Rabu, 11 Disember 2013

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Biar Betul!!! Penduduk PPR <b>Di</b> Kencing Kerajaan <b>Negeri Selangor</b>???

Posted: 15 Nov 2013 06:52 PM PST

Biar betul cerita ni pasal harga sewa rumah PPR yang dinaikkan oleh Kerajaan Negeri Selangor? Apa yang selama ini umum sudah mengetahui tujuan pembinaannya adalah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah mampu untuk menyewa tempat kediaman dengar kadar mampu bayar terutama bagi mereka yang tinggal dalam kawasan bandar-bandar besar seperti di Lembah Kelang dan Selangor. 
Bila jer Pakatan dapat terus memerintah Selangor buat penggal yang kedua selepas PRU13, kerajaan negeri Selangor diketuai oleh PKR terus menekan golongan rendah dan bawahan dengan menaikkan sewa dari hanya RM124 sebulan kepada RM250 sebulan kepada pemohon baru yang berpendapatan rendah. Sewa RM124 hanya diberikan keistimewaan kepada penghuni yang terlibat dengan proses perpindahan dari kawasan setinggan.
Jika penyewa enggan membayar dengan kadar RM250 sebulan, pihak anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang diberi amanah menguruskan perumahan PRR seluruh Selangor ini akan menampalkan nama-nama mereka ini di papan noris untuk ditunjukkan kepada penghuni lain. Apa tujuan sebenarnya tindakan ini dilakukan oleh kerajaan Selangor.
Asal pembinaan rumah PPR adalah untuk membantu golongan rendah dan miskin terutama kepada orang-orang melayu. Tetapi kerajaan Selangor cuba menekan orang-orang melayu yang susah dengan cara halus supaya mereka ini tidak mampu membayar lantas keluar dari PPR. Inikah balasan kepada pengundi Selangor yang memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat. Tahniah rakyat Selangor.
Inilah watak sebenar Pakatan Rakyat yang menaburkan pelbagai janji-janji manis kepada pengundi Selangor sebelum PRU13 tetapi berbeza dengan segala bentuk tindakan yang dibuat selepas kembali memerintah Selangor. Adalah diharapkan agar rakyat Selangor kembali sedar dengan perangai buruk pemimpin PR yang hanya gilakan kuasa pemerintahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads