Jumaat, 15 Mac 2013

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Pelajar Bukan Islam Belajar <b>Di</b> Sekolah Agama Dapat Perhatian <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2013 12:52 AM PST

1 02 2013

62309_506049249433371_955408050_nBatu 11, 31 Jan    :    Seorang pelajar cina, Lim Jia Piau Edward,  10 tahun dan bersekolah di darjah empat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRKJ(C)  Tanjong Karang  yang telah dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Seri Desa Tanjong Karang sejak tahun lalu telah mendapat perhatian daripada Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang itu telah turun sendiri ke sekolah berkenaan untuk bertemu sendiri dengan pelajar tersebut yang kini sedang belajar di darjah 2.

Saya rasa jarang, orang bukan beragama Islam, dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di SRA untuk mendalami matapelajaran Islam. Saya terharu dengan keberanian ibubapa pelajar tersebut yang berani menghantar anak mereka untuk belajar di sekolah berkenaan, katanya lagi.

Sepanjang saya bertugas sebagai pendidik sebelum bersara lebih setahun yang lalu, belum pernah orang bukan Islam dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di sekolah agama. Semoga dengan ini, Allah akan membukakan hidayah kepada kedua ibubapanya untuk memeluk agama Islam satu hari ini, katanya lagi yang juga merupakan bekas 321350_506047229433573_1283537740_nGuru Besar di SRA Bukit Belimbing dan telah bersara pada tahun 2011.

Saya telah menyemak sendiri bacaan fatihah dan doa-doa yang telah dihafal dan beliau dapat membaca dengan baik sebagaimana pelajar-pelajar beragama Islam yang lain, katanya lagi.

Sewaktu ditemui, bapanya Lim Bun Siang dan ibunya, Gan Huey Teng, yang mempunyai perniagaan sendiri di Tanjong Karang, mengakui memang berhasrat untuk menghantar sendiri anaknya untuk belajar di sekolah agama supaya anaknya itu dapat menguasai Bahasa Arab dan Jawi serta matapelajaran lain dengan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads