Rabu, 5 Oktober 2011

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Action Script 3.0 for Games « asyrani.com

Posted: 05 Oct 2011 04:48 AM PDT

Assalammualaikum,

Hari ketiga saya menyaksikan dan dapat buat beberapa pendapat dan konklusi daripada pemerhatian saya berkaitan trafik semasa di Kuala Lumpur.

Catatan pada waktu pagi (Isnin hingga Rabu)

- Pada hari isnin, saya bertolak pada pukul lebih kurang 6.50 pagi dan tiba di SME 2, Cyberjaya pada pukul 7.50 pagi. Trafik dari Kepong agak di tahap memuaskan dan hanya di Bukit Lanjan sahaja kurang memuaskan. Sekitar NKVE dan Elite, trafik berada pada tahap lancar.

- Pada hari selasa pula, saya bertolak dalam lingkungan pukul 7.00 pagi dan trafik di sekitar Kepong menuju ke Tol Sungai Buloh adalah tahap memuaskan juga. Tetapi apabila selepas tol melalui Bukit Lanjan, tersangkut hampir 30 minit rasanya. Bayangkan terlewat selama 10 minit pun anda tersangkut begitu lama sekitar 2 km. Kemudian trafik lancar di NKVE dan Elite. Sebab saya hendak ke Cyberjaya dan bukan hendak ke KL (Hendak ke KL sangat jem – di Bukit Lanjan). Saya tiba pada pukul 8.15 pagi di SME 2, Cyberjaya

- Pada hari ini, rabu. Saya bergerak pula pukul 6.55 pagi dan trafik Kepong ke Tol Sungai Buloh tahap memuaskan. Selepas tol ke Bukit Lanjan agak perlahan juga tetapi saya ikut jalan pintas melalui kawasan Rehat Sungat Buloh untuk pergi ke barisan hadapan sekali. Agak bagus teknik ini. TIba lingkungan 7.50. Awal pula hari ini. Mungkin disebabkan hari rabu maka orang sudah mula malas keluar awal dan makin lewat.

Catatan pada waktu petang (Isnin hingga Rabu)

- Pada hari isnin, bertolak jam 5.15 petang dan jem teruk di sekitar Damansara kerana masing-masing akan melalui tol besar kat situ. Tetapi area Cyberjaya melalui LDP, trafik agak memuaskan dan agak perlahan sedikit selepas itu sehinggalah ke Damansara. Tiba dirumah jam 6.20 petang.

- Pada hari selasa pula, bertolak dari SME 2, Cyberjaya jam 5.05 petang dan tiba pukul 5.50 petang area Kepong. Sungguh menakjubkan, awal 10 minit sudah jimat hampir 20 minit. Juga mengikut LDP dan trafik agak terkawal dan memuaskan sekitar Damansara ke tol besar.

- Pada hari ini, rabu, jalan agak lancar dengan bertolak jam 5.00 petang dan tiba di rumah jam 5.40 petang. Agak awal walaupun jaraknya hampir 50 km. Juga mengikut LDP.

Catatan di atas semuanya dicatatkan dengan teliti oleh saya secara dalam ingatan sahaja dan saya berpendapat bahawa, lagi awal anda bertolak lagi awallah anda sampai dan lagi lambat anda bertolak, lagi sangat lambat anda sampai. Jadi kena pilih antara dua ini sahaja.

Owh,ya berkaitan Action Script 3.0 saya akan kupas dalam entry yang lain ya.

p/s – Maaf, saya tidak berminat dengan iPhone 4S, if ada iPhone 5 mungkin bagus juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads