Selasa, 2 April 2013

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


480 Rumah Mampu Milik Dibina <b>Di Sabak Bernam</b>

Posted: 26 Mar 2013 02:04 AM PDT

SABAK BERNAM 26 MAC : Sebanyak 480 Rumah Mampu Milik (RMM) akan dibangunkan di Panchang Bedena di sini dengan harga di bawah RM100,000 sebuah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek di tanah seluas kira-kira 25 ekar itu akan melibatkan kos pembangunan kasar kira-kira RM85 juta.

Ia akan dibangunkan sepenuhnya oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

"Pembangunan di Sabak Bernam adalah penting bagi memastikan golongan muda terus menetap dan memperolehi peluang pekerjaan di kawasan ini dengan kita juga ingin membangunkan ekonomi anak muda di kawasan ini.

"Pembangunan menyeluruh diharap dapat dilaksanakan segera dan dirangka dengan betul dan dijadikan projek contoh di kawasan Sabak Bernam," kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pecah Tanah Pembangunan Perumahan Bercampur dan Pusat Rehat dan Rawat (R & R) Ladang Air Manis Panchang Bedena di sini.

Projek perumahan berkualiti pada harga yang munasabah ini dibangunkan bersama dengan pembangunan kawasan perumahan bercampur dan komersil serta kemudahan kawasan rehat dan rawat ( R & R) yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Datuk Ahmad Omar berkata, projek pembangunan bercampur itu dirancang untuk membangunkan rumah teres dua tingkat kos sederhana.

Manakala rumah kos sederhana rendah dan rumah kos rendah akan dibangunkan berkonsepkan 'townhouse' termasuk pembinaan kedai pejabat tiga tingkat dan lot komersil.

"Kemudahan lain adalah pembinaan Pusat Rehat Dan Rawat (R & R) dan stesyen minyak bagi memudahkan pengguna jalan utama yang melewati kawasan ini disamping memberikan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk setempat," katanya.

Turut hadir dalam majlis itu Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan Pegawai Daerah Sabak Bernam, Zailani Kadir.

Pendapat Anda

Pendapat

Gambar Seram <b>Di Sabak Bernam</b> | Lensa Blogger

Posted: 15 Feb 2013 05:39 PM PST

Setepang di Sabak Bernam, eh bukan petanglah! semalaman di sabak Bernam. Nampak tenang je pekan tu tak ada kecoh-kecoh. Suasana suram kegelapan malam sepanjang perjalanan ke sana dapat kami rakamkan dari dalam kereta.

Melintas sahaja sempadan negeri Perak dan Selangor hati mula bimbang kerana gelap dan sunyinya perjalanan kerana amat kurang kenderaan di jalan raya ketika tu.

Tidak nampak tiang dan cahaya lampu semasa kami mengambil gambar yang penuh misteri ini.  Gelap gelita, sebab….

Kami ambil gambar bulan…

Namun suasana tiba-tiba bertukar menjadi terang benderang dengan cahaya yang berkilau kemilau… entah dari mana datangnya.  Kenderaan masih tak ada sama ada di belakang atau di depan kami.  Tetiba kereta berhenti berhampiran di sebuah rumah kosong yang tak berpenghuni.

Seram jugak… maklumlah rumah kosong…, usang pulak tu…

Tapi… Ohh rupa-rupanya kaki tertekan padel brake sebab sahabat kat kereta di belakang call ada urusan penting, kerana jam dah pukul 9 malam.  Kebetulan di sebelah kanan ada sebuah masjid besar dan dia minta kami singgah di situ.

Maaflah kalau dah baca sampai ke sini… sebenarnya gambar dan cerita ni tak ada kaitan dengan cerita seram atau kemelut huru hara di mana-mana.  Cuma nak bagi tau kami ada ambil gambar-gambar menarik, di Sabak Bernam antaranya gambar Masjid Jamek Sabak Bernam ni…. tu je…

Jemputan Perkawinan Blogger <b>Di Sabak Bernam</b> - Tertunailah <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2013 08:00 PM PDT

Assalammualaikum  
Kadang-kadang rajin gak geng blogger pangkat anak-anak akak ajar gi jemputan majlis perkawinan mereka.  Kalau kebetulan tak ke mana-mana dan suami/anak rajin nak gi ..insyallah akak akan sampai.  Kalau ada hal lain minta maaflah.
Awin memang dah lama jemput akak sejak sebulan lebih hantar kad.  Kami ni jarang gi ke majlis perkawinan belah Sabak Bernam Selangor sebab tak ada lagi saudara mara, sepupu papat yang berkawin dengan orang belah sini.
Kat sinilah baru pertama kali akak jumpa kueh lemper dan kueh cam wajid ni..tak taulah kat situ mereka panggil apa -kueh tradisional Jawa yang sangat sedap
Akak sampai agak lambat kerna gerak dari umah kul 12.00...tak tau sangat jalan ke sini..ikut map kat kad ajer..dekat pukul 2.00 baru sampai....pengantin dah selamat bersanding
 Tahniah buat kedua pengantin..semuga berbahagia selamanya
Terima kasih buat suami dan anak-anak nak ikut ke sini..kalau akak drive sorang..memang tak jumpa rumah pengantin.  Suka tenguk pemandangan kampung camni..tak sesak fikiran..tenang ajer jiwa bila di sini.

Balik sempat singgah kat Warung Soto Pasir Penambang  beli soto special dan pecal sebab malas nak masak dengan alasan penat jalan jejauhuntuk makan malam..ala sekali sekali tak apa kannnnnnnnnn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads