Rabu, 5 Oktober 2011

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


CABARAN BERMULA <b>DI KELANA JAYA</b> « Blog Ittewww

Posted: 03 Oct 2011 09:04 PM PDT

Pendaftaran sepatutnya pukul 9.30mlm. Haku tiba kat parking Kompleks Tabung Haji dah nak magrib.

Olehkerana terlampau ramai org haku terlepas pendaftaran nak amek beg sandang, name tag dan barang2 hadiah. Tapi kesemua barang2 tersebut setelah proses check in dalam dewan seblom berangkat naik bas.

Kalo nak dapat duduk di bas no. 1 dan tak payah beratur panjang dan lama masa proses check-in, silalah guna teory FRH yg kawan seopis haku bagitau. Sila letakkan beg besar paling hadapan sekali sblom checkin semasa menyusun beg2 besar diluar pintu masuk. Kalo nak potong Q pon boleh. *Senyum.

Naik bas kul 10.30 malam dan berlepas secara convoy ke KLIA.

Dari KLIA menaiki pesawat Saudi Airlines 747-400 jam 1.30pagi terus ke Madinah al-Munawarah. Bersyukur kerana tidak perlu mendarat di Jeddah dan terpaksa menaiki bas yg jauhnya perjalanan selama 8 jam.

Di KLIA haku berjumpa dengan bekas tuan tanah yg haku penah beli beberapa tahun dulu. Sebenarnya haku dah perasan lama dari masa taklimat terakhir di Masjid Abu Bakar lagi, tapi takut nak tegur (takut tersalah orang).

SOALAN AHLI PARLIMEN <b>DI</b> <b>...</b> - Gwo-Burne for <b>Kelana Jaya</b>

Posted: 04 Oct 2011 10:14 AM PDT

SOALAN LISAN

1.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan anggaran masa dan kos untuk mengamalkan sistem pilihan raya melalui pengundian biometrik berbanding dengan dakwat kekal.

2.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan dasar kerajaan berkenaan pengecualian cukai dan duti eksais kereta hybrid selepas Disember 2011 serta permit, cukai jalan, cukai import dan duti eksais motosikal elektrik.

3.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha bagi memastikan belia sentiasa kompetitif  daripada segi ekonomi dan mentaliti.

4.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan susulan Peguam Negara terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Mei 2011 bertajuk 'Kristian Agama Rasmi'.

5.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha yang diambil dalam mengurangkan kos sewa kediaman, kos baikpulih serta bil elektrik dan air bagi kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

6.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan susulan terhadap dakwaan beberapa bekas tentera mengenai arahan yang mereka terima untuk membuang undi bagi pihak anggota-anggota tentera.

7.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan laporan kewangan Perbelanjaan dan Pendapatan Sukan Komanwel 1998 oleh Sukom Ninety Eight Berhad.

8.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil siasatan SPRM dan Panel Penilaian Operasi mengenai dakwaan bahawa Menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menghantar dana RM10 juta melalui perkhidmatan pengurup wang.

9.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI LUAR menyatakan perkembangan dan tindakan susulan kerajaan dalam membebaskan Chong Chun Yi (27 tahun) yang dijatuhkan hukuman mati di Singapura pada 16 Jun 2008.

10.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes kematian anggota polis ketika mengiringi orang kenamaan sejak 2000-2010.

SOALAN BERTULIS
1.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha kerajaan melalui perlembagaan untuk mengamalkan doktrin pembahagian kuasa secara menyeluruh dalam mengekang salahguna kuasa dan apakah yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia jika berlakunya despostisme.

2.      Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bilakah sasaran untuk pasukan bolasepak Malaysia melayakkan diri ke Piala Dunia.

3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha kerajaan untuk melahirkan bakat-bakat muda sukan permotoran.

4. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan usaha kerajaan dalam memastikan nasib pembeli, pemilik dan penyewa rumah dibela dan sama ada terdapat rancangan untuk menubuhkan tribunal perumahan.

5. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kedudukan USM sebagai sebuah universiti APEX dalam QS World University Rankings adalah serta langkah bagi memastikan projek universiti APEX ini berjaya dan meningkatkan kedudukannya di tahap dunia.

USUL
1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa Bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu pada 18 December 2007 dimana negara negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan pengunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman hukuman mati dengan hasrat untuk  menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Morotarium tersebut.

(Menteri Luar)

2.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Kematian Tujuh Warga Pekerja Asing pada hujung Mei 2009 akibat kerja perobohan Jaya Supermarket, Petaling Jaya. Daripada siasatan yang dijalankan, kerja perobohan tersebut tidak mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)."
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
3.    Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) menjalankan siatan ke atas kematian Adik Aminulrasyid yang ditembak mati oleh anggota polis. Dewan juga mendesak mengenai perlantikan panel khas di dalam siasatan kes ini. Polis didakwa menyalahgunakan senjata api sehingga menyebabkan Aminulrasyid terbunuh oleh polis. Daripada siasatan dan perbicaraan yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi."
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads