Rabu, 5 Oktober 2011

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Polis ganggu pelancaran Demi Rakyat <b>di Petaling Jaya</b> Selatan <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2011 11:57 PM PDT

KUALA LUMPUR: KEADILAN kesal kerana Umno memperalatkan polis bagi membuat gangguan dengan mengepung lokasi dijadual berlangsung pelancaran bilik gerakan Demi Rakyat di Cabang Petaling Jaya Selatan (PJS) kelmarin.

Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, sekurang-kurangnya 250 anggota bersama kumpulan n Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal ketat membuat kepungan bagi menghalang program di Taman Medan itu.

"Sepatutnya program ceramah dan pelancaran bermula jam 9 malam tetapi polis terlebih dulu mengepung lokasi berkenaan.

"Akibatnya, restoran berdekatan mengalami kerugian kerana pelanggan tak datang. Pengurusan restoran ada beritahu, kemungkinan mahu saman pihak berkuasa," katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

Latheefa berkata, polis tetap berkeras enggan membatalkan kepungan itu walaupun pemimpin parti cuba mengajak pihak berkuasa itu untuk berbincang.

"Pengarah pilihan raya Cabang Petaling Jaya Selatan (PJS), Maharul Ismail cuba berbincang tetapi mereka berkeras tidak benarkan ceramah dijalankan.

"Polis cuma benarkan 30 orang bagi majlis pelancaran. Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei dan Adun Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian hanya mengedar pen Demi Rakyat kepada orang ramai," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17961

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads