Jumaat, 15 Mac 2013

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


AIDC » Khalid Jaafar, Calon PKR <b>Hulu Selangor</b> Beri Petunjuk Baru

Posted: 26 Feb 2013 12:28 AM PST

AIDCNews – 26/02/13 – Khalid Jaafar, Pengarah badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim, IKD (Institut Kajian Dasar) dicalonkan menjadi bertanding di parlimen Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengumuman nama Khalid dibuat oleh Anwar Ibrahim sendiri.

"Saudara Khalid Jaafar ini lama dengan saya. Dia dulu adalah wartawan di Berita Harian. Kemudian jadi Setiausaha Akhbar saya sejak saya jadi menteri.

"Jadi saya tengok, untuk kita tonjol seorang tokoh di sini. Jadi saya bincang dengan kawan-kawan, supaya dia jadi calon di Parlimen Hulu Selangor," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 200 orang hadirin.

Khalid yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dijangka akan berdepan dengan penyandang kerusi tersebut, P Kamalanathan dari Barisan Nasional (BN).

Menurut Anwar, beliau amat memahami pemikiran Khalid yang disokongnya sebagai seorang yang layak bertanding di kawasan parlimen itu.

Khalid bersama badan pemikir Anwar, IKD sering disebut-sebut sebagai 'pelaksana' agenda Islam Liberal di Malaysia.

Pada Pilihanraya Umum ke-12, Khalid pernah bertanding di parlimen Bukit Katil, Melaka, namun tewas di tangan calon BN.

Pemindahan Khalid ke Selangor memberikan satu petunjuk baru bahawa 'orang-orang kepercayaan Anwar' hampir kesemuanya bakal dikerah berkumpul di negeri itu.

Ini mengukuhkan lagi desas desus sebelum ini bahawa Anwar sendiri bakal berpindah dari Permatang Pauh ke mana-mana parlimen di Selangor yang jumlah pengundinya hampir setara antara Melayu dan bukan Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads