Selasa, 2 April 2013

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di jeram</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Mar 2013 07:46 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Fuh Gila! Lelaki Ini Berjalan Cuma <b>Di</b> Atas Tali Melintasi <b>Jeram</b> Dalam

Posted: 18 Mar 2013 10:04 AM PDT

Posted by Al-Azrul Zakuan Tuesday, 19 March 2013
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Fuh Gila! Lelaki Ini Berjalan Cuma Di Atas Tali Melintasi Jeram Dalam | Pelagak ngeri, Nik Wallenda menjadi orang pertama berjalan di atas tali menyeberangi Jeram Niagara yang memisahkan Amerika Syarikat dan Kanada sejauh 548.64 meter.

"Saya sungguh gembira," katanya kepada wartawan selepas menamatkan aksi merbahaya itu di hadapan 112,000 penonton yang berkumpul di kedua-dua belah sempadan berkenaan.

Wallenda, 33, berjalan dalam cuaca cerah di atas kabel tergantung setinggi 60 meter di tebing Jeram Niagara yang belum pernah dilalui sebelum ini.

Dia mengambil masa 25 minit untuk melintasi air terjun terbesar di rantau Amerika Utara itu.

Disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen AS, ABC, percubaan Wallenda ditonton oleh berjuta-juta orang di kaca televisyen.

Wallenda merupakan ahli generasi ketujuh keluarga pelagak ngeri terkenal, Flying Wallendas. - Agensi

Baca Lagi Artikel Berkaitan : Fuh Gila

FUH.MY | MENCETUS FENOMENA

Tajuk : Fuh Gila! Lelaki Ini Berjalan Cuma Di Atas Tali Melintasi Jeram Dalam
Ditulis oleh Al-Azrul Zakuan
Rating Blog 5 dari 5

Terima kasih sudi membaca artikel ini. Anda digalakkan untuk copy artikel ini dengan syarat mohon nyatakan sumber dan backlink kan ke entry ini. http://www.fuh.my/2013/03/fuh-gila-lelaki-ini-berjalan-cuma-di.html

<b>Jeram</b> Tok Janggut Kampung Gapis, Nyalas Berpotensi Untuk

Posted: 21 Mar 2013 07:13 PM PDT

Lokasi Jeram Tok Janggut terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Batang Melaka turut dilingkungi pemandangan hijau dan kawasan pertanian seperti tanaman getah
Jeram Tok Janggut mempunyai pemandangan lestari dan air terjun yang cantik serta berpotensi dimajukan sebagai lokasi ekopelancongan menarik di Daerah Jasin
 Aliran air yang terdapat di Jeram Tok Janggut
Jeram Tok Janggut mempunyai keistimewaan tersendiri yang pasti menambat hati pengunjung serta berpotensi dijadikan aktiviti perkhemahan, aktiviti lasak dan 'jungle tracking'
 

Jeram Tok Janggut terletak di Kampung Gapis, Nyalas di sini yang mempunyai pemandangan lestari dan air terjun yang cantik berpotensi dimajukan sebagai lokasi ekopelancongan yang menarik di daerah ini.

          Selain terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Batang Melaka serta mempunyai keindahan alam semula jadinya, Jeram Tok Janggut turut mempunyai keistimewaan kerana dilingkungi pemandangan hijau dan kawasan pertanian seperti tanaman getah, durian, rambutan sebagainya.

          Di samping itu, Jeram Tok janggut mempunyai tarikan tersendiri untuk dimajukan kerana mempunyai jaringan jalan raya yang baik dan terletak kira-kira 3 kilometer (KM) dari Pekan Nyalas serta 25 km daripada Bandar Jasin.

          Jeram Tok Janggut yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Batang Melaka mempunyai keistimewaan tersendiri yang pasti menambat hati pengunjung serta berpotensi dijadikan aktiviti perkhemahan, aktiviti lasak dan 'jungle tracking'.

          Selain itu, jika lokasi ini menjadi salah satu produk pelancongan baru serta aktiviti pelancongan berbeza dalam daerah Jasin, ianya dilihat dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri khususnya dan Daerah Jasin amnya.

          Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) melalui Setiausahanya, Ainu Nizla Kasman; Ahli Majlis kawasan, Norman Rusdi serta wakil daripada Pejabat Tanah dan Daerah dan Belia Kampung Gapis telah mengadakan lawatan untuk mengenal pasti potensi yang ada di kawasan tersebut bagi membangunkannya dan kawasan sekitarnya.

         Dalam pada itu, MPJ berharap agar pihak-pihak tertentu terutamanya Kementerian Pelancongan membantu ke arah memajukan Jeram Tok Janggut ini sebagai salah satu destinasi pelancongan di negeri ini.

Warigh N9: Buku bertajuk Agenda DUN <b>Jeram</b> Padang <b>di</b> terbit.

Posted: 15 Feb 2013 06:56 PM PST


JEMPOL - Sebanyak RM800,000 telah diperuntukkan untuk mengatasi beberapa masalah rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk V. S. Mogan berkata, peruntukan itu telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membuat lawatan ke daerah Jempol pada Januari lalu.

Beliau yang juga Ahli Exco kerajaan negeri berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM500,000 telah diperuntukkan untuk membina tebing bagi mengatasi masalah tanah runtuh di Sungai Muar berhampiran pekan lama Rompin, dekat sini.

"Masalah ini telah berlarutan hampir dua tahun menyebabkan penduduk mulai bimbang keselamatan mereka. Tebing itu akan dibina menggunakan konkrit dan ia akan dijalankan pada bulan Mac ini," katanya ketika ditemui kelmarin.

Menurutnya, terdapat 10 unit rumah kedai berhampiran kawasan itu yang jaraknya hanya lebih kurang tiga meter sahaja dari tebing berkenaan.

"Tanah di tepi sungai itu semakin terhakis akibat musim hujan dan kita bimbang dengan kedudukan bangunan kedai tersebut. Saya amat berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana membantu penduduk menyelesaikan masalah ini," ujarnya.

Mogan menjelaskan, sebanyak RM300,000 akan digunakan untuk membina pembentung dan meluruskan laluan air sungai di Taman Saujana, dekat sini.

"Laluan lama telah dibina pada tahun 2005 yang tidak sistematik lagi. Jadi kita akan luruskan laluan ini dan ia akan dijalankan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau menambah, peruntukan untuk kawasan itu bertambah setiap tahun dengan RM96,750 pada 2008 meningkat kepada RM203,790 pada (2009, RM331,580 (2010), RM342,650 (2011) dan RM367,000 pada tahun lalu.

Katanya, pihaknya akan melancarkan sebuah buku yang bertajuk Agenda DUN Jeram Padang untuk diedarkan kepada penduduk dalam jangka masa terdekat.

"Buku ini dilancarkan untuk memaklumkan kepada penduduk mengenai pembangunan di kawasan ini sepanjang saya berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan mereka.

"Buku 24 muka surat ini mengandungi gambar dan maklumat tentang pencapaian DUN dari tahun 2008 sehingga 2012. Kita mahu penduduk tahu bahawa segala janji yang saya lafazkan telah ditunaikan dan ia bukanlah sekadar janji kosong," ujarnya.

Beliau memberitahu, pihaknya sentiasa mengambil berat soal kebajikan rakyat dan memberi perhatian serius terhadap amalan mendengar masalah rakyat.

Malah menerusi program MyKasih, katanya, seramai 362 orang telah menerima bantuan barang keperluan bernilai RM80 setiap seorang yang diberi pada setiap bulan bagi tempoh satu tahun.

Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads