Khamis, 22 November 2012

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Budak Skema <b>Di</b> Sekolah Kebangsaan <b>Selayang</b> Utama Part Akhir

Posted: 31 Oct 2012 10:32 AM PDT

EPISOD LEPAS 
Budak Skema Di Sekolah Kebangsaan Selayang Utama Part Akhir

Dalam fikiran aku masa tu aku hanya inginkan keputusan terbaik. Iaitu membolot kesemua A di dalam UPSR. Aku masih ingat lagi pada seorang seteru utama aku dulu. Taufiq. Nama ni masih segar dalam ingatan aku. Kawan sekelas yang merupakan seorang yang mempunyai otak yang sangat pandai. Beliau lah sumber inspirasi aku. Setiap kali peperiksaan, aku pasti akan berusaha untuk mengatasi beliau. Dan aku tak pernah berjaya. Termasuklah semasa peperiksaan percubaan UPSR. Kesemua peperiksaan percubaan UPSR beliau berjaya memperoleh 5A. Aku pun tak tau macam mana cara beliau belajar, kerana aku nampak beliau ni banyak main daripada belajar. Disebabkan perasaan geram tu, aku telah menggandakan lagi usaha aku. Rasanya aku berusaha lebih 3 kali ganda daripada kebiasaan.
Habis sekolah, terus aku membuka buku dan mengulangkaji pelajaran. Waktu malam pula aku ke kelas tuisyen. Boleh dikatakan aku hidup hanya dengan buku sahaja pada waktu itu. Dan daripada kategori budak skema aku beralih pula ke kategori ulat buku. Segala apa yang diajar termasuk tips daripada Cikgu Hazam aku praktikkan. Semuanya. Satu pun aku tak tinggalkan.
Dan, hari yang dinanti telah tiba. Hari peperiksaan UPSR. Aku tak pasti samada apa yang aku usahakan selama itu berbaloi. Yang aku tau, aku terus fokus di dalam dewan dan menjawab kesemua soalan tersebut dengan penuh ghairah. Ghairah untuk mencapai keputusan paling cemerlang. Aku nak buktikan kepada semua. Aku nak semua orang sedar kewujudan aku di dalam sekolah itu. Aku nak orang lain buka mata terhadap aku. Aku nak orang lain kenal nama aku. Aku nak orang lain berkawan dengan aku. Aku tak nak orang lain pandang rendah pada aku lagi. 
Semasa keputusan diumumkan, aku tak berapa ingat. Tapi yang aku ingat masa tu bapak aku berlari. Berlari menuju ke arah aku dengan penuh rasa gembira. Terkejut aku. Dan, barulah aku tau yang aku berjaya membolot 5A di dalam UPSR. Alhamdulillah... Impian aku tercapai. Aku berjaya menempa nama sebagai salah seorang pelajar cemerlang Sekolah Kebangsaan Selayang Utama.
*Sejuta penghargaan kepada kedua ibu bapa aku kerana telah membesarkan aku. Sejuta penghargaan kepada Cikgu Hazam kerana bersusah payah mendidik seorang anak murid skema yang tak ada keyakinan diri ini. Dan sejuta penghargaan kepada Taufiq yang telah menjadi batu loncatan kepada aku untuk berjaya di dalam UPSR.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Di mana ada usaha pasti di situ ada kejayaan. Aku telah merasainya sendiri. Namun sayangnya kejayaan aku terhenti selepas memasuki sekolah menengah. Aku telah memilih jalan yang salah. Dan sekarang aku telah merasai keperitan di atas kesilapan aku dulu. InsyaAllah aku akan bangkit semula. InsyaAllah budak skema dulu akan bangkit di dalam hidupnya. InsyaAllah aku akan berusaha untuk menjadi salah seorang blogger yang berjaya. Ini impian aku.

KERANA DEDAH BN YANG LULUSKAN KONDO <b>DI</b> BATU CAVE <b>...</b>

Posted: 14 Nov 2012 03:43 AM PST

Hanya disebabkan mendedahkan perkara sebenar isu kondo yang menjadi isu baru-baru ini,Yang Dipertua Selayang ditukarkan ke ibu pejabat Institut Tadbiran Awam Negara berkuat kuasa esok.

Tapi disebabkan esok cuti umum,beliau akan melaporkan diri pada hari Jumaat dan hari ini adalah merupakan hari terakhir beliau di Majlis Perbandaran Selayang..

Pemindahan secara tiba-tiba itu mengejutkan ramai pihak terutamanya selepas pendedahan yang dibuat Datuk Zainal Abidin Aala yang menggagalkan BN dari cubaan menjadi hero dalam isu kondo di Batu Cave..

Dari pendedahan tersebutlah maka rakyat Malaysia baru tahu kondo tersebut diluluskan oleh kerajaan BN dan kini BN pula cuba menjadi hero dengan  menyalahkan kerajaan Selangor dan dengan rasa tak bersalahnya pula mengatakan BN berjanji akan memindahkan projek kondo tersebut jika BN berjaya tawan Selangor..

 

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata Zainal Abidin merupakan "mangsa keadaan" apabila beliau terpaksa mendedahkan fakta di dalam projek kontroversi tersebut.

"Dia terpaksa beritahu projek ini diluluskan bukan baru-baru ini tetapi di zaman BN mentadbir lagi.

"Bila 'press' minta minit mesyuarat dia kena bagi sebab Selangor ada Akta Kebebasan Maklumat, jadi sesiapa tak boleh salahkan dia," kata Ronnie apabila ditemui selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Zainal sebelum ini memberitahu bahawa Kebenaran Merancang terhadap projek kontroversi Dolomite Park Avenue di Batu Caves telah dikeluarkan ketika BN menerajui Selangor, pada 30 November 2007.

Zainal juga mendedahkan projek itu telah diluluskan oleh Jabatan Mineral Dan Geo-Sains (JMG) pada ketika itu.

Namun Jabatan Alam Sekitar (JAS), dalam laporan awalnya, tidak menyokong pembinaan projek itu atas alasan yang tidak disebutkan.

Beliau turut mendedahkan suatu minit mesyuarat MPS yang jelas membuktikan Kebenaran Merancang kondominium 29 tingkat itu dikeluarkan dalam mesyuarat tersebut.

Projek yang dimajukan oleh syarikat pemaju, Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves dianggap sebagai sensitif memandangkan kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu untuk beribadat.

Ronnie juga memberitahu hari ini pertukaran Zainal ke jabatan yang masih belum diketahui itu akan berkuat kuasa Jumaat ini.

"Hari ini adalah hari terakhir Zainal di MPS sebab esok cuti umum dan saya akan bercakap dengan dia nanti, apa pun saya anggap ini tindakan tidak adil," ujar beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads