Sabtu, 28 September 2013

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


KEBAKARAN RUMAH JUTAWAN KOSMETIK VIDA BEAUTY: 3 Maut!

Posted: 03 Aug 2013 02:21 PM PDT

Ahad, 4 Ogos 2013
KEBAKARAN RUMAH JUTAWAN KOSMETIK VIDA BEAUTY
IPOH 4 Ogos - Tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty ditemui mati dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat berkenaan di Meru Hill, Bandar Meru Raya di sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.
Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10.
Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.
Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.
Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.
Kerja-kerja memadam kebakaran dan membawa keluar ketiga-tiga mayat selesai kira-kira pukul 12.15 tengah malam.
Menurut Timbalan Penguasa Bomba Negeri, P. Samasuvam, punca kejadian masih dalam siasatan.
"Semasa kami sampai di lokasi kejadian, api sudah marak dan bumbung rumah jatuh," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Ketiga-tiga mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat.
Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut hadir meninjau lokasi kejadian.
Al-fatihah & Takziah diucapkan kepada pengasas kosmetik Vida Beauty, Dato' Vida
Takziah diucapkan kepada pengasas kosmetik Vida Beauty, Dato' Vida diatas pemergian dua orang cahaya matanya iaitu Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10.Seorang lagi mangsa terbunuh ialah Mohd. Nor Syamil, 26.

Kejadian berlaku di di rumah pekerja syarikat berkenaan di Meru Hill, Bandar Meru Raya di Ipoh malam tadi. Kebakaran itu memusnahkan rumah tersebut, termasuklah kenderaan seperti kereta Bently,Perodua kancil dan beberapa buah motosikal.

Semoga Dato' Vida tabah menghadapi dugaan ini.Bayankanlah, beberap hari lagi untuk berhari raya, beliau ditimpa musibah ini.
gambar daripada http://sedakasejahtera


Anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan siasatan 
Anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan siasatan di rumah dipercayai milik pengasas Pusat Kecantikan Vida Beauty yang musnah dalam kebakaran di Meru Hills di Ipoh, Perak, kira-kira pukul 9 malam Sabtu. Dalam kebakaran itu, tiga maut termasuk dua daripada merupakan anak kepada pengasas pusat kecantikan itu.
Dua Anak Pengasas Vida Beauty Maut Dalam Kebakaran, Jenazah Selamat Dikebumi
Oleh IVAN LOH dan EDMUND NGO
Suasana pilu dapat dirakamkan ketika Pengasas produk kecantikan Vida Beauty Datuk Dr Hamiza Osman atau dikenali sebagai Vida bersama dua anaknya Eric Zakuan,5 dan Noradeline, 8, menyiram air mawar ke pusara dua lagi anaknya yang selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, Ipoh, Ahad. Anak sulung VIda, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd. Amin, 11, dan anak keduanya Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin, 10, serta pekerja Muhammad Nor Syamil Zaidi, 26, maut dalam kebakaran yang berlaku malam Sabtu. - fotoBERNAMA
IPOH: Dua anak lelaki kepada pengasas produk kosmetik Vida Beauty, Datuk Dr Hasmiza Othman, dan seorang lagi meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru di sini.
Mayat Eddie Zuhdi Mohd Amin, 11, dan adiknya Edrie Zikrie, 10, ditemui di bilik mandi manakala mayat Mohd Nor Syamil, 26, ditemui di tingkat atas selepas kebakaran yang berlaku pada pukul 9.20 malam Sabtu.
Kebakaran memusnahkan hampir keseluruhan rumah bahagian tepi teres dua tingkat yang digunakan sebagai asrama untuk kakitangan Dr Hasmiza.
Mohd Nor Syamil dipercayai kakitangan Dr Hasmiza.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Samasuvam berkata salah seorang daripada dua kanak-kanak lelaki ditemui dalam keadaan sedang duduk di atas lantai dan yang lain ditemui terbaring di atas lantai.
Samasuvam berkata dua lelaki berjaya melarikan diri daripada kebakaran dengan melompat keluar dari tingkat atas.
Salah seorang daripada mereka dipercayai patah kaki.
Anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan siasatan di rumah pekerja milik pengasas Pusat Kecantikan Vida Beauty yang musnah dalam kebakaran di Meru Hills, Ipoh, kira-kira pukul 9 malam Sabtu. -fotoBERNAMA
"Terdapat beberapa letupan kecil di rumah dan kebakaran itu agak besar," katanya sambil menambah kebakaran itu telah berjaya berada di bawah kawalan kira-kira 30 minit.
Sebuah kereta Bentley dan kereta Perodua Kancil dan beberapa motosikal telah rosak dalam kebakaran.
Dr Hasmiza sedang berada di Pulau Pinang pada masa kejadian.
Beliau tiba di rumah pada kira-kira pukul 11.30 malam selepas diberitahu tentang kejadian tersebut.
Jenazah kedua-dua kanak-kanak lelaki itu telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Meru pada kira-kira pukul 10 pagi Ahad.
Dr Hasmiza merupakan pengasas produk kecantikan Vida, yang merupakan pengedar utama untuk produk penjagaan kulit dan makanan tambahan pemakanan.
Beliau juga adalah penerbit kepada program 'talk show' beliau sendiri - Diva De Vida.
Produk HEBAT Khasiat HEBAT.....QU PUTEH
Iftar & Sumbangan Raya II

Klip Video Percubaan Merompak <b>Di</b> Jalan <b>Meru</b>, Klang - MyNewsHub

Posted: 21 Jun 2013 02:45 PM PDT

Rompak

Kejadian dipercayai berlaku 8.10 malam, 2 Mei lalu di Jalan Meru, Klang.

Lima lelaki terbabit dalam cubaan tersebut dengan empat cuba merompak dan seorang lagi tunggu dalam kereta.

Percubaan ini sebenarnya gagal kerana pekerja kedai tersebut jenis berani dan seolah-olah sudah bersedia dengan kemungkinan kedai mereka dirompak.

Namun, berapa tempat yang mana pekerjanya seberani ini dan bersiap sedia untuk berhadapan dengan penjahat?

Iklan Teks:

Anda mungkin juga meminati:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads