukhari)

Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi untuk melemahkan nafsu yang buruk.

Jika puasa Ramadhannya ada kekurangan ianya akan ditampung dengan puasa sunatnya. Tetapi jika puasanya tidak sempurna maka dia tidak akan dapat melepasi sekatan ini dan untuk meneruskan perjalanan ke sekatan keempat.

Sekatan Keempat : Mengenai zakat.

Jika ketika di dunia dahulu ia engan membayar zakat walaupun hartanya cukup nisab dan cukup tempuhnya maka ia akan dihalang untuk meneruskan perjalanan ke sekatan kelima.

Terdapat hadis Nabi s.a.w yang menceritakan azab bagi mereka yang tidak mahu membayar zakat. Sabda baginda maksudnya : "Tidaklah pemilik harta simpanan yang tidak melakukan haknya padanya, kecuali harta simpanannya akan datang pada hari kiamat sebagai seekor ular jantan aqra' yang akan mengikutinya dengan membuka mulutnya. Jika ular itu mendatanginya, pemilik harta simpanan itu lari darinya. Lalu ular itu memanggilnya,"Ambillah harta simpananmu yang telah engkau sembunyikan! Aku tidak memerlukannya." Maka ketika pemilik harta itu melihat, bahwa dia tidak dapat menghindar darinya, dia memasukkan tangannya ke dalam mulut ular tersebut. Maka ular itu memakannya sebagaimana binatang jantan memakan makanannya".(Hadis Riwayat Muslim)

Sekatan Kelima : Mengenai fardu haji dan umrah ke Baitullah.

Sekiranya semasa hidup di dunia dahulu ia berkemampuan tetapi menangguh-nanguhkannya hingga tidak sempat menunaikannya atau tidak berniat langsung untuk mengerjakan fardu haji maka ianya akan tersekat disini. Jika seseorang menunaikan haji tetapi niat hatinya supaya mendapat pangkat 'tuan haji' atau rasa riak maka amalannya juga tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.

Sekatan Keenam : Mengenai wudhu' dan mandi hadas besar.

Jika diperiksa wudhu'nya adakah sempurna atau pun tidak. Jika wudhu'nya tidak sempurna dan tidak sah maka solatnya juga tidak sah. Begitu juga mandi hadas besar jika mandinya tidak sempurna maka ia berkekalan berhadas besar maka solatnya juga akan tertolak dan menjadi tidak sah.

Sekatan Ketujuh : Adab terhadap orang tua, talian persaudaraan, dan hubungan terhadap semua makhluk (samaada ada terdapat perbuatan zalim yang dilakukan kepada orang lain).

Imam al-Ghazali meriwayatkan, tempat pemeriksaan ketujuh adalah tempat pemeriksaan paling sukar untuk melepaskan diri. Persoalan mengenai kezaliman ke atas manusia diperbincangkan. Disini juga akan diperiksa adab anak-anak kepada kedua ibu bapanya adakah semasa di dunia ia ada menderhakai kedua ibu bapanya? Begitu juga hubungan sesama ahli keluarga atau sesama Muslim adalah pernah memutuskan hubungan silaturahim? dan sebagainya.

Manusia yang dizalimi akan menuntut haknya kepada Allah s.w.t maka seseorang yang pernah melakukan kezaliman tidak akan mudah melepasi sekatan ketujuh ini walaupun ia terlepas daripada sekatan pertama hingga keenam.

Cepat atau lambat meniti sirat juga bergantung kepada cepat atau lambatnya seseorang itu berlumba untuk mencapai keredhaan daripada Allah s.w.t.


Semasa melintasi Titian Sirat (Siratul Mustaqim), terdapat pelbagai jenis manusia. Manusia pertama menjejakkan kakinya di Sirath adalah Nabi Muhammad s.a.w. Baginda akan memimpin kumpulan-kumpulan umatnya menjadi 10 bahagian untuk melintasi Jambatan tersebut.

* Kumpulan Pertama – melintasi bagai cahaya kilat memancar
* Kumpulan Kedua – melintasi bagai angin yang kencang
* Kumpulan Ketiga – melintasi bagai kuda yang baik
* Kumpulan Keempat – melintasi bagai burung yang pantas
* Kumpulan Kelima – melintasi dalam keadaan berlari
* Kumpulan Keenam – melintasi dalam keadaan berjalan
* Kumpulan Ketujuh – berdiri dan duduk
* Kumpulan Kelapan – menarik muka mereka dengan rantai
* Kumpulan Kesembilan dan kesepuluh – tertinggal diatas Sirat dan tidak diizinkan untuk menyeberangi kerana dosa-dosa mereka.

Keadaan-keadaan semasa kumpulan melintasi jambatan Sirath:

Kumpulan Ketujuh – Mereka berdiri dan duduk akibat kepenatan dan dosa-dosa terpikul dibelakang mereka. Nabi Muhammad s.a.w. berhenti diatas Sirat. Setiap kali, Nabi Muhammad s.a.w. melihat seorang dari umatnya bergelayut di atas Sirat, kemudian ia akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.


Kumpulan Kelapan – mereka menarik muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru; "Wahai Muhammad!", dan Nabi Muhammad s.a.w. akan berkata; "Tuhan! Selamatkanlah mereka! Tuhan! Selamatkanlah mereka!"


Sahabat yang dikasihi,

Berdasarkan hadis di atas dan kisah yang jelas mengenai Titian Sirat sedarlah kita bahawa setiap daripada kita tidak akan terlepas melaluinya sebelum memasuki Syurga Allah s.w.t. Perlulah kita muhasabah kita akan berada dikumpulan mana?

Sekiranya kita termasuk di dalam kumpulan pertama hingga keenam akan terselamat daripada tergelincir dan terhumban ke dalam Neraka Jahanam, jika kita termasuk dalam kumpulan ketujuh dan kelapan akan selamat sampai juga dengan pertolongan Nabi s.a.w tetapi dalam keadaan yang amat azab.

Minta dijauhilah masuk ke dalam kumpulan kesembilan dan kesepuluh kerana kumpulan ini akan tertinggal di pertengahan jalan dan tunggu masa untuk tergelincir ke dalam Neraka Jahanam, na'uzubillahiminzalik.

Marilah kita pertingkatkan amal ibadah, amal soleh dan amal kebaikan dan kebajikan dan tinggalkan semua dosa, maksiat dan kemugkaran kepada Allah s.w.t. untuk kita dapat menyelamatkan diri kita nanti di hari akhirat. Alangkah ruginya kita bila bertemu Allah s.w.t nanti tidak ada amalan yang dapat membantu dan menyelamatkan kita dengan siksaan yang dahsyat iaitu siksaan Neraka Jahanam.


Hanya jiwa yang beriman dan bertaqwa sahaja akan terselamat daripada azab yang pedih ketika meniti Sirat dan terselamat daripada azab Neraka Jahanam.

Masjid As-Syarif,Taman Seri,Telok Datok,Banting

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


KECOH KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK <b>DI CHERAS</b>! MENTERI <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2012 07:09 PM PDT

Program 'Twitup YB Dato Seri Hishamuddin' merupakan program luar biasa kerana melibatkan anggota VAT69 dan UTK. Panas! Semalam memberi kenangan tidak terhingga dan pengalaman hebat buat 200 orang peserta program 'Twitup YB Dato' Seri Hishammuddin'. Mana tidaknya, mereka telah diberi peluang untuk menembak di Lapang Sasar Briged Tengah menggunakan pistol semi auto yang digunakan oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK)PDRM. Peluang keemasan itu tidak dilepaskan oleh para peserta program yang rata-rata belum ada pengalaman menembak menggunakan pistol semi auto. Ketua Polis Negara turut menunjukkan kehebatan menggunakan raifal sniper menembak ke sasaran yang berada 120 ela. Sebelum acara menembak dimulakan, para peserta telah diberikan taklimat khas oleh pegawai UTK bertugas tentang ciri-ciri keselamatan ketika menggunakan senjata api. Peserta yang teruja telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan dua lapang sasar sambil setiap peserta yang mengambil bahagian diawasi oleh pemerhati (pengasuh) yang merupakan anggota VAT69 dan UTK. Selepas arahan menembak oleh pegawai lapangan, suasana menjadi gegak gempita dengan peserta melepaskan tembakan ke arah papan sasaran yang berada 15 meter dari lokasi menembak. Acara menembak dan demonstrasi senjata oleh komando VAT69 dan UTK memberi pengalaman luar biasa kepada pengikut setia Twitter YB Dato' Seri Hishamuddin. YB Dato memberi ucapan dan penerangan sambil bersuai kenal dengan para peserta program. Sebelum itu, para peserta turut diberi peluang bersuai kenal secara santai bersama YB Dato Seri Hishamuddin. YB Dato turut menyampaikan ucapan dan penerangan berkenaan isu-isu semasa. Para peserta juga berkesempatan bersoal jawab bersama YB Dato berkenaan pelbagai isu. Para peserta program sedang menikmati makan tengahari sambil ada sebahagian mereka mengambil kesempatan menembak di lapang sasar. Progrom 'Twitup' yang mencipta sejarah itu diakhiri dengan makan tengahari bersama YB Dato dan pemimpin-peminpin tertinggi VAT69, UTK dan PDRM. Para peserta mengambil kesempatan mendapatkan tanda tangan YB Dato sebagai kenang-kenangan. Tahniah YB Dato' Seri Hishamuddin! Program yang luar biasa! mimr

Read the article:
KECOH KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK DI CHERAS! MENTERI KDN TERLIBAT?

ads