Khamis, 22 November 2012

12 di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search


Jalan Raya Berlubang <b>Pandamaran</b> Penyebab Kematian - Selangorku

Posted: 21 Nov 2012 03:00 PM PST


SHAH ALAM, 22 NOV : Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu mendakwa kegagalan menyelenggara beberapa jalan persekutuan yang berlubang di kawasan Pandamaran menjadi punca kejadian kemalangan yang berlaku baru-baru ini.

Menurut Ronnie baru baru ini kejadian kemalangan yang berlaku di jalan dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Kim Chuan, Pandamaran telah meragut nyawa seorang warga tua.

Dua minggu lalu, turut berlaku satu lagi kejadian kemalangan di Jalan Banting, di dalam kawasan Pandamaran ekoran keadaan jalan yang teruk.

Dalam kejadian tersebut, seorang wanita meninggal dunia sementara anaknya cedera parah.

Tegas Ronnie, beliau selaku Adun Pandamaran telah menulis surat kepada JKR untuk membaiki jalan di sekitar Pandamaran.

"Saya sudah maklumkan kepada JKR, Pengrah JKR Selangor, Datuk Ir Abdullah Abd Rahman, katanya, beliau tidak boleh dapatkan peruntukkan.

"Dalam undang-undang wang negeri tidak boleh (membaiki jalan) dibawah JKR Persekutuan.

"Di Banting, kilang-kilang terpaksa buat kerja-kerja tanggungjawab sosial korporat (CSR). Tapi (untuk CSR) mereka kena dapatkan kerjasama JKR," katanya.

Justeru, Ronnie akan membantu kedua-dua keluarga mangsa kemalangan berkenaan mencari khidmat guaman bagi tindakan mahkamah terhadap JKR.

Sementara itu, Ronnie turut membidas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berhubung peruntukan membaiki jalan di seluruh negara bagi tahun 2012 yang disifatkan sangat kecil.

Menurut Ronnie, untuk tahun 2012, kerajaan persekutuan memperuntukkan RM 870 juta untuk membaiki jalanraya di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Jelasnya, tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR) bukan sahaja melibatkan keadaan jalan tetapi turut melibatkan lampu isyarat, keadaan longkang serta bahu jalan.

"Saya terkejut kerana RM870 untuk membaiki jalan di bawah JKR sangat kecil.

"Tidak hairan banyak jalan khasnya di Selangor dibawah (jagaan) JKR termasuk Pandamaran sangat teruk, berlubang-lubang disemua tempat sehinggakan banyak kemalangan," katanya dalam satu sidang media di lobi Dewan Negeri Selangor.

Ronnie turut mendesak agar Datuk Seri Shaziman membawa perkara ini ke Kabinet agar peruntukkan membaiki jalan ditingkatkan segera serta memberikan pampasan kepada dua keluarga ini.

"Saya mahu Shaziman dengan serta merta ke Kabinet dengan membuat dua perkara, tambah peruntukan membaiki jalan dibawah JKR.

"Kedua, mereka harus memberikan pampasan kepada keluarga kedua-dua mangsa, kalau dia sudi saya akan bawa keluarga magsa jumpa dengannya.

"Dia juga kena bagi arahan membaiki lubang-lubang jalan yang teruk. Saya percaya banyak lagi mangsa (kemalangan) akan berlaku," tambahnya lagi.

Selain itu, beliau turut meminta Kementerian Kerja Raya menyemak semula perlantikan tiga kontraktor utama untuk membaiki jalan di Semenanjung dan lima kontraktor di Sabah dan Sarawak yang dilihat gagal mememantau keadaan jalan dengan baik.

Tegas Ronnie, sekiranya JKR gagal bertindak, beliau akan mengarahkan setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menaikkan papan tanda 'Ini Jalan JKR' agar rakyat mengetahui kegagalan kerajaan persekutuan menyelenggara jalan dibawah kawalan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads