Khamis, 6 Oktober 2011

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Program ceramah <b>di Kelana Jaya</b> dihalang polis - KeadilanDaily <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2011 07:50 AM PDT

(Oleh: Norasyikin Samsi)

PETALING JAYA: Hampir 200 anggota polis berhimpun di segenap laluan jalan di Seksyen 7 Kelana Jaya yang diadakan di Kompleks PKNS.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim  dijadualkan hadir pada ceramah malam ini bersama pimpinan KEADILAN.

Bagaimanapun Urusetia Dun Kelana Jaya, Anuar Yaacob berkata polis mendakwa ceramah itu tidak mempunyai permit.

Menurut catatan twitter Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, program itu dipindahkan ke pejabat beliau di Pusat Khidmat Rakyat Dataran Glomac, Petaling Jaya.

Program ceramah Demi Rakyat cabang Kelana Jaya ini merupakan program susulan ceramah 'Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia'.

Malam ini merupakan malam kedua Anwar berceramah di Lembah Klang.

Semalam beliau berceramah di Bandar Tun Razak Cheras bersama MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa pimpinan lain.

Bagaimanapun program itu berjalan lancar tanpa sebarang halangan dari polis.

Esok Anwar dijadual berceramah di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16857

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads