Rabu, 11 Disember 2013

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


LAWATAN MENGEJUT NEYMAR KE RUMAH PEMINAT <b>DI AMPANG</b>

Posted: 06 Nov 2013 03:50 PM PST

LAWATAN MENGEJUT PEMAIN BARCELONA NEYMAR KE RUMAH PEMINATNYA DI AMPANG | MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa pemain terkenal Bacelona, Neymar, telah membuat kejutan dengan mengunjungi rumah salah seorang peminatnya di Ampang ketika berkunjung ke Malaysia kira-kira tiga bulan lalu.
Muhammad Syafiq Salmi menerima lawatan mengejut  Neymar, pada hari Hari Raya kedua.
Ini semua adalah sebahagian daripada pelan terperinci untuk memberi kejutan kepada Syafiq, 15, yang dianggap sebagai salah seorang pemain junior dan bakal menjadi pemain bola sepak Malaysia.
Pelajar Victoria Institution (VI) ini telah lama menjadi peminat Neymar, pemain berusia 21 tahun ini, bahkan sejak zaman beliau bersama FC Santos.
"Saya berada di dalam bilik sambil berfikir-fikir apabila saya melihat tiga buah van. Tidak sekali-kali dalam impian saya terfikir ia adalah Neymar!" kata Syafiq.
"Dia datang dan berkata, 'Di mana Syafiq?' Saya sungguh terkejut. Saya rebah! Saya telah melihat beliau di TV dan kini, di sini Neymar berada di rumah saya! Ia sukar dipercayai! Ini merupakan raya terbaik yang pernah saya sambut."

P-A-N-A-S-S-S !! ... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads