Jumaat, 23 Mac 2012

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Panglima Perang Cyber: Video Terbaru Dr Hassan Ali <b>di Klang</b>

Posted: 07 Mar 2012 08:30 PM PST



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Bazar Espalanade <b>di</b> Pelabuhan <b>Klang</b>

Posted: 13 Mar 2012 02:33 AM PDT

KLANG, 13 Mac: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menganjurkan Bazar Espalanade di Tanjung Harapan Pelabuhan Klang sebagai pembuka perancangan pembangunan pada masa hadapan untuk kawasan tersebut.

Pemangku Yang Di Pertua MPK, Ehsan Mukri (gambar) berkata, kewujudan bazar itu secara tidak langsung dapat memperkenalkan lokasi di situ sebagai salah satu tarikan istimewa pelancongan khususnya di negeri itu.

Menurutnya, selain membeli belah, pengunjung juga boleh beriadah dan menikmati pemandangan indah di situ di mana ia dikenali sebagai lokasi pelancongan tepi pantai yang sentiasa mendapat perhatian penduduk setempat.

"Sebanyak 60 gerai disediakan untuk kunjungan orang ramai di mana mereka berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan menarik dengan harga berpatutan dan istimewa bagi seisi keluarga.

"Selain daripada itu, bazar ini juga salah satu usaha MPK untuk membangunkan kawasan yang berpotensi besar seperti Tanjung Harapan untuk dijadikan lokasi pilihan tidak kira pelancong dari dalam atau luar negeri,"katanya.

Ehsan berkata, bazar itu akan bermula 16 Mac 2012 dan diadakan pada setiap hujung minggu hari Jumaat, Sabtu serta Ahad dan bakal dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 24 Mac 2012, jam 1.00 petang.

Menurutnya, orang ramai dijemput untuk menghadiri program berkenaan kerana pelbagai acara disediakan di samping aneka barangan yang dapat dibawa pulang bersama dengan harga berpatutan ditawarkan kepada pengunjung.

Sampah

Sementara itu, orang ramai diminta untuk menyalurkan terus sebarang maklumat berkaitan isu sampah berikutan sebahagian kontraktor baru yang dilantik sedang memulakan tugasan penyesuaian kerja-kerja mereka di sini.

Ehsan Mukri berkata, pihaknya sedia maklum dengan beberapa kelemahan dan kerumitan yang timbul kerana mereka masih dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan kekerapan kutipan yang dirancang untuk sesuatu kawasan.

Menurutnya, proses pengambilalihan kontraktor baru itu adalah antara penambahbaikan majlis kerja-kerja kutipan sampah terutama di lokasi yang sering menimbulkan masalah kepada penduduk setempat.

"Majlis mengakui terdapat beberapa kelewatan berlaku disebabkan proses penukaran kontraktor menyebabkan berlaku beberapa kes `backlog' akibat pertukaran berkenaan disamping faktor cuaca yang tidak menentu kini.

"Perkara seperti ini akan melengahkan kerja-kerja mengutip sampah dan membersihkan kawasan dan majlis sedang berusaha untuk memastikan isu berkaitan sampah dapat ditangani secara teliti"katanya.

Ehsan berkata,selain perkara itu,majlis juga berhadapan dengan beberapa cabaran dalam proses peralihan dan penukaran itu di mana aduan-aduan tidak tepat dan palsu diterima serta bantahan lantikan kontraktor baru.

Menurutnya, MPK tegas dalam perkara itu dan memastikan syarat kepada kontraktor baru yang dilantik perlu  mempunyai `compactor' bagi melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan sempurna.

"Orang awam boleh terus menghubungi Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK di talian aduan sampah di Klang Utara, 016-2720406 (Kamachy) dan di Klang Selatan 016-2506796(Razif).

Manakala bagi pembersihan pula, orang awam boleh menghubungi 019-2245381 (Klang Utara) dan 016-3824471 (Klang Selatan) atau pejabat 03-33726781 untuk aduan berkaitan isu sampah," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads