Jumaat, 23 Mac 2012

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


PENSTRUKTURAN SEMULA AIR <b>DI NEGERI SELANGOR</b> « Water <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2012 03:46 AM PDT

Penstrukturan semula industri air Selangor

Written by Sekretariat Media Selangor

Petikan dari : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29513:penstrukturan-semula-industri-air-selangor&catid=96:fokus-khas&Itemid=134

Kerajaan Negeri Selangor mengajak Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan 'model holistik' yang ditawarkan di mana empat syarikat swasta yang mendapat konsesi air selama ini akan dibeli dan diletakkan ke dalam satu Badan Bertujuan-Khas. Entiti baru ini akan dilurus-tadbir sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Persekutuan mempunyai perkongsian saham istimewa. Semua asset berkaitan air akan dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) syarikat di bawah Kerajaan Persekutuan.

Kenapa Kerajaan Negeri Selangor menawarkan 'model holistik'?

Kerajaan Negeri Selangor yakin bahawa 'model holistik' adalah penyelesaian terbaik kerana rawatan dan agihan air akan dilakukan oleh pengendali tunggal. Ini akan mengurangkan tariff air kerana tiada isu "kos pemindahan" kerana pada masa ini pengendali rawatan air meletakkan nilai keuntungan yang tinggit dan ini menyebabkan syarikat pengagihan air meningkatkan tariff air. Industri air akan lebih berkesan dan tidak terbeban dengan asset dengan menggunakan model holistic. Syarikat swasta ini tidak lagi akan beroperasi seperti mana sebelumnya. Melalui model ini, kenaikan tariff air boleh dibuat tidak melebihi 12% setiap tiga tahun. Keuntungan operasi adalah paling rendah iaitu sekitar 0-1%.

Apakah kesan penswastaan industri perkhidmatan air?
Industri air ini pada asalnya dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ia diswastakan antara tahun 1997 dan 2002 kepada empat syarikat, iaitu :
1. Konsortium Abass Sdn Bhd
2. Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH)
3. Puncak Niaga Sdn Bhd (PUNCAK)
4. Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)
Penswastaan keperluan awam ini tidak berimbang kerana perjanjian konsesi diberikan kepada SYABAS untuk menaikkan tariff air setiap tiga tahun pada kadar yang terlalu tinggi. Pada tahun 2009, melalui perjanjian konsesi, SYABAS dibenarkan untuk menaikkan tariff air sehingga 37%. Tariff air ini dijadualkan akan meningkat pada kadar 25%, 20%, 10% dan 5% pada tahun 2012, 2015, 2018 dan 2021. Pengguna dipaksa membayar harga harga tinggi dan masih menerima kualiti perkhidmatan yang amat buruk. Kerajaan Negeri Selangor berpandangan bahawa SYABAS tidak wajar dibenarkan terus beroperasi dan industri air mesti diambil semula oleh Kerajaan Negeri sebagaimana sejarah asalnya.

Kenapakah penting untuk menyah-swastakan industri perkhidmatan air sedia ada?
Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu telah menyatakan bahawa akses kepada air bersih ialah satu daripada hak asasi manusia dan ini sangat dialukan oleh jurukempen isu air sebagai satu langkah penting. Resolusi PBB ini menggesa bantuan kewangan disediakan oleh Negara-negara ahli untuk membantu mana-mana Negara menyediakan air yang selamat, bersih, boleh diakses dan mampu dibayar oleh semua. Sifat ditunjukkan oleh syarikat swasta yang mendapat konsesi air, khususnya SYABAS, ialah berorientasikan keuntungan dan tidak mengisahkan kepentingan rakyat sebagaimana sepatutnya boleh dilakukan oleh syarikat milikan kerajaan. Akses kepada air seharusnya memenuhi hak dan keadilan kepada rakyat.

Adakah ini bersesuaian dengan peruntukan undang-undang?

Ya, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 telah diluluskan oleh Parlimen dengan objektif untuk menggabungkan asset industri berkaitan air dan memindahkannya kepada PAAB. PAAB akan menyumbang kepada perbelanjaan modal (CAPEX) masa depan dan menyediakan dana untuk penyelenggaraan asset. Undang-undang ini telah diluluskan untuk menyelesaikan masalah industri air yang terbahagi. Objektifnya adalah untuk memastikan pelaburan modal optimum untuk rawatan dan pengagihan air. PAAB sebagai sebuah entity kerajaan akan menikmati kos pinjaman yang rendah, membolehkan biaya sewa rendah untuk pengendali dan sekaligus akan merendahkan kadar tariff untuk rakyat. Pendekatan model holistik adalah selari dengan sebahagian cadangan Kerajaan Persekutuan yang telah dijadikan Dasar Kebangsaan.

Kenapa Kerajaan Negeri Selangor mahu menguruskan industri perkhidmatan air?

Pada Februari 2008, perbincangan cabinet telah membuat keputusan membenarkan syarikat milikan kerajaan negeri iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mengetuai proses penstrukturan semula. Selepas meneliti dan membincangkan banyak aspek berkaitan pengambil-alihan ini, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kini berpendapat adalah baik untuk meneruskannya dengan model holistik yang dicadangkan. Ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada rakyat. Bagaimanapun, selepas Mac 2008, Kerajaan Persekutuan telah mengubah pendirian mereka untuk tidak membenarkan Kerajaan Negeri Selangor menguruskan industri perkhidmatan air di Selangor.

Adakah benar Kerajaan Negeri Selangor yang menangguhkan projek pengambil-alihan ini?
Tidak. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi maklum balas segera kepada semua panggilan mesyuarat yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan. Bahkan, Kerajaan Negeri Selangor telah memanggil semua syarikat terlibat untuk bermesyuarat pada Mei 2010, tetapi ini telah dihalang oleh Kerajaan Persekutuan melalui e-mel untuk menunda mesyuarat tersebut  tanpa memberikan alas an. Ini berpunca daripada sikap tidak bersetuju Kerajaan Persekutuan terhadap model holistik yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Persekutuan masih mahukan semua syarikat swasta yang terlibat dengan industri perkhidmatan air ini beroperasi.

Dalam bentuk apakan SYABAS menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan?
Dalam laporan audit terhadap SYABAS menunjukkan bahawa syarikat swasta itu telah melanggar terma penting dalam syarat perjanjian. Mereka gagal mematuhi keperluan kontrak untuk dianugerahkan melalui tender terbuka. Lebih 72% kontrak bernilai RM600 juta diberikan kepada syarikat-syarikat yang dipilih melalui rundingan terus dan hanya 25% syarikat dipilih melalui tender terbuka. Ini telah melanggar syarat perjanjian. Perbezaan sebanyak RM325 juta telah ditemukan antara ringkasan kontrak yang dianugerahkan pada tahun 2005, 2006 dan 2007 dengan dokumen penilaian SYABAS (Akaun Umum). Pada Jun 2005, SYABAS juga melanggar konsesi dengan menggunakan paip yang diimpot daripada Indonesia, dan bukan daripada pembekal tempatan, untuk penggantian paip bernilai RM375 juta. RM51.2 juta telah dibelanja untuk mengubahsuai pejabat SYABAS sedangkan Jabatan Kawalselia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan sebanyak RM23.2 juta.

Kenapakah Kerajaan Negeri Selangor tidak membenarkan SYABAS menaikkan tariff air?

Audit adalah satu keperluan yang mesti dilakukan oleh syarikat untuk membolehkan mereka menaikkan tariff air (yang dijadualkan berlaku pada Januari 2009). Kerajaan Negeri Selangor berpendirian SYABAS tidak menunjukkan prestasi berdasarkan perkara yang boleh dipersoalkan sebagaimana tertera dalam laporan audit dan ini sekaligus menyebabkan kenaikan tariff air tidak dipersetujui. Kenaikan tariff nin mesti dipersetujui bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor dan ini tidak dilakukan. SYABAS mahu menyaman Kerajaan Negeri sekitar RM1 billion, tetapi hakikatnya Kerajaan Negeri Selangor boleh menyaman SYABAS kerana tidak menunjukkan prestasi sebagaimana yang dipersetujui dalam perjanjian.

Adakah tawaran Kerajaan Negeri Selangor berpatutan?

Kerajaan Negeri telah memberikan beberapa tawaran kepada syarikat yang terlibat. Pertama, jumlah sebanyak RM5.7 billion dibuat pada Januari 2009 dan ditolak oleh semua syarikat. Kali kedua, tawaran diberikan sebanyak RM9.29 billion pada Jun 2009 diterima oleh ABASS dan SPLASH, tetapi ditolak oleh PUNCAK dan SYABAS. Tawaran Kerajaan Negeri ini adalah adil dan berpatutan, mengambil kira pulangan pelaburan modal sebanyak 12%. Ini mengambil kira jumlah dan tempoh pelaburan serta hutang yang ada. Kami yakin ini adalah adil, tetapi syarikat-syarikat tersebut menuntut nilai lebih tinggi yang kami yakin didorong oleh sikap tamak mereka. Ini adalah tambahan kepada kontrak yang sedia ada mewah. Lebih tinggi nilai yang tidak sepatutnya dibayar kepada mereka, lebih tinggi rakyat terpaksa menanggung beban melalui kenaikan tariff.

Apakah langkah seterusnya akan dilakukan berikutan penangguhan ini?

Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya perlu dijelaskan dan diajak untuk menyatakan sikap kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan bahawaHANYA model holistik yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor terbaik dan paling sesuai dilakukan. Ini membolehkan tariff yang dikenakan kepada rakyat pada kadar rendah dan memastikan semua mempunyai akses yang cukup untuk mendapatkan air serta tidak berlaku lagi syarikat kroni mengumpul keuntungan besar untuk manfaat mereka semata-mata. Tanpa desakan awam, Kerajaan Persekutuan akan menekan dan memaksa Kerajaan Negeri Selangor (dan rakyatnya) untuk menerima model yang membolehkan syarikat swasta ini terus beroperasi.

Adakah benar krisis air akan berlaku pada tahun 2012?

Kerajaan Negeri Selangor kekal berpendapat ianya adalah spekulasi. Kerajaan Persekutuan pernah menyatakan bahawa krisis air akan berlaku pada tahun 2007 dan 2010 tetapi ini tidak berlaku. Terkini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato' Peter Chin membuat kenyataa berasaskan Kajian Sumber Air Kebangsaan (NWRS) 2000-2005 oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang tidak mengikut Garis Panduan Rekabentuk Jabatan Kerja Raya (JKR). NWRS menyatakan jumlah keperluan air yang terlalu tinggi iaitu 500-1,225 liter per kapita per hari (l/c/d) pada tahun 2010 berbanding dengan angka MWA iaitu 320 l/c/d. Justeru, angka NWRS sangat boleh dipersoalkan kerana ia menggunakan pembolehubah peningktan pelarasan mesti dibuat terutama dengan reality keadaan ekonomi yang perlahan. Dengan tumpuan Rancangan Malaysia ke-10 diberikan kepada sector perkhidmatan (dan kurang kepada industri dan pembuatan), permintaan air secara tidak langsung akan berkurangan.

Perlukah kita mengurangkan penggunaan air?

Kerajaan Negeri Selangor memang menyetujui penggunaan air secara berhemat, kitar semula air dan juga tadahan air hujan. Alternatif-alternatif lain juga perlu diteroka seperti pengekstrakan air bawah tanah, air daripada sungai dan tasik. Penggunaan air terawatt perlu dikurangkan untuk aktiviti seperti membasuh kereta, menyiram pokok dan kolam serti akuarium di rumah.

Adakah Kerajaan Negeri Selangor menghentikan Projek Pemindahan Air Antara-Negeri Pahang-Selangor?
Kerajaan Negeri Selangor menasihatkan Kerajaan Persekutuan untuk menghitung semula permintaan air dengan lebih tepat sebelum berhasrat untuk melaksanakan sebuah lagi projek mega yang mencecah sehingga RM9 billion. Projek ini tidak perlu dijalankan secara tergesa-gesa. Hakikatnya, projek ini diasaskan daripada dapatan NWRS yang antara lain disediakan oleh tida syarikat swasta yang terlibat dengan projek tersebut iaitu: Ranhill Bersekutu Sdn Bhd, Jurutera Perunding Zaaba Sdn Bhd dan SMHB Sdn Bhd. Konflik kepentingan wujud di mana ia menjadi kemahuan mereka untuk menggalakkan pembinaan Empangan Kelau, Loji Rawatan Air Langat 2 dan pembinaan paip-paip berkaitan.

Rodziah Ismail: Sesi jawab lisan <b>di</b> Dewan <b>Negeri Selangor</b> <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2012 09:39 PM PDT

Kenyataan Media

Y.B. Rodziah Ismail

 

20  Mac 2011

Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi,

Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor,

Jawapan-jawapan oleh Y.B. Rodziah Ismail

di Dewan Negeri Selangor

20 Mac 2012

mengenai soalan-soalan berikut:

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B, PUAN HANNAH YEOH TSEOW SUAN

(SUBANG JAYA)

TAJUK : WI-Fl PERCUMA

a)    Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan kemudahan wi-fi percuma di Selangor?

b)    Sila nyatakan rasional untuk jawapan (a) di atas dan langkah yang telah diambil untuk mengatasi sebarang kesulitan dalam perlaksanaannya,

c)   Berapakah anggaran kos untuk melaksanakannya?

 

JAWAPAN OLEH Y.B RODZIAH ISMAIL

a)    Ya, Kerajaan Negeri telah merangka perlaksanaan kemudahan Wifi Percuma memandangkan kini Internet merupakan salah satu keperluan asas sepertimana air, dan oleh kerana itu Kerajaan Negeri merasakan adalah wajar kemudahan wifi diberikan secara percuma pada kadar minimal seperti mana pemberian 20 meter padu air secara percuma. Sebagai permulaan, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan dasar Ubiquitous Wireless Selangor (U-WiSEL) pada tahun 2009. Agenda U-WiSEL adalah merupakan satu pernyataan dasar dimana semua perkhidmatan internet jalur lebar tanpa wayar (wireless/wifi) di Negeri Selangor perlu menjamin:

i.        LIPUTAN (COVERAGE) menyeluruh tanpa diskriminasi di dalam penyediaan tempat samada di bandar atau pun di luar bandar. –sosial

ii.        CAPAIAN (ACCESSIBILITY) yang memenuhi Kualiti Perkhidmatan (QoS) (kelajuan, uptime dan integriti). – teknologi

iii.        KELESTARIAN (SUSTAINABILITY)  alam sekitar termasuk pengawalan pencemaran dan kerosakan (pemandangan, radiasi dll.) – alam sekitar

iv.        IMPAK EKONOMI (ECONOMICAL IMPACT) pengagihan peluang yang samarata dan mampu milik(affordability) – ekonomi

Pada April 2010, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan fasa pertama Wifi percuma. Perancangan Kerajaan Negeri adalah untuk melancarkan lebih banyak lagi projek Wifi dalam tiga (3) bentuk iaitu:

i.        Inisiatif Kerajaan Negeri, Projek penyediaan perkhidmatan Wifi telah bermula pada April 2010. Kebanyakan lokasi Wifi adalah di Hulu Selangor dan di kawasan di bawah kelolaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Lokasi Wifi tersebut adalah:

i.        Dataran Shah Alam

ii.        Kompleks PKNS Shah Alam

iii.        Seksyen 2 Shah Alam

iv.        Seksyen 3 Shah Alam

v.        Seksyen 9 Shah Alam

vi.        Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

vii.        Batang Kali, Hulu Selangor

viii.        Seksyen 7 Shan Alam,

ix.        SUK(luaran)

Kerajaan Negeri juga telah merancang untuk menyediakan lebih kurang 18 lokasi Wifi percuma yang telah dikenal pasti. 18 lokasi terbabit melibatkan:

i.        Sekinchan

ii.        Bestari Jaya

iii.        Kuala Selangor

iv.        Hulu Kelang

v.        Seksyen 17 Shah Alam

vi.        Seksyen 20 Shah Alam

vii.        Seksyen 24 Shah Alam

viii.        Kajang

ix.        Kg Kuantan, Klang

x.        Meru

xi.        Sabak Bernam

xii.        Sungai Burong

xiii.        Permatang

xiv.        Sungai Panjang

xv.        Klang Sentral

                                    ii.        Insiatif anak Syarikat Kerajaan Negeri seperti projek PKNS – Fiber to the home (FTTH). Projek ini adalah inisiatif PKNS menyediakan internet fiber bagi projek perumahan yang dibangunkan.

iii.        Inisiatif daripada pihak swasta melalui pelaburan pihak swasta (PFI) seperti projek Hybrid Wireless Network (Hywin), dan Selangor Public Integrated Services (SPINS). Perancangan untuk melaksanakan wifi dengan pihak swasta telah diadakan melalui kerjasama dengan Syarikat Telekom Malaysia serta beberapa syarikat yang lain.

b)    Antara cabaran dalam melaksanakan projek Wifi di Selangor ini ialah:

i.        Mekanisme perlaksanaan di peringkat PBT dalam melaksanakan projek Wifi Selangor ini.

ii.        Selain itu, keupayaan PBT untuk mengoperasi dan menjalankan projek ini juga

iii.        Faktor keselamatan seperti radiasi dan sebagainya juga diperhalusi.

iv.        Kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi menyempurnakan pelbagai projek Wifi di Selangor.

v.        Rekabentuk yang estetik dan moden.

c)    Kerajaan Negeri menerapkan konsep saling melengkapi dan tidak menggalakkan konsep monopoli daripada satu syarikat. Ini menggalakkan pelbagai teknologi yang terdapat di pasaran dapat ditawarkan dan digunapakai di Selangor. Syarikat yang dipilih untuk melaksanakan sistem Wifi percuma di Selangor dipilih berdasarkan kemampuan untuk melaksanakan perkhidmatan seperti yang diinginkan Kerajaan Negeri serta mengambil kira jua operasi dan pelan yang ditawarkan selama 3 tahun oleh syarikat penyedia Wifi. Anggaran kos yang terlibat bagi tempoh setahun yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menyediakan kemudahan WiFi secara percuma adalah bergantung pada beberapa faktor seperti :

  1. Bilangan lokasi,
  2. Kadar radius atau jarak liputan Wifi,
  3. Minima kadar kelajuan yang dapat diakses bagi setiap pengguna Wifi atau kadar kelajuan yang dapat dikecapi bagi 100 pengguna pada satu-satu masa
  4. Kemudahan yang boleh ditawarkan oleh Kerajaan Negeri serta
  5. Pelan perniagaan kreatif yang boleh diberikan oleh ISP kepada kerajaan negeri dalam mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak.

Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri menganggarkan kos pemasangan Wifi adalah sebanyak RM 10,000.00 hingga RM 18,000.00 bagi satu lokasi kawasan perkhidmatan WiFi dengan kapasiti talian utama (backhaul) sebanyak 4Mbps.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT

DARIPADA Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI

(BUKIT ANTARABANGSA)

TAJUK; PENYEDIAAN PERKHIDMATAN WIFI

a)    Apakah status penyediaan perkhidmatan (WIFI) di Negeri Selangor dan adakah perkhidmatan ini akan turut meliputi kawasan luar bandar?

JAWAPAN OLEH Y.B RODZIAH ISMAIL

a)    Status penyediaan perkhidmatan WiFi di Negeri Selangor adalah seperti berikut :

-           Projek penyediaan perkhidmatan Wifi telah bermula pada April 2010. Kebanyakan lokasi Wifi adalah di Hulu Selangor dan di kawasan di bawah kelolaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Lokasi Wifi tersebut adalah:

x.        Dataran Shah Alam

xi.        Kompleks PKNS Shah Alam

xii.        Seksyen 2 Shah Alam

xiii.        Seksyen 3 Shah Alam

xiv.        Seksyen 9 Shah Alam

xv.        Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

xvi.        Batang Kali, Hulu Selangor

xvii.        Seksyen 7 Shan Alam,

xviii.        SUK(luaran)

-          Projek Selangor Public Integrated Services (SPINS) telah dan sedang dilaksanakan dan sasarannya adalah untuk memberikan perkhidmatan Wifi percuma di 4000 lokasi di seluruh Negeri Selangor dengan projek permulaan di Petaling Jaya. Dijangkakakn 200 lokasi Wifi SPINS akan dipasang di sekitar Petaling Jaya sahaja. Pada Februari yang lalu, projek ini telah dilancarkan oleh Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim dan beroperasi di dua (2) lokasi iaitu di Dataran Anak Muda Taman Medan dan Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Taman Medan.

-          Projek Hybrid Wireless Infastructure Network (HyWIN) pula pada awalnya mempunyai kekangan daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) untuk membawa masuk teknologi Hybrid ini. Namun kekangan ini berjaya diatasi dan projek Hybrid Wireless Infastructure Network (HyWIN) ini akan bekerjasama dengan syarikat Telekom Malaysia Berhad untuk menyedia dan memberikan perkhidmatan Wifi percuma (pada kadar kelajuan tertentu) dan berbayar kepada pelanggan di lebih 340 lokasi di seluruh Negeri Selangor.

-          Kerajaan Negeri juga telah merancang untuk menyediakan lebih kurang 18 lokasi Wifi percuma yang telah dikenal pasti. 18 lokasi terbabit melibatkan:

i.        Sekinchan

ii.        Bestari Jaya

iii.        Kuala Selangor

iv.        Hulu Kelang

v.        Seksyen 17 Shah Alam

vi.        Seksyen 20 Shah Alam

vii.        Seksyen 24 Shah Alam

viii.        Kajang

ix.        Kg Kuantan, Klang

x.        Meru

xi.        Sabak Bernam

xii.        Sungai Burong

xiii.        Permatang

xiv.        Sungai Panjang

xv.        Klang Sentral

-          Anak Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) seperti PKNS juga telah mula mengusahakan pembangunan Wifi di dalam projek-projek mereka seperti projek Fiber to the home (FTTH).

Kesemua unjuran lokasi yang dinyatakan di atas adalah meliputi kawasan luar Bandar yang mana kriteria utamanya adalah tempat tumpuan umum untuk memberikan impak positif penawaran perkhidmatan WiFi tersebut. Kesemua projek Wifi ini dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2015.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas,

 sila hubungi Pejabat Y.B.Rodziah Ismail,tel.: 03-55447622 email:rodziahismail@selangor.gov.my

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. TUAN BADRUL HISHAM BIN ABDULLAH

(PELABUHAN KLANG)

TAJUK: INTERNET PERCUMA

Terdapat cadangan agar Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan WiFi dan

broadband percuma untuk seluruh Negeri Selangor, di Bandar dan luar Bandar.

Bertanya Kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar :-

a) Apakah status cadangan ini dan sejauh manakah kemudahan percuma ini

telah disediakan di Selangor?

b) Berapakah kos yang perlu dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk

menyediakan kemudahan ini?

c) Apakah Kerajaan Negeri mempunyai kemampuan kewangan yang

mencukupi?

JAWAPAN OLEH Y.B RODZIAH ISMAIL

a)    Terdapat tujuh lokasi yang telah dilengkapi dengan kemudahan capaian WIFI secara PERCUMA oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu seperti berikut:

  1. Dataran Shah Alam
  2. Kompleks PKNS Shah Alam
  3. Seksyen 2 Shah Alam
  4. Seksyen 3 Shah Alam
  5. Seksyen 9 Shah Alam
  6. Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
  7. Batang Kali, Hulu Selangor
  8. Seksyen 7 Shan Alam,
  9. SUK(luaran)

b)    Unjuran kos adalah sebanyak RM 5 juta.

c)    Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan kewangan melalui Geran Selangorku dan sebahagian peruntukan pembangunan negeri serta galakan kepada PBT untuk menyediakan peruntukan sampingan.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

YB PUAN HANIZA BIN MOHAMED TALHA

(TAMAN MEDAN)

TAJUK: PERKHIDMATAN WIFI PERCUMA

a)    Apakah dasar kerajaan Negeri terhadap Perkhidmatan WIFI untuk seluruh  Selangor?

b)    Berapakah peruntukkan yang akan dibelanjakan serta bilakah Perkhidmatan WIFI akan diberikan secara percuma bagi seluruh Negeri?

JAWAPAN OLEH Y.B RODZIAH ISMAIL

 

a)    Kerajaan Negeri telah memperkenalkan dasar Ubiquitous Wireless Selangor (U-WiSEL) pada tahun 2009 iaitu untuk mewujudkan capaian internet secara tanpa wayar yang bersifat sejagat dan merata capaiannya diseluruh Negeri Selangor yang mana ianya adalah selaras dengan dasar Merakyatkan Eknonomi Selangor (MES).

Agenda U-WiSEL adalah merupakan satu pernyataan dasar dimana semua perkhidmatan internet jalur lebar tanpa wayar (wireless/wifi) di Negeri Selangor perlu menjamin:

v.        LIPUTAN (COVERAGE) menyeluruh tanpa diskriminasi di dalam penyediaan tempat samada di bandar atau pun di luar bandar. –sosial

vi.        CAPAIAN (ACCESSIBILITY) yang memenuhi Kualiti Perkhidmatan (QoS) (kelajuan, uptime dan integriti). – teknologi

vii.        KELESTARIAN (SUSTAINABILITY)  alam sekitar termasuk pengawalan pencemaran dan kerosakan (pemandangan, radiasi dll.) – alam sekitar

viii.        IMPAK EKONOMI (ECONOMICAL IMPACT) pengagihan peluang yang samarata dan mampu milik(affordability) – ekonomi

b)    Cadangan peruntukan untuk membiayai kos perkhidmatan wifi percuma bagi seluruh Negeri Selangor adalah sebanyak RM 5 juta setahun Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada penawaran yang boleh diberikan oleh pihak swasta yang mempunyai kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri seperti yang telah di laksanakan dalam projek Selangor Public Intergrated Services (SPINS) dan Hybrid Wireless Infrastructure Network (HyWIN).

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

Y.S. TUAN DR. ABD RANI BIN OSMAN

(MERU)

TAJUK WIFI

a) Bilakah perkhidmatan WIFI kerajaan Selangor dijalankan?

b) Berapakah kawasan yang dipilih untuk tujuan tersebut?

JAWAPAN OLEH Y.B RODZIAH ISMAIL

 

 

a)    Perkhidmatan wifi Kerajaan Selangor sedang berjalan dan akan terus berjalan sehingga visi " you are connected in Selangor" direalisasikan. Penawaran capaian wifi samada percuma atau berbayar terus giat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri samada melalui pembiayaan kerajaan atau kerjasama strategik dengan pihak swasta melalui pelbagai program seperti Hywin, SPINS dan Selangor Wifi.

b)    Kawasan yang terpilih di dalam cadangan awal adalah sebanyak 2460 lokasi dan ianya akan dinilai dari masa ke semasa untuk memberikan impak yang maksima kepada rakyat Selangor keseluruhannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads