Selasa, 2 April 2013

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


pelaburan tertinggi <b>di</b> selangor, adun <b>batang kali</b> bohong

Posted: 24 Mar 2013 06:30 PM PDT

TIADA PROJEK INDUSTRI TARIK DIRI KERANA MASALAH AIR DI SELANGOR
Pusat Pelaburan Negeri Selangor atau SSIC yang menjadi pusat sehenti bagi pelaburan tempatan dan asing ke Negeri Selangor menolak kenyataan bahawa terdapat projek industri yang menarik diri dari Selangor ekoran masalah air seperti yang didakwa ADUN Batang Kali, Datuk Isa Abu Kassim.
SSIC juga melaporkan Negeri Selangor terus kekal sebagai destinasi pelaburan utama di negara ini dengan mencatatkan jumlah pelaburan keseluruhan melebihi RM11.7 bilion sepanjang 2012dengan 252 projek perkilangan yang diluluskan iaitu sebanyak 28.5% daripada jumlah nilai pelaburan di Malaysia
Dakwaan ADUN Batang Kali itu jelas mahu mencemar nama baik Negeri Selangor dan seluruh kakitangan awam negeri ini yang bekerja keras bagi memastikan Selangor kekal sebagai destinasi pelaburan nombor satu di Malaysia.
Saya juga telah mendapat laporan dari semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan kedudukan permohonan kebenaran merancang di setiap PBT. Setakat ini hanya terdapat satu projek di Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) yang masih tertangguh mendapat perakuan dari Syabas atas alasan kekhuatiran tidak mencukupi air jika projek tersebut dilaksanakan. Saya telah meminta MPAJ membawa perkara tersebut ke Penyelia Jawatan Kuasa Air untuk kajian dan semakan semula.
Manakala semua PBT yang lain mengesahkan bahawa tidak terdapat sebarang projek pembangunan samada projek industi mahupun perumahan yang ditolak atau masih tertangguh akibat dari kekurangan air.
Saya ingin tegaskan perakuan yang melibatkan SYABAS bagi mendapat Kebenaran Merancang sesuatu projek pembangunan terbahagi kepada dua kategori iaitu memastikan sistem perpaipan yang terancang, mematuhi spesifikasi serta bersambung dengan paip utama SYABAS dan kecukupan air bagi menampung keperluan penduduk yang akan menghuni projek tersebut.
Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa perakuan dari SYABAS hanya perlu diperolehi dalam hal-hal melibatkan teknikal. Contohnya, jika sistem perpaipan bagi sesuatu projek itu tidak menepati syarat spesifikasi, SYABAS boleh menangguh atau tidak memberi perakuan sehingga syarat-syarat dipenuhi.
SYABAS walau bagaimanapun TIDAK mempunyai kuasa untuk menahan sebarang permohonan merancang dalam kategori kedua - iaitu samada air mencukupi ataupun tidak. Justeru itu, perakuan dari Syabas dalam kategori kedua ini tidak diperlukan dalam mendapat kebenaran merancang. Tanggungjawab menentukan kecukupan air terletak kepada Penyelia Jawatankuasa Pemantau Air Negeri Selangor yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato'  Mohamed Khusrin bin Munawi.
Kerajaan Negeri dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang lalu mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya memantau permohonan Kebenaran Merancang yang cuba ditangguhkan oleh SYABAS dengan alasan ketidakcukupan air dan merujuk perkara tersebut kepada Pegawai Penyelia Air Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri juga akan mengadakan perjumpaan dengan semua pemaju projek yang dikatakan menerima kesan akibat tindakan SYABAS menahan projek mereka daripada dilaksanakan.
Saya suka mengulangi, berdasarkan statistik terkini yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi 2012,  Negeri Selangor mencatatkan jumlah bilangan projek yang tertinggi dengan 252 projek iaitu sebanyak 31% daripada keseluruhan projek yang diluluskan di Malaysia, merangkumi 156 projek baharu dengan nilai pelaburan berjumlah RM 8,144,722,179 dan sebanyak 96 projek pembesaran dan pelbagai dengan nilai pelaburan berjumlah RM 3,590,095,756
Dengan statistik ini, saya menjemput YB Isa menyatakan dengan tepat industri-industri serta nama-nama syarikat yang dikatakan telah menarik diri dari melabur di Selangor akibat birokrasi kerajaan negeri dan permasalahan pembekalan air. Negeri Selangor menghormati dan sentiasa merai peranan wakil rakyat dari pembangkang sebagai check and balance bagi tujuan penambahbaikan pentadbiran negeri tetapi ia perlu dilakukan secara professional dan bertanggungjawab bukannya cakap-cakap kosong tanpa fakta jelas.
Saya sebenarnya tidak mengharapkan Isa untuk berperanan dalam membantu menarik para pelabur ke negeri Selangor. Namun demikian selaku pemimpin masyarakat di negeri ini, saya tidak menyangka Isa boleh sanggup memburuk-burukkan negeri Selangor dengan tujuan menakut-nakutkan pelabur dari melabur ke negeri ini.
Saya juga berharap, pada masa akan datang pihak media dapat membuat sedikit kajian terlebih dahulu dengan meminta individu atau kumpulan tertentu menyatakan fakta dan statistik terhadap dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap kerajaan negeri sebelum membuat laporan.
YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads