12 di morib - Google Blog Search |
Gambar <b>di</b> Gold Coast <b>Morib</b>, Banting - lensapujangga.com Posted: 05 Aug 2013 12:48 AM PDT Dalam 2 hari lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Cuti sekolah yang memakan masa selama 2 minggu amat melegakan hati sekeluarga kerana kedua-duanya bergelar guru. Banyak tempat yang boleh dilawati, tetapi di sini aku nak kongsikan percutian di Gold Coast Morib beberapa bulan lepas. Gold Coast Morib adalah salah satu taman tema yang terdapat di Malaysia. Tidak kira bagi yang bujang ataupun berkeluarga, tempat ini memberi satu ketenangan kerana ia terletak di pesisir pantai. Apa-apapun, aku ada mengambil beberapa keping gambar semasa bercuti di Gold Coast Morib. Pandangan dari dalam bilik Nanti dulu dik, kita tak habis lagi Jadi kepada yang merasakan cutinya panjang, bolehlah berkunjung ke tempat ini. Segala pertanyaan mengenai Gold Coast ada di sediakan. Selamat bercuti & Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan, blogger, cikgu, anak murid dan pembaca yang setia membaca dan menyokong blog ini. Tanpa anda siapalah lensa pujangga di mata kalian. Minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa semasa anda semua membaca blog picisan ini. Di harapkan semoga anda semua selamat sampai di destinasi. Bagi aku, aku dah lama tak menempuh kesesakan kerana ibu dan keluarga mertua berada dalam satu daerah, hanya naik motor kriss sudah sampai ke destinasi untuk beraya. |
Happy Irfa: Hari Bersuka Suka Bersama Keluarga <b>di</b> Gold Coast, <b>Morib</b> Posted: 08 Sep 2013 07:57 PM PDT Kali ke 2 ke Gold Coast, Morib. Penah ke sini dulu KLIK SINI November tahun lepas. Pada awalnya aku tak berminat nak join Family Day ni sebab tarikhnya dekat sangat dengan tarikh kakak nak periksa Upsr (esok). Rasanya bagi ibubapa yang berjauhan dengan anak2, mesti rasa tak sampai hati nak bersuka ria @ makan sedap bila ada anak yang tak dapat join. Kalau makan pun rasa macm tercekik pun ada. Tapi last minute join bila sorang akak committee cakap 'kenapa ko taknak pegi? free je pun. Orang lain berebut nak pegi siap kena cabut undi lagi tapi ko yang dah tentu2 ada bilik, taknak pegi pulak' yolah, den pegi lah ni :). Pagi Sabtu, jam 7.40 pagi kami dah keluar rumah, dalam 1 jam sampai lah ke tempat kejadian Gold Coast Morib tu. Dah ramai yang beratur untuk doofgift dan pek brekfes. Sebenarnya malam tu aku dah kena tanda2 selsema, tapi datang jugaklah sebab kesian kat anak2 terutama si abam. Dalam tak sihat pun sempat jugak join acara sukaneka, berbaloi la aku tersembam atas pasir masa acara kepit bola celah ketiak tu, team kami jadi Juara dan dapat seat tapuware dari Ikea yang banyak biji boleh susun bertingkek-tingkek tu. Pastu dalam diam en abe pun join jugak satu game lepas tu, Juara jugak dan dapat lagi satu set hadiah yang sama. Si abam join sukaneka untuk anak2 pun jadi Juara, dapat set alat tulis. Happy je dia dapat hadiah. Banyak jugak acara tapi aku dah malas, kang asik muka aku je beratur nak main marah dek orang nanti. Lunch buffet yang super mabeles sebab ada kari kambing aku kan penggemar kambing tegar sambil dihiburkan oleh penyanyi Sheeda, terkenal dengan lagu dangdut dulu-dulu dan juga UpinIpin. Budak-budak jadi hilang kawalan bila nampak maskot UpinIpin, sib baik tak roboh pentas tu dikerjakan oleh budak2 termasuk la si abam. Masa duk ralit tengok anak2 duk serbu UpinIpin, aku terpandang seseorang. Rupanya anak blogger Sis Lady@Anie yang kerja dengan UpinIpin. Sempat la aku mintak bergambar sekeping dengan Ude. Oh lepas tu ada Lucky Draw, nombor kami yang pertama naik. Dapatla sebiji lampu hiasan dari Ikea semua hadiah adalah dari Ikea katanya. hihi. Lepas makan aku dah naik bilik, kepala pening, hidung pun dah tersumbat. Sampai kemalam kami tak keluar, si abam je sorang turun main air kat theme park. Aku pantau dari balkoni je, kejap2 intai dia kat bawah. Sib baik dapat bilik ngadap theme park.Malam pun ada lagi acara, kami turun jam 8.00 malam, semua meja dah penuh, so mintak pihak hotel sediakan meja tambahan, tempat adalah terbaik iaitu betul2 depan meja buffet walaupun jauh dari pentas utama itu tidak jadi hal, makan lagi penting, hahahaha. Malam tu majlis makan makan di hiburkan oleh artis yang aku pun baru tahu kewujudan nya dalam, namanya Wana, katanya antara peserta OIM. dari jauh nampak kecik je orangnya, sebab jauh aku langsung tak nampak muka dia, tapi suara kemain nyaring. Habis makan, belum sempat umum Grand Lucky Draw aku dah cabut naik bilik, anak2 dah ngantuk. Dengar citer hadiah untuk Grand Lucky Draw lagi gempak. Ada Iphone, Ipad, peti ais dan tv 50 inci. Untunglah sapa yang dapat tu... Malam tu rasa nak menangis menunggu pagi, walaupun tilam hotel tu empuk tapi bila badan tak sihat rindu nak tido dirumah sendiri. Kalau tak kerana kesiankan si abam yang tido dengan gelang theme park sebab nak berendam lagi esoknya, konfem aku dah ajak cik abe balik rumah. Pagi Ahad tu, jam 8.00 pagi si abam dah terjun masuk air sampai la kami panggil balik sebab nak check out. Si kenit sampai ke sudah tak ke theme park, main air dalam bath tub je. Okeylah kot sebab dia pun selsema takleh berendam lama2. tepat jam 12.00 kami pun check out sebab en Abe keje petang, sekian kisah Family Day yang meriah. Harap tahun depan ada lagi, kalau boleh free macam ni jugak, agak2 bos besar baca tak? |
You are subscribed to email updates from di morib - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan