Jumaat, 30 Mac 2012

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Pelancongan <b>di Batang Kali</b> - KeadilanDaily.com | KeadilanDaily.com

Posted: 27 Mar 2012 01:29 AM PDT

Hulu Selangor merupakan antara daerah luar bandar yang dilihat mula berkembang sebagai salah satu destinasi percutian dan pelancongan yang sangat berpotensi. Menyedari tentang potensi besar ini, telah banyak usaha-usaha dilakukan supaya daerah ini akan terus menjadi tumpuan pelancong dan seterusnya memberikan impak yang positif kepada pembangunan pelancongan khususnya bagi jangka masa panjang.

Dalam hal ini, perancangan pembangunan pelancongan dibuat secara menyeluruh bagi daerah Hulu Selangor dan tidak hanya tertumpu di sesetengah kawasan sahaja.

Batang Kali yang juga merupakan sebahagian lokasi penting di dalam daerah Hulu Selangor turut diberi peluang yang sama. Beberapa produk pelancongan seperti Kolam Air Panas Hulu Tamu, Kawasan Perkelahan di sepanjang kawasan Hulu Yam dan Rekreasi Sungai Sendat dan Restoran & Spa Cholo-Cholo telah bertapak kukuh dan menjadi antara destinasi utama pilihan pelancong ke daerah Hulu Selangor.

Kawasan ini juga terkenal dengan Pusat Latihan yang menjadi tumpuan beberapa syarikat korporat yang menjalani latihan untuk para pekerja organisasi mereka. Produk yang terbaru yang berhampiran dengan Batang Kali juga menjadi tumpuan seperti Strawberry Leisure Farm yang telah menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara telah dibuka pada Ogos 2009 dan dapat menarik pengunjung seramai 500 ribu sehingga kini. Begitu juga dengan Bukit Beruntung Golf Course yang akan menjadi tumpuan para pemain golf, khususnya pelancong-pelancong dari negara Korea. Terdapat juga Mines Golf City, iaitu padang golf 63 lubang yang pertama di negara. Projek baru ini berpotensi menjadi kawasan tumpuan kepada pelancong-pelancong ke Batang Kali.

Tourism Selangor juga dalam usaha mengenalpasti kawasan-kawasan yang mempunyai potensi untuk dipromosikan kepada masyarakat luar mengenai kawasan-kawasan tarikan baru yang terdapat di Negeri Selangor. Beberapa aktiviti seperti Lawatan ke produk baru bersama PBT yang berkaitan dan program Tourism Selangor Day Out telah memainkan peranan untuk membawa para media dan "bloggers" mengenali kawasan ini secara tidak langsung mereka akan menulis segala pengalaman mereka didalam blog masing-masing.

Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor ( MDHS ), sentiasa memainkan peranan dalam mempromosikan destinasi-destinasi berkenaan kepada pelancong dalam dan luar negara melalui penyertaan-penyertaan dalam siri promosi dalam dan luar negara. Program ini dilaksanakan secara berterusan di samping saluran-saluran promosi lain seperti risalah, laman web, Billboard, pengiklanan di majalah, coffe table book, program kembara media dan
beberapa program yang lain.

Menyedari potensi besar daerah Hulu Selangor, pendekatan dan pembangunan secara in-situ juga diberikan tumpuan. Untuk makluman, mulai tahun 2012 ini, program Daerah Fokus akan diperkenalkan dengan Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Langat menjadi daerah di bawah pelaksanaan program tersebut.

Perancangan ke arah melaksanakan program berkenaan meliputi pembangunan produk-produk pelancongan, promosi yang berterusan, penambahbaikan kemudahan sedia ada dan program-program sokongan lain seperti kerjasama bersama media dan bloggers dalam membekalkan maklumat tentang produk-produk berkenaan.

Batang Kali yang menjadi sebahagian antara lokasi produk pelancongan di daerah Hulu Selangor akan terus dipromosikan. Melalui kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Kerajaan Negeri melalui TSSB telah melaksanakan pelbagai program berkaitan. Namun, seperti yang dinyatakan sebelum ini, program-program yang dilaksanakan adalah bersifat menyeluruh.

Mulai tahun 2011, TSSB dengan kerjasama semua PBT di negeri Selangor telah menerbitkan brosure bagi semua daerah-daerah di negeri Selangor termasuklah Hulu Selangor. Brosure ini merupakan antara penerbitan yang paling penting khususnya dalam mempromosikan destinasi dan produk-produk pelancongan di semua daerah di negeri ini. Bagi daerah Hulu Selangor, produk-produk pelancongan dari kawasan Batang Kali turut dimuatkan.

Untuk makluman, melalui inisiatif pihak MDHS, mulai tahun 2012, pakej-pakej khas pelancongan bagi Hulu Selangor telah diwujudkan bagi memberi pilihan kepada para pelancong dan memperkenalkan Hulu Selangor sebagai antara destinasi percutian yang menarik. Usaha ini adalah sebahagian daripada rangka pelaksanaan Kempen Selangor Shines dan Daerah Fokus yang mensasarkan peningkatan keupayaan dan pembangunan pelancongan berterusan di Hulu Selangor.

Akhir sekali, sebagai insentif, pengusaha-pengusaha industri pelancongan dijemput untuk bersama menyertai aktiviti promosi Tourism Selangor seperti "trade and travel fair." Memandangkan bahawa sebahagian besar kos akan disubsidi oleh TSSB, pengusaha-pengusaha dapat memasarkan produk-produk mereka dengan perbelanjaan yang rendah.

YB ELIZABETH WONG
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28604

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads