Sabtu, 28 September 2013

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Mayat wanita kepala berlubang ditemui <b>di Kapar</b> | Kamaluddin&#39;s Blog

Posted: 04 Sep 2013 06:04 AM PDT

- Wednesday: 2013-09-04 21:04:55'.

jenayah5

KLANG – Mayat seorang wanita dengan kesan lubang di atas kepalanya ditemui di sebalik timbunan daun serta atap asbestos di tempat pembuangan sampah di Batu 10 (Kilometer 16), Kapar hari ini.

Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukur Sulong berkata, mangsa berusia lingkungan 20-an dan memakai baju tidur itu ditemui dalam keadaan terlentang.

"Polis percaya mangsa mungkin rakyat asing kerana tiada kesan suntikan BCG pada bahu kirinya. Bagaimanapun siasatan masih dilakukan untuk mengetahui identitinya," katanya ketika ditemui hari ini.

Mohd. Shukur berkata, siasatan pihaknya juga percaya mangsa mati antara tiga hingga empat hari lalu berdasarkan keadaan fizikal dan bau mayat.

Tambah beliau, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran, katanya.

Ibu Ayah Khalis Damia dan Kasih Dania: Sekitar Syawal <b>di Kapar</b> <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2013 09:30 PM PDT

Sabtu, sebelah ayah kakak nak datang. Ayah suh masak nasik jek, buat gulai ketam, goreng sayur, budu, telur masin, ulam petai dan jering, ayam goreng....Makdik sekorga ngan Paklong jek pun datang....tapi boleh tahan gak ramai tuh..he.he... Ibu nih wat keje maklum jek la, sopan santun bagai @ lembab kene le awal2 prepare. bukan ape yang teruk sikit tuh, pinggan mangkuk  bagai sume dlm stor sebab kitorang  2-3 beranak nih jek, keluarkan pinggan setakat yang nak guna jek la. Habis tu, dari pagi le ibu sibuk, ke pasar reramai ngan kakak, kasih dan ayah. sampai umah, punggah stor pulak carik pinggan,  basuh bagai, susun sesiap. Ayah pulak lepas ke pasar terus ke umah lame kitorang kat sri kayan batu tiga tuh pasai nak uruskan moto pakdik yang ayah parking kat situ sekian lame nye, nasib baik tak hilang. Ibu kelam kabut sikit pasai plan nye, petang tuh nak pi school kakak buat rumah terbuka raya.....nak mengejor itu le yg ibu lagi rase panik. Balik takut tah dah kul bape. Ketam yang kitorang beli hidup2 tu, sempat jugak ibu suh ayah "bunuh" dulu sebab ibu nak masak sesiap sebelum ke jamuan raya tuh. Ibu buat jugak puding karamel untuk pembasuh mulut. Kelam kabut betul. Dlm kul 3 camtu dah siap semua, ayam ibu akan goreng mlm, sayur pun....gulai jek masak dulu.

Sekali ayah sampai dalam kul 4 camtu, bawak sepupu kakak, Kak Umairah ngan Alhamrah... Dah camno nak pi jamuan raya, sebab budak berdua tuh tak bawah pulak baju kurung ke apa. Diorang pun pakai track suit jek.....pujuk le kakak, dah ada kawan tuh...pi la mandi kolam ke apa ke.....(Kolam untuk bebudak tuh, takat 3-4 orang boleh le mandi kat depan umah tu). Dengar leh mandi jek, plus dah ada kawan...sonok le kakak. "takpe la ibu, walaupun kakak dah janji nak tunjuk gigi adik kat kwn2 kat school, tapi lain kali le kite pergi ibu"....kakak nih ingat school dia nak ke buat jamuan raya tuh 2 -3 kali..iskkkk ok kan jek la.

Dapat la ibu pun bernafas kejap.....dah tak jadi keluar, boleh releks sikit. Layan gambar le pulak...


Sebarkan Semangat Ramadan Bersama Coca Cola-HotFM <b>di Kapar</b>

Posted: 30 Jul 2013 02:32 AM PDT

Salam..

Last week sebagai warga Kapar, ayahlisa sempat bersama2 penduduk setempat beratur mendapatkan juadah berbuka dari Coca Cola-HotFM..
alhamdulillah rezeki bulan puasa..
saje nak share mangkuk tingkat Coca Cola yang cantik tu..

Terima kasih kepada Abang Zarul yang ingat kat semua penduduk setempat untuk sama2 menyebarkan semangat ramadan dengan pembahagian juadah berbuka ni..
murah rezeki dia..Insha Allah..




satu lagi lauk coca cola-hotFM bagi pajeri nenas..
best sangat lauk dia..
and also tak lupa air coke 1.5 liter..
mamilisa memang tak pernah makan pajeri nenas sejak makan yang tak sedap time skolah asrama dulu..
la ni bila rase balik..nyums sedapnye..hehe..
manela catering yang buat ni..hehe..

okay u olls..tu je..
i olss nak balik masak plak ni..
Selamat Berbuka :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads