Jumaat, 5 Oktober 2012

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Mini <b>Jeram</b> Waterfall - Destinasi Indah <b>Di</b> Tengah-Tengah Kuala <b>...</b>

Posted: 05 Oct 2012 02:34 AM PDT

Indah..Damai..Tenang..Ya Keris memang mengagumi keindahan ciptaan Allah di muka bumi ini. Sewaktu mencari tempat untuk memcari ketenangan dan lari sebentar daripada dunia kesibukan bandar. Keris dibawa oleh seorang rakan ke kawasan Kemensah.
"Kau nak bawak aku duduk hutan ke bro?"
"Taklah, ini tempat air terjun terbaik kat tengah-tengah bandar!"
Keris teruskan perjalanan dan sampai ke destinasi, buka sahaja pintu muka ini dihembus oleh angin hutan. Bunyi air deras membuatkan Keris terpandang kepada satu kawasan air terjun. Memang menarik!

Apalagi? Kami terus terjun dan badan yang hangat ini disejukkan dengan air terjun. Tenang sahaja rasa jiwa ini. Inilah Air Jeram Mini Kg Kemensah. Memang menenangkan jiwa, rasa macam tak ada masalah pula wujud dalam diri. Tenang dan santai menjadikan mood di situ tampak menarik.


Apabila malam menjelma, rupanya Keris dikejutkan dengan sedikit jamuan kecil oleh rakan-rakan. Mereka sudah rancang untuk tunjuk kepada Keris keindahan air terjun waktu malam pula. Spotlight dipasang! Aduh! Memang cantik dan menenangkan.


Bertanya kepada penjaga kawasan tersebut, Abang Izat berkata sudah lebih 8 tahun dia menjaga kawasan tersebut. Dan pelbagai aktiviti boleh dibuat disini. Masuk hutan, mandi santai mahupun membuat program. Di sini ada juga chalet untuk dijadikan tempat tidur. 
Kalau anda mahu buat program di sini, jangan malu atau segan untuk hubungi Saudara Izat 012-3485167.
K7L : Rugi kalau tak pergi..memang syok..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads