Khamis, 6 Oktober 2011

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Video bayi dicampak dari tingkat 2 <b>di Selayang</b> | ct N honey

Posted: 03 Oct 2011 10:25 PM PDT

Seorang remaja perempuan menangis teresak-esak apabila ditahan polis tidak sampai sejam selepas mencampakkan bayi perempuan yang baru dilahirkannya dari tingkat dua ke dalam longkang di Flet Taman Selayang Segar di sini, pagi semalam. Remaja berusia 19 tahun, pekerja pelatih sebuah restoran di Bandar Baru Selayang, dipercayai melahirkan bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu dalam tandas rumah didiaminya bersama lapan pekerja wanita restoran sama kira-kira jam 4 pagi.



Bayi itu ditemui mati tertiarap dalam keadaan bogel di longkang flet berkenaan oleh penduduk kira-kira jam 7.30 pagi yang sebelum itu mendakwa mendengar bunyi seperti bungkusan sampah dicampakkan dari tingkat atas. Suspek yang masih bujang dan baru bekerja di restoran itu dua minggu lalu, mengaku membuang bayinya dari koridor tingkat dua flet bagi mengelak kelahiran bayinya diketahui rakan serumah. Namun, perbuatannya dapat dikesan selepas polis menemui titisan darah yang baru dicuci di lantai flet hingga depan pintu rumah sewanya. Suspek pada mulanya memberitahu sedang datang bulan, tetapi akhirnya mengaku selepas disoal siasat. 
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata berdasarkan siasatan awal polis, suspek mengaku melahirkan bayinya tanpa disedari rakan serumahnya termasuk empat warga Indonesia yang sedang tidur. Beliau berkata, suspek mendakwa bayinya sudah meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan sebelum membuangnya ke dalam longkang bagi mengelak kelahiran bayi itu diketahui rakan serumah. 
"Mayat bayi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat, manakala suspek dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dengan kawalan polis," katanya. Difahamkan, rakan serumahnya tidak mengetahui remaja itu mengandung kerana tubuhnya gempal. 
Penduduk flet, Zahrizan Shahari, 27, berkata beliau baru pulang ke rumah dari kampungnya di Jengka, Pahang, sebelum ditegur seorang jiran yang memberitahu ternampak objek seakan-akan bayi dalam longkang. 
Zahrizan berkata, beliau kemudian menghampiri longkang itu dan terkejut sebaik melihat mayat bayi perempuan dalam keadaan tertiarap sebelum menghubungi polis. 

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads