Khamis, 6 Oktober 2011

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


UMNO Online - UMNO <b>Kuala Langat</b> Yakin Bantu BN Rampas <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2011 02:54 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

UMNO Kuala Langat Yakin Bantu BN Rampas Kerusi Pada PRU 13

Oleh: Azlina Rosdy

KUALA LANGAT, 12 Julai –  Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Langat, Abdul Razak Khasbullah berkata  jentera pilihan raya di Kuala Langat telah bersiap sedia berjuang untuk menawan semua kerusi di bahagian tersebut dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, semasa PRU yang lalu, Parlimen Kuala Langat tewas dengan majoriti yang sedikit iaitu hanya 989 majoriti. Di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga Barisan Nasional tewas dengan mojoriti yang tidak besar kecuali di DUN Sijangkang iaitu 1,081 majoriti.

"Bagi saya, kita tewas dahulu bukannya kerana BN tidak kuat tetapi kerana ketika itu tsunami politik sedang melanda dan juga kerana calon yang tidak popular di kalangan rakyat.

"Sebab itu saya amat bersetuju apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengutamakan 'winnable candidate' untuk diletakkan sebagai calon di PRU akan datang. Harus diakui, calon yang benar-benar layak memainkan peranan yang amat penting untuk kita memang disulami dengan kerja keras jentera pilihan raya.

"Calon haruslah seorang yang mesra rakyat dan disenangi oleh masyarakat setempat. Sekiranya calon hanya popular di kalangan parti sahaja, sudah pasti kita tidak mampu memenangi hati rakyat kerana rakyat mahukan calon yang sentiasa susah senang dan bangun duduk bersama mereka. Sebab itu saya yakin, sekiranya di PRU akan datang, calon yang diletakkan memenuhi permintaan masyarakat setempat, sudah pasti kita mampu merampas kerusi Parlimen dan DUN di  bahagian ini," ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Penceramah Parlimen Kuala Langat menegaskan, masyarakat setempat yang merupakan pengundi atas pagar banyak bergantung kepada calon yang dipertaruhkan semasa membuang undi.

"Apa yang dapat saya lihat hasil kajian yang saya lakukan sendiri, pengundi atas pagar inilah yang harus kita berikan tumpuan. Sebab itu saya amat menegaskan mengenai calon yang bakal diletakkan. Calon yang sesuai akan memudahkan gerak kerja jentera pilihan raya.

"Jika kedua-dua ini digabungkan, tiada apa yang dapat menghalang kita dari merampas kembali semua kerusi di Bahagian Kuala Langat", katanya.

Mengenai jentera pilihan raya di bahagian itu, beliau berkata UMNO  Bahagian Kuala Langat telah berjaya mendaftarkan lebih 12 ribu pengundi baru.

"Ini menambah keyakinan saya bahawa kita mampu menang di PRU nanti sekaligus membantu parti untuk mendapatkan kembali kuasa 2/3," ujarnya lagi.

Beliau menjelaskan, sasaran untuk mendaftar tiga ribu pengundi baru di setiap DUN telah berjaya dicapai dan tindakan susulan bakal dilakukan bagi memastikan kesemua pengundi ini akan keluar mengundi semasa PRU nanti.

"PRU sudah tidak lama lagi. Kita perlu menggandakan usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Usaha ini bukan sahaja perlu dilakukan diperingkat atasan, tetapi juga di peringkat akar umbi. Semua pihak perlu mengembling tenaga untuk parti dan anak cucu kita kelak," jelasnya kepada UMNO-Online.

Lagi Berita Berkaitan :

Berita Bertarikh 12 July 2011 Pada 5:54 PM

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads