Jumaat, 5 Oktober 2012

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


UMNO Online - Klinik 1Malaysia Beroperasi <b>Di Hulu Selangor</b>

Posted: 30 Apr 2010 02:55 AM PDT

Kategori Berita Pilihan

Klinik 1Malaysia Beroperasi Di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 30 April – Kawasan Hulu Selangor hari ini mendapat Klinik 1Malaysia sendiri bertempat di Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung.

Klinik itu dilancarkan oleh P Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor, yang memenangi pilihan raya kecil pada Ahad lalu.

"Pembukaan klinik itu bukti Barisan Nasional (BN) menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya kecil itu," katanya.

eliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sendiri telah memberi jaminan itu kepada penduduk Hulu Selangor untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada mereka.

"Inilah cara BN bekerja, BN akan memenuhi semua janji-janji BN yang telah dibuat pada kempen pilihan raya baru-baru ini dan akan menyelesaikan semua masalah yang dihadapi penduduk setempat," katanya.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan kakitangan Kementerian Kesihatan kerana membantu menyegerakan perkhidmatan Klinik 1Malaysia di Hulu Selangor ini," katanya.
Sejak kemenangannya, Kamalanathan telah melakukan lawatan dan beramah mesra dengan penduduk setempat di Felda Sungai Buaya, Kuala Kubu Bharu, Taman Teratai dan Rasa.

Mengenai masalah pampasan 363 bekas peneroka Felda di Sungai Buaya pula, kerajaan akan membayar baki RM49,000 untuk sebuah keluarga di situ setelah mereka menerima RM1,000 baru-baru ini.

"Bagaimanapun tarikh pembayaran baki tersebut akan ditentukan oleh kerajaan kelak," katanya.

Masalah lain yang akan diberi perhatian ialah pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya, bantuan dana khas kepada masyarakat India di bawah Tekun, masalah banjir di Kampung Sentosa dan masalah bumbung rosak di Bukit Beruntung.

Sementara itu, Kamalanathan berkata kerajaan telah bersetuju untuk memberi tanah untuk pembinaan sebuah kuil untuk masyarakat India di Kalumpang di sini setelah masalah itu berlarutan lebih 50 tahun.

Apabila ditanya bilakah beliau akan berpindah ke Hulu Selangor, katanya beliau masih mencari lokasi sesuai yang mempunyai perkhidmatan pengangkutan awam bagi memudahkan orang ramai berjumpa dengannya. -MediaUMNO/Bernama

Berita Bertarikh Pada 5:55 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads