12 di klang - Google Blog Search |
Tribunal Rakyat: Ahli Parlimen DAP dedah penipuan undi <b>di Klang</b> <b>...</b> Posted: 18 Sep 2013 09:22 PM PDT SUBANG JAYA, 19 SEPTEMBER: Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago mendedahkan terdapat sebanyak 3,457 nama pemilih berdaftar yang 'dipindahkan' daripada daftar pemilih kawasan Parlimen Klang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pada 5 Mei lalu. Beliau mendedahkan penipuan itu pada Tribunal Rakyat yang ditubuhkan untuk mengenal pasti penyelewengan dan kesalahan yang berlaku sebelum dan ketika proses PRU-13. "Daripada jumlah itu, 2,195 dipercayai dipindahkan dari kawasan Parlimen Klang manakala 1,000 lagi ke kawasan sekitar Selangor dan selebihnya ada yang dipindahkan ke negeri lain termasuk ke Sabah dan Sarawak. "Kira-kira 500 pengundi yang mengundi di Klang pada pilihan raya umum sebelum ini dipindahkan daripada kawasan itu. Ini dianggap sebagai latihan persempadanan yang perlu diluluskan Parlimen pertama tetapi ia tidak pernah berlaku," katanya. Menurut Santiago, nama rakyat Malaysia di luar negara juga terdapat dalam senarai daftar pemilih kali ini walaupun mereka telah tinggal bertahun-tahun lamanya di luar negara. Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor mengakui mereka sedar bahawa seorang Pembantu Pendaftar UMNO dengan nama Hishammuddin Kassim telah mendaftar ramai pengundi yang meragukan tetapi tidak ada tindakan yang diambil untuk membetulkan keadaan. Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Selangor turut menyatakan terdapat 60 pengundi didaftarkan di bawah satu alamat dan telah memaklumkan kepada SPR mengenai perkara ini, namun tidak ada sebarang tindakan diambil. "Apa yang lebih mendukacitakan, dalam satu alamat rumah yang kami temui di Klang iaitu di Jalan Papan sekitar Pandamaran mempunyai 60 pemilih tinggal di alamat rumah yang sama dan pemilik rumah itu juga tidak mengetahui mengenai perkara itu "Saya sudah memaklumkan kepada SPR mengenai penipuan dalam daftar pemilih yang mana 60 pengundi didaftarkan di bawah satu alamat, tapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa mengenai perkara itu kerana kononnya undang-undang tidak membenarkan perubahan daftar pemilih," ujarnya. Beliau turut menyatakan terdapat pegawai memakai jaket polis mengiringi dua rakyat asing di sebuah pusat pengundian Klang ketika hari mengundi. "Pegawai polis terbabit mengiringi dua lelaki warga Indonesia dari Sekolah Teknik Klang. "Pada hari yang sama, warga Klang menghentikan sebuah bas di Pandamaran, tetapi polis campur tangan dan iring bas itu ke sebuah balai polis di Klang. "Kami telah mengambil gambar 18 orang yang berada dalam bas itu dan tidak syak lagi bas itu digunakan untuk mengangkut pengundi hantu di mana seorang daripada mereka (pekerja asing) mempunyai dakwat pada jari telunjuk," tegasnya. Charles Santiago merupakan saksi pertama dalam Tribunal Rakyat inisiatif Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) yang berlangsung mulai semalam sehingga 22 September ini di Empire Hotel, Subang Jaya. Panel tribunal terdiri daripada pakar undang-undang, Profesor Yash Pal Ghai, mantan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Ramlan Surbakti, bekas Pegawai Diplomatik Kementerian Luar Negeri, Datuk Azzat Kamaluddin, bekas Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mavis Puthucheary dan Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia, Reverend Dr Herman Shastri. Manakala, Pengarah Pusat Kecemerlangan untuk Undang-undang Biodiversiti, Universiti Malaya, Profesor Gurdial Singh Nijar bertindak sebagai ketua pasukan guaman tribunal. -Roketkini.com |
Kedahkini: Lagi Tembakan Maut <b>di Klang</b> Posted: 15 Aug 2013 05:58 PM PDT Lelaki maut ditembak ketika minum bersama rakan KLANG: Seorang lelaki yang sedang minum bersama tiga rakannya di sebuah restoran berhampiran sebuah bank di Jalan Besar Kapar di sini, maut selepas ditembak dari jarak kira-kira tiga meter pada jam 2.20 pagi hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Jani Ahmad berkata siasatan awal mendapati mangsa S. Sambhath, 27, dan rakannya dihampiri dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125z. Lokasi Tembak depan bank "Kami hilang tempat bergantung, dia harapan keluarga kami," kata adik kepada S Sambhath, 26, lelaki yang maut selepas ditembak dalam kejadian tembakan terbaru di depan sebuah bank di Jalan Besar Kapar, di sini, awal pagi semalam. Dia yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, abangnya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika kali terakhir mereka bertemu petang kelmarin, namun dia menasihatinya supaya tidak menaiki motosikal kerana bimbang keselamatannya di jalan raya. "Kami sangat rapat kerana hanya dua beradik saja dan kini kami terpaksa memikirkan cara untuk meneruskan perniagaan perkhidmatan sewa lori yang dimilikinya itu sejak lima tahun lalu," katanya sewaktu ditemui, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu, mangsa yang berbual bersama beberapa rakannya ditembak seorang daripada dua lelaki yang datang menaiki Yamaha 125Z merah di hadapan sebuah bank di Jalan Besar Kapar. Sementara itu, rakan mangsa yang juga saksi kejadian berkata, ketika insiden dia bersama mangsa dan beberapa rakan baru keluar dari sebuah bank sebelum terserempak dengan tiga lagi rakan dan berborak di depan bank itu."Ketika rancak berbual, tiba-tiba datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal dan seorang daripadanya turun sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah kami. Bagaimanapun, sebaik tiba dan mendapatkan rawatan kecemasan di Wad Kecemasan hospital berkenaan, mangsa disahkan meninggal dunia. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Jani Ahmad berkata, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori berbual berdekatan sebuah bank bersama beberapa rakannya. "Suspek dipercayai melepaskan tujuh das tembakan ke arah kumpulan berkenaan yang kemudian bertempiaran menyelamatkan diri. "Menurut saksi kejadian, suspek yang memakai jaket gelap dan bertopi keledar berpenutup penuh melepaskan tembakan dari jarak kira-kira tiga meter ke arah mereka secara rambang sebelum melarikan diri," katanya. Jani berkata, mangsa cedera parah akibat terkena tembakan di pipi dan dada serta disahkan meninggal dunia sebaik tiba di HTAR. Katanya, setakat ini, polis masih menyiasat punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala operasi mengesan suspek giat dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat. |
You are subscribed to email updates from di klang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan