12 di hulu selangor - Google Blog Search |
Bersendirian Maal Hijrah <b>di Hulu Selangor</b> - Catatan Si Merah Silu Posted: 07 Nov 2013 01:49 AM PST Salam. Cerita kecil sekitar hari Maal Hijrah baru ini... Adapun untuk hari pertama tahun baru Islam itu ada yang mengajak agar malamnya saya ikut ke majlis agama tertentu, untuk siangnya pula diajak berbusana untuk sambutan Maal Hijrah peringkat nasional di Putrajaya. Tetapi sejak beberapa hari kebelakangan ini saya rasa ingin menyendiri di tempat yang agak sunyi dan ada masjid lama. Tengah hari Isnin saya pun mengorak langkah dengan motosikal besar kesayangan... Ini adalah kali pertama saya akan menunggang jauh setelah setengah tahun 'berehat' akibat kecederaan patah kaki. Ambik gambar sendiri sat. Bila dilihat balik terasa macam 'road warrior' tua pula... :] Setelah 10 km keluar dari rumah ada juga rasa nak patah balik, satu apabila melihat langit mendung di hadapan... untuk pengetahuan dah lebih seminggu asyik hujan lebat petang, rasanya badan dah tak berapa larat nak redah hujan. Kedua, baru saya perasan tertinggal telefon bimbit di rumah. Bagaimana kalau isteri atau sesiapa nak berhubung? Nasib baik semangat saya masih cekal. Pantang berundur kalau dah melangkah keluar. Saya dapati kalau pandai pilih laluan dapat juga mengelak hujan lebat. Kalau setakat kena rintik-rintik tu biasa le. Tentang telefon bimbit tertinggal kan saya mahu bersendirian? Tak mengapa. Sampai ke destinasi utama iaitu di Kuala Kubu nanti boleh hubungi isteri menggunakan telefon awam untuk memberitahu telefon bimbit saya tertinggal, agar beliau tahu keadaan dan tak risau. Dalam perjalanan ini saya mahu meninjau satu laluan potong yang pernah dilihat dalam peta Google Earth. Ada bahagian yang jalannya kurang cantik, sekitar 300 meter gitu. Tapi saya dapati ia dapat memotong jarak sebanyak 2 km selain mengelakkan kesesakan lalu lintas yang biasa melanda jalan dari Rawang ke Sungai Choh. Lihat artikel Cutting to Bukit Beruntung via Garing.di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Dari Rasa dah tak berapa jauh ke satu simpang masuk ke Kuala Kubu. Makan tengah hari yang lambat di Kuala Kubu... dekat 5 petang baru nak makan daaa... Suasana pekan ini terasa begitu segar. Sambil itu ada ketenangan tertentu apabila mengembara bersendirian berbanding keluar bersama keluarga atau mana-mana orang. Memang Kuala Kubu adalah destinasi utama kerana ada masjid lama mahu dijadikan tempat beriktikaf. Tapi sementara ada siang eloklah berjalan lebih ke dalam masuk kawasan pergunungan Banjaran Titiwangsa. Berhenti sebentar di tasik buatan empangan Hulu Selangor. Airnya kelihatan surut teruk, saya anggarkan 15-20 meter di bawah paras normal... Lebih jauh ke pendalaman menghala ke Bukit Fraser terdapat sebuah air terjun di bawah jambatan. Saya pun singgah bermandi-manda. Lihat A stop at Chiling waterfall Hampir waktu senja sempat bersiar-siar di kampung orang asli di Pertak. Kelihatan rumah-rumah mereka begitu cantik, mungkin sebagai pampasan kawasan berdekatan ditenggelami air empangan. Dahulu Pertak sangat terkenal sebagai tempat bermain rakit lasak atau white river rafting kerana jeramnya yang panjang dengan laluan batu-batu. Namun air yang diempang membentuk tasik besar telah menenggelamkan laluan. Kini ia 'timbul' kembali akibat paras air empangan surut teruk. Kalau paras normal, kawasan berumput yang kelihatan harus ditenggelami air. Ketika bergerak ke hadapan sedikit menghala kembali ke Kuala Kubu saya lihat meter motosikal menunjukkan nombor-nombor menarik. Kalau tak salah ketika itulah masuk waktu Maghrib juga tahun Hijrah 1435. Ketika itu saya masih berada di sekitar tasik. Solat Isyak di masjid jamek Kuala Kubu. Lewat malam baru ke tempat iktikaf iaitu masjid lama di Ampang Pecah. Saya sudah banyak kali singgah di masjid ini tapi rasanya baru pertama kali itu bermalam. Teringat satu update yang dibuat di Facebook tentang Nabi Adam AS dan satu benua besar zaman purba yang dipanggil Pentas Sunda hampir 2 minggu lalu. Entah kenapa saya menggunakan Kuala Kubu dan Ampang Pecah sebagai contoh... PENTAS SUNDA, TEMPAT ASAL USUL MELAYU DAN TURUNNYA NABI ADAM AS Sebut pasal asal usul Melayu yang bermacam2 teori itu? Saya tambah sikit rencah. Perkara ni dah ramai tahu tapi cuma agak ragu2 sebab takda fakta backing agaknya. Apa itu Melayu pun ramai masih celaru. Saya sebut aje le tanpa perlu membuktikan apa2... Di sini, di sini Tanah Melayu dan kepulauan2nya bermulalah tamadun manusia. Di sinilah Nabi Adam AS diturunkan dari syurga. Kerana tanah ini ketika ia masih lagi sebuah benua besar yang dikenali pengkaji sebagai Benua Sunda pernah dikenali sebagai Lanka. Sebelum nama itu dipakai oleh sebuah pulau di India yang dikenali sebagai Sri Lanka, sedangkan nama Lanka di sini hilang. Lalu Nabi Adam pun dikatakan turun di Srin Lanka merujuk pada pulau benua Hindi sana. Contoh mudah nama tempat berganti sedangkan tempat asal pula namanya berubah adalah Kuala Kubu, pekan yang biasa orang lalu sebelum naik Bukit Fraser dari arah barat Semenanjung. Tahukah anda di mana Kuala Kubu yang sebenar? Ia adalah di tempat bernama Ampang Pecah, dekat masjid lama, sekitar 3 km dari Kuala Kubu yang kita kenali. Kuala Kubu sebenarnya mendapat nama sebab di situ terdapat kuala Sungai Kubu, masuk ke Sungai Selangor. Namun kawasan ini senang banjir. Dalam satu peristiwa sekitar 1880an kalau tak salah banjir besar telah menyebabkan empangan berdekatan yang dibuat penduduk tempatan pecah lalu selepas itu kawasan lebih dikenali sebagai Ampang Pecah. Pada tahun 1930an kalau tak salah bandar baru dibina di tempat lebih tinggi lalu menjadi Kuala Kubu yang kita kenali sekarang. Sebab itu nama penuhnya Kuala Kubu Baru. Tak mustahil kisah Lanka juga begitu. Selepas berlaku beberapa peristiwa yang mengubah bentuk geografi terutama Banjir Nabi Nuh, ada serpihan penduduk membina penempatan baru lalu membawa nama Lanka itu ke tempat yang dikenali sebagai Sri Lanka. Pentas Sunda yang dah banyak ditenggelami air lalu membentuk banyak pulau pun dikenali dengan nama lain. Namun banyak bangsa2 serpihan membawa kenangan tamadun tinggi Pentas Sunda yang mana disebabkan turunnya Nabi Adam AS di situ membawa ilmu dari syurga dapat membina tamadun tinggi dengan cepat. Memori tamadun tinggi itu dikenali dengan pelbagai nama misalnya kisah Atlantis yang diceritakan oleh Plato pada orang Greek, kisah tamadun Punt yang dikenali orang2 Mesir2 purba. Dari Nabi Adam AS manusia berpecah menjadi pelbagai bangsa. Selepas beberapa lama hingga kini ramai anak cucu keturunan baginda terpanggil untuk kembali ke motherland. Misalnya Sam, seorang dari 3 anak Nabi Nuh yang memimpin masyarakat selepas Banjir Besar membawa satu kelompok kembali ke bumi sebelah sini. Lain2 kelompok terpanggil kemudian, misalnya Bani Jawi dari keturunan Siti Keturah, isteri ketiga Nabi Ibrahim. Kemudian datang kelompok Bani Israel, misalnya keturunan Nabi Sulaiman dari perkahwinan Ratu Balqis yang dikatakan menjadi raja2 Bugis, juga darah daging Raja Iskandar Zulkarnain. Masuk zaman Nabi Muhammad SAW datang pula keturunan Ahlul Bait berasimilasi membentuk bangsa besar yang dipanggil Melayu. Kerana apa? Semuanya terpanggil untuk kembali ke tempat turunnya Nabi Adam juga kembali pada fitrah asal bertauhid Islam sejak turun-temurun. Asimilasi yang mahu kembali pada fitrah asal, inilah yang kita panggil MELAYU. Cukup. Di masjid ini saya dapat merasakan kehadiran kuat sejumlah makhluk yang tidak kelihatan. Tapi saya buat hal sendiri je. Beriktikaf, bertafakur dan membuat sedikit amalan. Melihat sebentar tempat pertemuan Sungai Kubu dengan Sungai Selangor, tempat yang memberikan nama Kuala Kubu. Singgah makan di Batang Kali... Seterusnya mengambil jalan menghala ke Genting Highlands untuk ke satu destinasi... Nak mandi air panas di Hulu Tamu sebelum kembali ke rumah, kali pertama ke situ. Rupa-rupanya ada jalan lebih dekat dari Batang Kali tapi saya tak tahu. Lihat Hulu Tamu hot spring |
You are subscribed to email updates from di hulu selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan