Sabtu, 28 September 2013

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Kemalangan Ngeri Ragut Nyawa 4 Beranak <b>Di Bangi</b> | ! Erti <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2013 06:20 PM PDT


Kemalangan ngeri diteras jernang yang berlaku pagi semalam telah meragut nyawa seorang emak bersama dengan 3 anaknya..apa yang menyedihkan ialah mangsa kemalangan merupakan isteri kepada Ustaz yang pernah mengajar gua masa sekolah rendah dulu di SMKBBB =(

Ustazah Rohaya merupakan ustazah di sek jalan 2 Bandar Baru Bangi menaiki kancil terlibat dalam kemalagan ngeri dengan lori di kawasan teras jernang bangi lama pagi semalam . Isteri dan 3 anaknya meninggal dunia. Satu masih dirawat dihospital, mengikut sumber lain isteri sedang mengandung anak ke 8.

Difahamkan, ketika kejadian Ustazah Rohaya yang memandu Perodua Kancil bersama empat anaknya itu dalam perjalanan dari Bangi ke Kajang dipercayai mahu menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh di Teras Jernang, sebelum terbabas dan melanggar lori dari arah bertentangan.

Tiga anaknya, Nur Nabila Al-Huda, 9, Nur Nabila Al-Hanan, 7, Muhammad Nabil Lutfi Al-Hadif, 1. Rohaya dan tiga anaknya itu maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi anaknya, Muhammad Nabil Lutfan Al-Husni, 3, parah dan kini masih dirawat di Hospital Kajang.


Gua dapat berita pun melalui kawan sekolah rendah dulu...,hurm...,

Ya Allah tenangnya ustaz taufiq menunaikan solat terakhir buat isteri dan anak-anaknya..,begitu tabah dan kuat jiwa Ustaz menghadapi dugaan semua ini.., sayu je hati tengok wajah uztas bersama anaknya berbaju kuning
Gambar kenangan Ustaz taufiq bersama dengan Isteri dan anak-anaknya...

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada untuk Isteri dan anak-anaknya...


p/s : walaupun mungkin ustaz tak ingat saya lagi tapi saya sebagai anak murid tetap ingat ustaz yang sporting..

myfamily: Kedai Kecil <b>di Bangi</b> Gateway

Posted: 17 Sep 2013 07:55 AM PDT

Shopping kompleks Bangi Gateway....di sebelah kiri Stadium
Seksyen 15 BBBangi berhampiran roundabout Tol BBBangi
hampir siap dibina.....Arked Fashionista sudahpun memulakan
perniagaannya di sini...perasmianya pada Ahad 15 Sept 2013
mama nekad sungguh menyewa satu kedai kecil di sini
di no A19....mama dan ayah melabur sebagai platform
untuk anak2 mencebur diri dalam perniagaan...
meramaikan jumlah golongan peniaga Muslim...InsyaaAllah....
Ni keadaannya sebelum barang2 dibawa masuk....
Lot kedai kecil berukuran 12 x 10 kaki.....
perlu bantuan ayah untuk renovation kecil.....
dan bantuan anak2 untuk mengangkut pakaian.....
Alhamdulillah akhirnya pada hari pertama....
Terimakasih kepada kawan2 dari Grup Usrah 
Ustazah Busra yg datang berkunjung .......
Penulis novel Dina Najat @ Jie pun datang...siap
membeli sehelai baju....terimakasih...

Rupanya jiran sebelah kedai kecil mama ni
jiran makcik Jie.....Alhamdulillah bertambah kawan...
Lailatul Hani  H & H Muslimah.....

Za...Hus...Na....gabungan nama Zaharah, Nazhiratul
Husna  dan Nabihah Raihanah .....
Beli banyak dapat diskaun lagi......
Koleksi Haji dan Umrah... ada warna coklat, Grey, hitam dan putih..
.sangat selesa dipakai pada bila2 masa.....

Koleksi kanak2 dan untuk suami isteri.....

Koleksi Hilyah dan Aqeela terkini....
Sempena pembukaan kedai kecil ni kami nak bagi 
diskaun terbest kpd pengunjung yang sudi datang....
Koleksi terpilih diskaun 30%....
 Koleksi minijubah dan jubah Aqeela pun ada

Tudung labuh pun ada dijual di sini cuma tak boleh display
sebab mama pilih untuk display Tshirt Muslimah....


Sambil menanti pelanggan walk-in mama
melayan dan mencatat order secara on-line juga...
http://tudungannur-zatajul.blogspot.com/

"Pembantu kedai 2 hari" sedang berehat.....
mujurlah Arsyad cuti panjang.....kerja lebih masa 
tolong mengangkut baju2 yang banyak nihh... 
Alhamdulillah Arsyad ni yang rajin tolong mama....
tak banyak merungut....mama belanja Nasi goreng Sate
Secret recepi.....dan popcorn...dan Gula2 Kapas...
dan Asam Boii...dan susu Coklat...dan.....dan...alahaii...

Pengunjung sedang dihiburkan oleh Ainan Tasneem
penuh sesak...tak nampak kelibat mana rupa orangnya
dengar dari jauh jer dia nyanyi.....owwwhhhh budak yg 

Ramai yang datang kerana nak melihat Irma Syahmie... 
pengacara TV AlHijrah...yg datang bersama ibu 
dan anaknya..juga suaminya...owhh suaminya jadi duta
pakaian lelaki brand AlFitra......ada kedai di sini

Pertandingan untuk kanak2....Sciences explore
Ada juga pertandingan azan dan persembahan marhaban
ehh macam makcik Balkisy jer tu kan.....

Ramai pengunjung yang datang.....ada yg datang 
dari Kuantan...sebab ziarah anak di UKM....
YaAllah semoga perniagaan ini dapat memberi menafaat
kepada muslimah yang sedang mencari busana mengikut
syariat......permudahkanlah urusan kami...


Raya Ex-felcra 2013 <b>di</b> Ipoh dan <b>Bangi</b> | Paksu Pencen

Posted: 26 Aug 2013 04:52 AM PDT

Sempena bulan Shawal yang mulia ini, ramai diantara kita mengambil kesempatan untuk bertemu mesra dan menjalin hubungan silaturrahim sesama keluarga atau sahabat handai.

Begitulah juga bagi Ex-Felcra yang dulunya sekian lama sama-sama berada dalam satu bumbung pejabat atau sama-sama bertugas dalam satu organisasi telah mengambil inisiatif untuk berkumpul dan bertemu setiap kali tiba Shawal.

Pada 24 Sept.bertempat di Restoran DRC semat Quran yang diuruskan oleh salah seorang rakan Ex-Felcra yang terletak di Chemor, seramai 24 orang yang terdiri dari rakan-rakan ex-felcra dari sekitar Ipoh dan Kedah telah mengambil inisiatif bersantai sambil bercerita hal masing-masing.

Manakala Festa iaitu pertubuhan yang dianggotai oleh bekas kakitangan Felcra pulak telah menganjurkan perjumpaan ini pada Ahad 1 September di Bangi Golf Resort.

Ini adalah antara gambar-gambar yang sempat ana rakamkan dimajlis berkenaan yang dihaziri oleh warga Ex-Felcra di Ipoh dan Bangi.
exfelcra utara-908145345

hidangan nasi arab kambing dr restoran DRC Semat Quran

hidangan nasi arab kambing dr restoran DRC Semat Quran


ex-felcra beraya di Ipoh

Perjumpaan hari raya Festa 2013 di Bangi Golf Resort pada 1 September 2013
festaraya2
Festaraya 1Sept.2013
Raya Festa 2013
Raya Festa 2013
Raya Festa 2013

Seronok dapat berjumpa rakan-rakan ex-felcra dalam majlis sebegini. Kalau dulu kita seronok bila berjumpa dalam majlis resmi atau tugas resmi, begitulah juga perasaannya bila bertemu pada kini. Cuma dulu mungkin kita dibatasi dan terhalang oleh kedudukan pangkat dan jawatan, tapi kini kita bertemu dalam keadaan yang lebih terbuka dan merdeka kerana semuanya kini berjawatan Ex-Felcra.

InsyaaAllah semoga mendapat rahmat dan diberkati akan segala usaha ini sebagaimana kata hadith ini iaitu dari Jubair bin Mut'im meriwayatkan bahawa, beliau mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: "Orang yang memutuskan tali solaturrahim, tidak akan memasuki syurga." (HR Bukhari)

Jom tahun depan kita pakat p ramai-ramai untuk bertemu rakan-rakan ex-felcra se Malaysia nanti. Bon Jour.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads