Jumaat, 23 Mac 2012

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Banjir <b>Di Ampang</b> Dan Hulu Langat, Pakatan Terlalu Lambat <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2012 05:30 PM PDT

Banjir kilat yang melanda Hulu Langat dan Ampang mendedahkan kelemahan dan ketidaksungguhan Pakatan Rakyat untuk menjalankan tugas mereka selaku penyandang jawatan Wakil Rakyat di kedua-dua kawasan tersebut. Kelambatan dan ketidakpekaan Pakatan Rakyat bertindak membuktikan, Pakatan Rakyat memang tidak pernah peduli dengan kebajikan rakyat, kecuali hanya untuk beretorik untuk mendapatkan undi semata-mata.

Lembah Jaya Utara merupakan kawasan yang paling teruk terjejas, apabila berlaku tanah runtuh dan kerosakan kediaman yang teruk. Pada malam kejadian, pihak pertama yang muncul dan menghulurkan bantuan adalah UMNO Ampang yang diketuai oleh Dato' Ismail Kijo dan Ketua Pemudanya, Safarizul Mustafa. Manakala Zuraidah Kamaruddin dan ADUN Lembah Jaya, Khassim Abdul Aziz tidak muncul-muncul.

Hanya pada keesokan harinya, barulah Pakatan Rakyat Ampang mengumumkan tentang bantuan, tempat penempatan selain beretorik dengan gambar-gambar yang kononnya dapat meyakinkan orang ramai bahawa Pakatan Rakyat benar-benar mengambil berat tentang rakyat yagn mereka wakili.

Hakikatnya, bantuan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat sekadar untuk dipaparkan di dalam media-media milik mereka. Bantuan susulan, tidak dilakukan dan Pakatan Rakyat terlalu berharap, gambar-gambar yang dipaparkan dalam lakonan mereka akan membolehkan penduduk di Ampang dan Hulu Langat tidak terpengaruh dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dalam konteks bantuan yang diberikan kepada orang ramai di kedua-dua daerah tersebut.

Pada malam kejadian, iaitu pada 8 Mac, antara kawasan yang turut terjejas ialah Kampung Sungai Puteh. Sebuah rumah dilaporkan hampir dihanyutkan oleh arus deras sungai tersebut. Sebaik-baik sahaja mendapat berita, para pemimpin UMNO Ampang bergegas ke tempat kejadian walaupun hujan turun dengan lebat. Mereka bertungkus lumus menyelamatkan mangsa sekalipun basah kuyup dan keletihan.

Tidak ada satu kelibat Pakatan Rakyat pun kelihatan pada malam itu. Hanya setelah mengetahui UMNO Ampang turun padang dan membantu mangsa-mangsa yang terbabit sehingga lewat subuh, pagi esoknya barulah Pakatan Rakyat menerusi Khassim Abdul Aziz mengumumkan tentang rancangan bantuan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di Ampang. Manakala Zuraidah Kamaruddin yang lebih sibuk dengan National Feedlot Corporation dan majlis pertunangan anak Perdana Menteri pula, langsung tidak bersuara, apatah lagi kelihatan di Lembah Jaya Utara.

Hari-hari seterusnya, warga Lembah Jaya Utara yang terbabit dalam malapetaka banjir, sekadar dijadikan modal oleh Pakatan Rakyat untuk beretorik. MPAJ yang sepatutnya menghantar kontraktor-kontraktor pembersihan, sekadar mengarahkan dua buah lori milik salah seorang kontraktor yang juga merupakan salah seorang PARASIT UMNO yang sudah dikenalpasti dengan 'augerah' 16 kawasan pembersihan kepada syarikat-syarikat yang menggunakan namanya sendiri, anak-anaknya, isteri, dan adik beradiknya serta diketahui semua syarikat tersebut adalah miliknya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua lori tersebut bukannya untuk membantu penduduk mengangkut sampah sarap dan tanah banjir, sebaliknya sekadar membuat raptai rondaan dari hujung Kampung Sungai Puteh sehinggalah ke simpang Lembah Jaya Selatan. Manakala Pakatan Rakyat yang dengan bangganya mendirikan khemah Kerajaan Negeri di hadapan Surau Al-Insaniah yang dijadikan sebagai tempat pemindahan sementara, sekadar meletakkan macai-macai mereka, sedangkan segala bantuan datangnya dari khemah UMNO-BN yang terletak tidak sampai 20 meter dari khemah Kerajaan Negeri Selangor.

Paling menarik ialah apabila ADUN Lembah Jaya yang juga merupakan wakil PAS, Khassim Abdul Aziz balik ke kampung untuk makan kenduri. Perlu diketahui, Khassim berasal dari Serdang, Kedah.

Penduduk yang berlindung di dalam surau telah dihalang mendapatkan bantuan dari khemah Barisan Nasional. Maka terkulat-kulatlah mereka apabila kebanyakan penduduk yang tidak berlindung di surau, diberikan bantuan beras, makanan, tilam, pakaian, peralatan persekolahan dan sebagainya. Sedangkan mereka pula, makanan dan minuman dicatu dan pada hari kelima, mereka dihalau keluar seperti anjing dari surau tersebut tanpa sebarang bantuan lain daripada khemah Kerajaan Negeri Selangor.

Lebih menyedihkan, Kerajaan Negeri Selangor cuba bermain silap mata tentang pembekalan dan penyaluran air bersih kepada penduduk. Pada ketika penduduk sedang bertungkus lumus untuk mengembalikan kehidupan normal, Kerajaan Negeri Selangor sengaja melambat-lambatkan penyaluran semula air bersih dengan kerenah birokrasi mereka, terutama sekali dengan menggunakan MPAJ.

Para petugas Pakatan di khemah di hadapan surau pula, bukannya bertindak menyalurkan bantuan, sebaliknya lebih seronok menghasut penduduk. Khemah UMNO-BN menyediakan makanan dan menghantar kepada penduduk yang tinggal di rumah masing-masing. Bagaimanapun, tidak semua rumah penduduk yang disinggahi untuk dihantar makanan.

Kesempatan ini telah diambil oleh petugas-petugas Pakatan, terutama sekali yang berkopiah dan memakai baju PAS, memberitahu penduduk yang tidak dapat bekalan makanan yang telah dimasak itu, kononnya UMNO-BN tidak akan menghantar makanan kepada mereka kerana mereka bukan orang UMNO dan tidak menyokong Barisan Nasional.

Padahal makanan yang telah siap dimasak, ada di khemah UMNO-BN dan para penduduk yang tidak dapat memasak, boleh mengambilnya dari khemah itu tanpa dihadkan dan tidak bersyarat langsung seperti kena mengisi borang UMNO sebagaimana yang ditohmahkan oleh para petugas Pakatan Rakyat. Kemanjaan penduduk yang kuat merungut kerana makanan yang telah dimasak tidak dihantar ke rumah mereka, telah dipergunakan oleh para petugas Pakatan Rakyat bagi menaikkan sentimen kebencian kepada UMNO-BN.

Hampir 400 tong gas dan dapur memasak telah diagih-agihkan kepada 327 buah rumah yang terjejas dek banjir. Lebih 400 tilam mahal juga telah diserahkan kepada 327 buah rumah. Beribu-ribu helai pakaian tersedia untuk diambil secara percuma oleh penduduk. Bahkan seluar dalam dan baju dalam untuk wanita juga turut disediakan. Dan semuanya itu atas usaha tenaga kerja UMNO. Sedangkan Kerajaan Negeri Selangor serta GLC-GLC mereka, langsung tidak memberikan sebarang bantuan kecuali beretorik dengan media.

Kedatangan Abdul Hadi Awang ke kawasan berkenaan dan kemudian memuji-muji 'kecekapan' Kerajaan Negeri, lebih memualkan. Sebabnya semua orang yang terlibat dalam banjir tersebut sedar, pujian itu sekadar satu usaha pembohongan untuk memastikan PAS Lembah Jaya tidak dikutuk dan dicela. Dan sehari selepas Pakatan Rakyat mengumumkan penutupan khemah kosong mereka secara rasmi, pemberian zakat dibuat dengan harapan duit zakat itu dapat memikat hati para penduduk yang terjejas dengan banjir.

Di Hulu Langat, perkara yang serupa juga berlaku!

Mudahnya menjadi Kerajaan Negeri Selangor. Banjir di Ampang dan Hulu Langat, menyerlahkan perangai tidak bertanggungjawab mereka. Hanya si buta dan si bebal sahaja yang tidak dapat melihat sikap sebenar Pakatan Rakyat Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads