Sabtu, 1 Jun 2013

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Kenali Calon PAS P095 Tanjong Karang - PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 20 Apr 2013 11:22 AM PDT

Latar Belakanggambar 04

Berusia 49 tahun, Dr Mohamad Rashdi Deraman, dilahirkan di Machang, Kelantan pada 17hb Mac 1964. Beliau merupakan anak 5 daripada lapan orang adik beradik yang terdiri dari  lima lelaki dan tiga perempuan. Bapanya, Deraman Haji Salleh adalah merupakan seorang petani, manakala ibunya, Selamah Ali adalah merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Labok, Machang pada tahun 1970 sehingga tahun 1976, beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Abd Samad, Pulai Chondong, Kelantan pada tahyn 1977 sehingga tahun 1982.

Beliau kemudian memasuki Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) Kuala Lumpur dalam bidang Bahasa pada tahun 1986, dan berjaya memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1989.  Kerana cintakan ilmu pengetahuan, beliau sekali lagi telah melanjutkan pelajarannya di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, Medan, Indonesia dalam bidang Kaunseling Islam pada tahun 2006 dan telah 051020111130mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan pada tahun 2008.

Rumahtangga

Dikenali dengan panggilan mesra dikalangan rakan-rakan sebagai Cikgu Rashdi, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang pendidik, Ustazah Siti Alpiah Binti Kayun. Hasil perkongsian hidupnya, beliau kini telah dikurniakan seramai  tiga orang cahayamata yang terdiri dari dua lelaki dan seorang perempuan.

Kerjaya

Memulakan kerjaya sebagai seorang wartawan Mingguan Politik pada tahun 1986, Cikgu Rashdi telah memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan (SK) Petaling, Kuala Lumpur sebelum berpindah  di SK Batu 9 Jalan Bomba pada tahun 1990 sehingga tahun 2000. IMG_0374

Sebaik sahaja melepaskan jawatan sebagai seorang pendidik, beliau telah dilantik sebagai Pengurus Operasi di Pupuk Nilai Murni, Kelantan pada tahun 2005 dan pada tahun 2006 beliau telah dilantik sebagai Pengurus Operasi Akademi Keluarga Bahagia Kelantan.

Selepas daripada itu, akibat daripada tekanan politik beliau telah dipindahkan di beberapa buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) (SRJK)(C) Kuala Kubu Bharu, kemudian ke SRJK(Tamil)Batang Berjuntai. Beliau kemudiannya telah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai seorang pendidik pada tahun 2004 di SK Sungai Terap Tanjong Karang.

Mula Bergiat Aktif Dalam Parti

Dalam bidang politik pula, beliau mula diberikan peranan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Machang Kelantan pada tahun 1985. Manakala pada tahun 1986 beliau telah diamanahkan sebagai Ketua DPP Kawasan Petaling Jaya pada tahun 1986. Dan pada tahun 1988 beliau turut diamanahkan seagai AJK DPP Negeri Selangor.

IMG_4260Pada tahun 1999 pula beliau telah diamanahkan sebagai Ketua DPP Kawasan Tanjong Karang sehingga tahun 2003. Beliau kemudian telah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan pada tahun 2003 sehingga tahun 2004.

Beliau sekali lagi telah dilantik sebagai AJK PAS Kawasan Tanjong Karang pada tahun 2008 sebelum diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang pada tahun 2009 sehingga tahun 2010. Dalam pada masa yang sama beliau turut diamanahkan sebagai Pengerusi Lajnah Cawangan dan Keahlian Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) Selangor.

Manakala pada tahun 2011 beliau telah diamanahkan pula sebagai Timbalan YDP PAS Tanjong Karang dan beliau memegang jawatan tersebut sehingga sekarang.

Semasa di Kelantan, beliau turut pernah diamanahkan sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Machang, KelDSC_7899antan bagi sesi 2009 / 2008.

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Negeri Selangor pada tahun 2008, beliau telah diamanahkan sebagai Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong dan memegang amanah tersebut sehingga pada tahun 2012.

Aktiviti Masyarakat

Selepas itu beliau banyak menumpukan kepada kerja-kerja dakwah apabila dilantik sebagai Pengerusi Akademi Daie Malaysia (ADAM) sehingga sekarang selain turut memainkan peranan sebagai seorang pendidik di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Khalifah Abd Khalip yang terletak di Parit Ban 4 ½ .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads