12 di semenyih - Google Blog Search |
Polis rampas pistol, peluru <b>di Semenyih</b> | Info Gallery Posted: 15 Mar 2012 02:00 AM PDT KAJANG: Polis merampas sepucuk pistol jenis Taurus buatan Brazil dan menahan seorang penasihat perniagaan berusia 30-an di rumahnya di Bandar Sunway Semenyih dekat sini Khamis lalu. Turut dirampas ialah lima butir peluru 9mm dan sebutir peluru senapang automatik M16. "Siasatan lanjut membawa kepada penangkapan abang tiri suspek berumur lingkungan 50-an yang bekerja sebagai penternak ayam pada keesokan hari di Beranang, Negeri Sembilan. "Suspek pertama mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes dadah dan kes curi manakala suspek kedua tiada rekod jenayah. "Kita percaya pistol ini dibeli dari negara jiran dan diseludup masuk ke negara ini. Ia mungkin mahu digunakan untuk melakukan jenayah dan motif sebenar masih disiasat," katanya kepada pemberita di sini. Sementara itu, beliau berkata polis merampas Ketamin seberat kira-kira 33 gram dan 210 biji Eramin 5 yang keseluruhan dianggarkan bernilai lebih RM4,000, dengan tertangkapnya dua beradik di rumah mereka di Sungai Chua Selasa lalu. Katanya, siasatan awal mendapati dadah tersebut adalah untuk pasaran di kawasan sekitar dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya. kredit : Bharian.com.my Info Gallery - Takut mendengar terlalu banyak jenayah berlaku akhir-akhir ini |
sabahkini.net: WARGANEGARA SEGERA RAMAI <b>DI SEMENYIH</b> Posted: 20 Mar 2012 04:48 PM PDT Oleh : JPRD SEMENYIH SESI siasatan awam yang telah berlangsung pada 14 Mac 2012 di bangunan MPKj sekali lagi menyaksikan keunggulan 'Warganegara Segera' didaftarkan sebagai pemilih baru di Semenyih. Rekod Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Semenyih (JPRD Semenyih) berjaya mengesan pemilih berkod IC '71' pada Suku 2/2011 seramai 213 orang, Suku 3/2011 seramai 12 orang dan terbaru untuk Suku 4/2011 seramai 51 orang. Hasil sesi siasatan awam yang disusun oleh pihak Pejabat Pilihanraya Negeri Selangor untuk Suku 4 baru-baru ini, JPRD Semenyih mendapati 33 daripada 51 pemilih baru ini telah membuat pendaftaran pemilih secara 'illegal' dan meragukan. Di manakah munasabahnya, 33 pemilih baru ini membawa bukti pendaftaran yang tidak mengandungi maklumat rasmi (nama, no K/P, alamat) saksi pendaftaran tetapi mempunyai rupa tandatangan saksi yang sama walaupun kesemua 33 pemilih baru ini datangnya dari alamat daerah mengundi yang berbeza-beza? Lebih menimbulkan keraguan, dakwaan kesemua mereka bahawa pendaftaran dilakukan di Sogo, Tesco Kajang, Pasar Malam Bandar Tasik Kesuma, Jalan Masjid India, Kaunter SPR di PKNS Shah Alam, dan pelbagai tempat termasuklah ada di antaranya yang mengaku didaftarkan tanpa pengetahuan mereka sendiri pada tarikh yang sama kesemuanya. Seperkara lagi yang tidak dapat dijawab secara jujur oleh mereka ini (walaupun pengakuan sumpah bercakap benar telah dibaca sebelum sesi siasatan) adalah berkenaan surat panggilan kehadiran ke sesi siasatan awam yang telah mereka perolehi hanyalah sekadar set fotokopi, dan bukan surat yang mempunyai kepala surat (letterhead) asli dari Pejabat Pilihanraya Negeri Selangor. 16 daripada mereka membuat pendaftaran sebagai pemilih baru Dun Semenyih mengikut alamat di dalam IC yang tiada nombor rumah atau nombor lot, tetapi mereka menetap di luar Dun Semenyih seperti Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Kg. Sg. Ramal Dalam, Kg. Bukit Dukung Batu 12 Cheras, Pekan Banting dan lain-lain tempat. Kejujuran pemilih baru ini dipertikaikan kerana alasan mereka surat fotokopi ini diberikan oleh 'kawan' dan menyuruh mereka hadir ke sesi siasatan awam ini, sedangkan surat berdaftar yang asli telah dikembalikan semula oleh pihak Pos Malaysia ke Pejabat Pilihanraya Negeri Selangor selepas mendapati tiada alamat yang jelas di daerah-daerah mengundi tersebut. Persoalannya, siapakah 'kawan' mereka itu, dan bagaimana 'kawan' tersebut boleh membuat fotokopi surat-surat berkenaan setelah meyakini surat-surat yang asli itu pasti tidak akan sampai ke sasaran? |
You are subscribed to email updates from di semenyih - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan