Jumaat, 30 Mac 2012

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Gangguan Air <b>Di</b> KL, Petaling Dan <b>Hulu Selangor</b>

Posted: 30 Mar 2012 04:32 AM PDT

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di ibu negara, wilayah Petaling dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 10 hingga 14 April depan.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) melalui satu kenyataan media memberitahu, gangguan bekalan air sementara itu berlaku disebabkan kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor Syabas.

"Gangguan bekalan di kawasan Desa Tun Razak, Taman Desa Tasik, TUDM Sungai Besi, JKME dan Kuarters JKR, Jalan Sungai Besi Batu 4 ½, Taman Taynton View, Taman Mutiara, Taman Supreme Jaya dan Taman Bukit Hijau dijangka berlaku bermula pukul 8 malam pada 10 April hingga pukul 5 pagi keesokannya.

"Manakala gangguan bekalan air dijangka berlaku di seluruh kawasan Jalan Anggerik, Jalan Seroja, Jalan Kemboja, Jalan Bakawali dan Jalan Telipot di Hulu Selangor bermula pukul 10 malam pada 11 April hingga pukul 6 pagi keesokannya," kata kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan itu, gangguan bekalan air turut dijangka berlaku di beberapa kawasan lain di ibu negara bermula 13 April depan pada pukul 9 malam hingga 5 pagi keesokan.

Kawasan terbabit adalah Taman Sri Delima, Taman Batu, Taman Lawa, Taman Sejahtera, Kampung Pasir, Kampung Segambut Permai, Kampung Segambut Luar, Taman City, Taman Kok Lian, Kem Batu Kentomen, Taman Impian, Taman Eastern, Taman Rainbow, Jalan St Thomas, Jalan Khalsa, Taman Pelangi, Kampung Muthiah, Kampung Shak Mah, Kampung Bandar Dalam, Kampung Chubadak Dalam, Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Chubadak Tengah dam Kampung Chubadak Jaya.

Turut mengalami gangguan itu adalah Kampung Chempedak. Kampung Chempedak Hilir, Kampung Puah, Kampung Puah Seberang, Kampung Puah Bahagia, Taman Sentul Jaya, Taman Sentul Endah, Taman Sentul Bahagia, Taman Sentul Permai, Taman Dato Senu, Taman Sentul Pasar, Taman Bamboo, Taman Kaya, Kawasan Perindustrian Segambut, Taman Segambut Indah, Kampung Batu, Kampung Batu 5, Kampung Seri Batu, Kampung Delima, Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5, Jalan Cenderuh, Jalan Kuala Kangar, Jalan Vethavanam dan Kampung Kovil Hilir.

Justeru, kata kenyataan itu, para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

"Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan> dan hantar kepada 39222, " tambah kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, informasi mengenai situasi bekalan air berkenaan juga boleh diperolehi dari laman web Syabas di http://www.syabas.com.my, www.syabas.com.my, http://www.twitter.com/puspel, www.twitter.com/puspel atau Facebook dengan menaip puspel atau puspel syabas.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads