Khamis, 6 Oktober 2011

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Laporan ceramah Palestin & Perkongsian A2G2 <b>di</b> Sekolah <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2011 05:24 PM PDT

Kajang, 23 September 2011 - Satu sesi ceramah Palestin telah disampaikan oleh Ustaz Noorsyazly Rameli, Penolong Pegawai Perhubungan Awam Aqsa Syarif Berhad di Sekolah Menengah Teknik Kajang. Ceramah yang bermula seawal jam 7.40 pagi itu telah dihadiri lebih 400 orang pelajar dan 40 orang guru. Sesi pagi ini adalah kesinambungan dari sesi pertama yang telah disampaikan pada 12 Ogos 2011, iaitu pada bulan Ramadhan lalu.

Ceramah tersebut disampaikan dalam 2 segmen: segmen pertama adalah penerangan perkaitan antara penjajahan Yahudi di Palestin dan penjajahan British di Tanah Melayu/Malaysia. Penceramah lebih memfokuskan berkenaan kisah Sir Henry Gurney, yang pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Mandat British di Palestin sehinggalah penglibatannya dalam pentadbiran British di Tanah Melayu. Selain itu, penceramah turut menyelitkan isu-isu semasa berkaitan Palestin terutamanya hal-hal berkaitan suasana menjelang undian di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.

Manakala pada segmen yang kedua, penceramah berkongsi pula berkenaan perjalanan misi kemanusiaan Aqsa To Gaza 2 (A2G2) pada Ramadhan lalu dengan tayangan slaid yang memaparkan semua projek Aqsa Syarif di Gaza, selain perkongsian aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh anggota misi di sana.

Penceramah turut menyampaikan poster A2G2 kepada Tuan Penolong Kanan, Cikgu Osman sebagai cenderahati dari pihak Aqsa Syarif Berhad.

Aqsa Syarif Berhad mengucapkan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Teknik Kajang atas inisiatif yang sangat baik ini bagi mengetengahkan isu Palestin di kalangan para pelajar sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads