10hb November 2013: Majlis Konvokesyen Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kuala Langat telah berlangsung di Dewan Besar, Kolej MARA Banting, Bukit Changgang pada kira-kira jam 9 pagi.
Majlis telah dirasmikan oleh Setiausaha Kewangan ABIM Kuala Langat, Saudara Muhammad Norhadi Mohd Ribuan, selain turut dihadiri oleh penggerak Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) dan Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS).
Terdapat tiga buah TASKI-ABIM di Daerah Kuala Langat iaitu TASKI-ABIM Ummu Fatimah, Bukit Changgang; TASKI-ABIM Al-Amin, Bandar Seri Ehsan dan TASKI-ABIM Al-Amin, Taman Langat Murni.
Yang Dipertua semasa ABIM Kuala Langat ialah Cikgu Radin Muhd Imaduddin, yang aktif dalam memberdayakan nilai kemuliaan insani. "Ke Arah Melahirkan Anak yang Soleh dan Solehah".
Bro Reza (kanan sekali), bersama skuad Piala Emas Raja-Raja Selangor.
RM-9 bersama jersi MD-10.
Antara barisan bintang yang terlibat.
Barisan pelakon Teater SuperMokh bergambar bersama.
Awie berjaya menampilkan lakonan yang berkesan.
Lagenda: SuperMokh, Towkay Soh Chin Aun, Reduan Abdullah, Santokh Singh, Aru The Spiderman dan rakan-rakan.
Babak ketika SuperMokh memimpin skuad kebangsaan Malaysia.
Kenangan Juara Piala Malaysia 1986, trofi Piala Malaysia terakhir SuperMokh.
Antara babak dalam Teater Muzikal SuperMokh.
Antara babak kemuncak teater mantap ini ialah babak di mana sekumpulan penari khas yang menggunakan cahaya neon pada baju mereka, untuk melakonkan semula suasana perlawanan epik Final Piala Malaysia 1986.
Bersama jersi 'tribute' SuperMokh.
Sesi mengeteh di Sata Station, berhampiran Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, sebelah malamnya pula, saya berkesempatan untuk mengeteh dan menonton Teater Muzikal SuperMokh di Istana Budaya, Kuala Lumpur bersama Bro Reza Mokhtar, anak sulung kepada lagenda bola sepak Malaysia dan Asia, Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari.
Lakonan mantap daripada Awie dan pastinya, Douglas Lim yang mencuit hati.
Banyak dialog dan babak yang 'menangkap jiwa', selain beberapa pelakon yang berjaya menjiwai watak para lagenda Malaysia seperti Towkay Soh Chin Ann, Santokh Singh, Reduan Abdullah, dan lain-lain.
Antara yang mempunyai iras pemain ialah Oliver Johanan, yang kelihatan betul-betul hampir sama dengan iras wajah Mendiang Arumugam The Spiderman.
Garapan yang baik daripada Hans Isaac dan rakan-rakan. Tabik hormat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan