Jumaat, 5 Oktober 2012

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Vandalisme Papan Iklan <b>Di Kuala Langat</b> Terkawal

Posted: 10 Aug 2012 02:29 AM PDT

KUALA LANGAT 10 OGOS : Masalah vandalisme papan iklan di sekitar daerah Kuala Langat masih terkawal selepas Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menjalankan beberapa program kesedaran berhubung kesalahan itu.

Pemangku Yang Dipertua MDKL, Muhammad Hafiz Shaari berkata MDKL kini sentiasa memantau dan menjalankan program kesedaran itu supaya mengingatkan orang ramai agar menjaga harta benda awam.

Bagaimanapun, katanya, masih terdapat gejala vandalisme yang membabitkan papan iklan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

"Gambar mereka masih lagi diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kejadian seperti ini sudah beberapa kali sepanjang tahun ini," katanya ketika dihubungi.

Hafiz menambah, perilaku vandalisme itu merugikan harta benda awam serta mencacatkan persekitaran.

"Mereka harus faham, penukaran papan tanda ini akan menelan kos yang banyak dan ini akan merugikan Kerajaan Negeri dan MDKL," katanya.

Sebelum ini, beberapa gambar pemimpin Pakatan termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipaparkan pada papan iklan telah disimbah cat dan diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tinjauan Selangorkini mendapati rata-rata papan iklan yang diconteng digantikan dengan papan iklan baru manakala papan iklan yang sedia ada kebanyakkannya masih berada dalam keadaan yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads