12 di morib - Google Blog Search |
~ LadyWA ~: Bergumbira <b>di</b> Gold Coast <b>Morib</b> , je...:) Posted: 01 Oct 2012 08:41 PM PDT Salam....Sebenarnya..banyak mende yang berlaku lately.. : ( , tension nak masuk rumah baru..dah banyak kali gaduh ngan kontraktor ngok ngek tu..last-last kami decide trus berhentikan dia je.. payah kalau rumah kita tapi nak buat macam rumah dia..so pengajaran..berhati2-hatilah pilih kontraktor..Pas tu , kasihan plak aku tengok huby.. sampai ke pagi tak tido siapkan video untuk presentation..sian - sian pun.., aku tido lena je malam-malam..hahaha..tak laratla nak teman sampai ke pagi...so aku plan nak gi holiday on the spot je .. tak de rancang2 sangat..lagipun konon2nya nak celebrate besday dia la..tapi sebenarnya aku pun tak tahan tension..rumah ni penuh dengan kotak2,lemas aku dibuatnya. Aku kemas..Alya selongkar..kemas lagi, dia selongkar lagi..maunya tak jadi tarzan hari-hari..adehhh Alya-Alya. Sebenarnya hari tu cadang nak pindah cepat..tapi sbb kontraktor tu siapkan lambat..sampai sekarang pun tak siap lagi..: ( , tak dapatla kami pindah cepat2.. So..ni lah review sikit pasal tempat yang kami pegi hari tu.. Bagi sape-sape yang nak bawak anak-anak memang nilah tempat yang best sangat-sangat. Kalau nak murah, kena datang hari biasa sebab hujung mingggu rate dalam RM 300. So kami plan , check in Jumaat,sepatutnya dapat rate yang RM 170( ni rate online booking )..tapi banyak kali aku emel..diorang kata tak dapat...so bila booking by phone , rate dah jadi RM 198. Tapi aku rasa masih lagi murah dan berbaloi. Harga termasuk, 2 breakfast , 2 dinner dan 2 pass masuk ke water park.Pass water park tu valid untuk 2 hari. Bila check in je , memang puas hati dapat bilik bersih, besar dan view water park ( masa check in, mintaklah nak bilik view waterpark ) kalau tak dapat view parking kereta . Best sebab ada balkoni dan jakuzi kat dalam tu. Peti sejuk pun ada juga disediakan. Ada disediakan mineral water, dan ada free berus gigi dan shaver lagi..:). Yang tak bestnya aku bawa dslr tapi kad nya aku lupa nak bawa, so gambar-gambar ni ambil guna hp je. Oklah jugak walau tak clear mana . Petang tu, lepas check in kami terus ke water park. Tak ramai sangat orang sebab hari Jumaat kot. Apa yang boleh aku cakap, memang bestttt sebab banyak tempat untuk kanak-kanak bermain. Water park ni tutup pukul 7 so..kejap jelah kami dapat main untuk first day tu. Dah keluar dari waterpark, sambung berjakuzi pulak..tapi Alya n Amsyar jelah....:) . Bukan main happy budak-budak ni dapat main air. Lepas marghrib, kami terus pergi dinner. Makanan banyak sangat-sangat dan macam-macam jenis ada. Bukan tu saje, semua yang ada tu tak de yang tak sedap. Masa kami pegi hari tu, ada nasi goreng, daging , ayam, ikan tiga rasa sangatlah sedap..:), ada spaghetti carbonara , macam2 jenis buah , ais krim , bubur, nasi ayam , steam boat dan adalah macam-macam lagi. Memang berbaloi la sangat-sangat . Malam pula, kami just layan anak-anak main je ..tapi bestla duk kat balkoni mengadap swimming pool dan mengadap laut sekali. Besoknya awal-awal kami turun sarapan, since Amsyar tido lagi, aku ngan huby gili-gilirla gi breakfast. Breakfast pun banyak choice jugak, memang kenyang la sampai tengahari. Posing je lebih budak ni..makan sikit je ... Lepas breakfast , kami terus ke waterpark sampailah pukul 11 sebab pukul 12 dah kena checkout. Yang best kat sini, ada tempat mandi budak kecik macam Amsyar tu , jadi senang sikit, just lepaskan dia main air sendiri. Slide yang tinggi tu pun kami bawa Alya dan Amsyar sekali..tercungap-cungap Amsyar bila jatuh dalam air..tapi bila nampak dia ok je..ok lah tu..means dia tak takut air. Amsyar..best tak? Kalau tanya pendapat aku, rasanya nilah tempat paling best bawak anak-anak , lagipun dekat je dari rumah. Dan aku dah booking rumah persekutuan untuk bulan 9 tahun depan hahaha..lambat lagi. So Jumaat tu akan datang sini lagi, bila check out sabtu tu , terus check in rumah persekutuan Morib pula..Insyaallah. Hari tu kitorang check out dan terus check in Hotel Impian Morib. Dari luar ok..tapi dalam bilik tak best sangat..bau hapak.. So tak yahlah gi Impian Morib tu. Staff pun tak friendly.:( |
You are subscribed to email updates from di morib - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan