Khamis, 22 November 2012

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Kerajaan Negeri Selangor Beri Sumbangan Sempena Deepavali <b>...</b>

Posted: 10 Nov 2012 12:00 AM PST

12 11 2012

Batu 9, 10 Nov    :    Sempena dengan perayaan Deepavali yang akan disambut oleh penganut hindu beberapa hari lagi, KerajaanNegeri Selangor telah memberikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada masyarakat India di sebuah kuil di Batu 9 Tanjong Karang.

Sebanyak 147 orang masyarakat India di sekitar Tanjong Karang telah menerima sumbangan tersebut yang disampaikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Di dalam ucapannya, Yang Dipertua PAS (YDP) Tanjong Karang itu menghargai sokongan daripada masyarakat India kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada tahun 2008 yang lalu dan mengharapkan mereka terus memberikan sokongan kepada PR dalam PRU akan datang.

Hadir sama ialah Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Mohd Faizal Mohd Barja dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Sungai Tengi Kiri, Haji Roslan Basri

Sementara itu di Parit Empat seramai 123 orang masyarakat India turut menerima sumbangan yang sama yang diadakan di Balai Raya Parit Empat pada waktu paginya yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Parit Empar, Esa Ramli, yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Tanjong Karang.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads