12 di bukit raja - Google Blog Search |
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA <b>RAJA</b>: Radiasi <b>di Bukit</b> <b>...</b> Posted: 21 Mar 2012 01:15 AM PDT Satu usul tergempar akan dibentangkan di Dewan Rakyat bagi membincangkan dakwaan tahap radiasi yang berlebihan di sekitar kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, dan tapak pelupusan sisanya di Bukit Kledang. Memetik bacaan daripada kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL), Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) berkata bacaan yang dibekalkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) menunjukkan angka yang bercanggahan. Kata Fong, usulnya itu bersifat khusus, mempunyai kepentingan awam dan perlu digerakan kerana ia melibatkan kehidupan sekurang-kurangnya 10,000 penduduk. Semalam, SMSL yang berjuang menentang loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas di Gebeng, Kuantan, berkata bahawa kesan radiasi di kilang yang telah ditutup 18 tahun lalu, masih pada tahap berbahaya. Ia berikutan lawatan kumpulan itu yang diketuai pengerusi SMSL Tan Bun Teet dengan ahlinya yang lengkap dengan alat peranti bacaan radiasi. Dakwa beliau, bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam. Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), kata Tan. |
You are subscribed to email updates from di bukit raja - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan