Jumaat, 15 Mac 2013

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


Episod 2007 kembali gegarkan <b>Ijok di</b> PRU 13? : The Selangor Times

Posted: 22 Oct 2012 01:53 AM PDT

Episod 2007 kembali gegarkan Ijok di PRU 13?

KUALA LUMPUR , OKT 22 : Episod pilihanraya kecil Ijok pada 2007 dijangka bakal kembali mengegarkan arena politik negara pada Pilihanraya Umum ke – 13 nanti yang bakal menemukan pertarungan antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan bekas Calon MIC ketika itu  K. R. Parthiban .

Pada PRU 2008 Khalid Ibrahim menewaskan calon BN , Datuk Mohamad Sayuti dari UMNO dengan majoriti 1, 850 undi. Pada PRU 2008 , MIC tidak bertanding di DUN Ijok dan  membuat keputusan untuk bertanding DUN Bukit Melawati dan penyandang DUN Ijok ketika itu K. R. Parthiban kalah kepada calon PKR M.P.Muthiah dengan majoriti yang nipis, 297 undi.

Selepas PRU 2008, pucuk pimpinan BN telah membuat keputusan untuk menyerahkan semula DUN Ijok kepada MIC dan Parthiban yang lebih dikenali sebagai "Cikgu Parthiban"telah dilantik sebagai Penyelaras DUN BN untuk kawasan Ijok.

MIC yakin dapat merampas semula DUN Ijok sepertimana yang berlaku pada pilihanraya kecil  pada 2007 sehingga mengegarkan arena politik negara. Agak sukar untuk melupakan detik – detik mencemaskan pilihanraya kecil Ijok yang menyaksikan pertembungan antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Parthiban ketika itu dimana BN berjaya menang dengan majoriti 1, 850 dalam satu pertarungan yang cukup sengit dalam sejarah politik negara.

Berdasarkan stastik terkini DUN Ijok mempunyai seramai 17, 840 pengundi dimana seramai 8, 813 pengundi melayu, 5,950 India dan 3,032 Cina.

Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka akan bertandung semula mempertahankan DUN Ijok pada PRU 13 manakala Parthiban yang juga Setiausaha MIC Selangor dikatakan hampir pasti akan dicalonkan di Ijok .

Para pemerhati politik meramalkan akan wujud satu pertandingan yang sengit dan cukup mencabar sekiranya wujud pertembungan antara Khalid dan Parthiban kerana masing – masing pernah bertarung antara satu sama lain pada 2007.

Walaupun Khalid Ibrahim dikatakan memiliki "kelebihan" politik diatas kertas disebabkan pengaruhnya sebagai Menteri Besar Selangor tetapi para pemerhati politik berpandangan landskap politik Selangor sukar diramal ketika ini disebabkan beberapa isu –isu politik semasa yang melanda negeri itu ketika ini.

Parthiban pula dikatakan mendapat sokongan yang "menyakinkan" daripada pengundi kerana kawasan Ijok tidak asing baginya selepas menjadi ADUN Ijok walaupun untuk jangka masa yang pendek. Sebagai Penyelaras BN Ijok, beliau juga dikatakan amat aktif  turun padang untuk menangani permasalahan rakyat setiap hari.

TMT juga difahamkan , Parthiban yang Ahli Jawatankuasa pusat MIC mempunyai hubungan yang rapat dan mesra dikalangan penduduk Ijok dari semua  kaum dan agama serta mudah didekati pada bila – bila masa.

" Barisan Nasional yakin dapat merampas semula DUN Ijok dan semangat perjuangan ini akan terus membara sehingga kita  dapat mendakap kemenangan dan merampas semula negeri Selangor pada PRU 13", kata Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamad kepada TMT ketika dihubungi hari ini.

KEPUTUSAN PILIHANRAYA LEPAS :

Tags: ,

Category: Bahasa Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads