Ahad, 9 September 2012

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Menunggu Projek-Projek Cadangan Menjadi Kenyataan <b>Di Bangi</b>

Posted: 29 Aug 2012 04:55 PM PDT

MPKj, 11 Syawal 1433 = 29 Ogos 2012 (Rabu):

Mesyuarat Penuh MPKj hari ini dimaklumkan beberapa projek yang dirancangkan bagi Bandar Baru Bangi. Bahagian Landskap memaklumkan tentang cadangan membangunkan Bulatan Ilmu (Bulatan Bangi) ke UKM. Cadangan pertama adalah merekabentuk landskap `Bulatan Seribu Bambu`. Ianya berdasarkan konsep `mound dan island` yang dijangka kos keseluruhan projek ini adalah sebanyak RM395,500.00. Seingat Adun ini adalah idea YDP MPKj berseorangan. Perlu dibincang dan dikemukakan plan dan proposal susunatur apa yang dikatakan `Bulatan Seribu Bambu` itu, jangan jadi kelak selepas tidak terjaga sebagai `Hutan Buluh` menyakitkan mata. Yang kita cadangkan di Bulatan Ilmu itu didirikan arca `Bangi Bandar Ilmu` yang landscape taman berciri ilmu yang bersifat hijau dengan `Taman Seribu Bunga` berwarna warni yang sentiasa diberi perhatian dan penjagaan berterusan, bukan terbiar seperti bulatan-bulatan yang ada sekarang. Kita tak nampak jika hanya tanam buluh, maka kosnya begitu tinggi hingga RM395,500.00. Yang kita mau tekankan ianya sebagai `Taman Ilmu`. Bukan setakat bulatan, tetapi juga kelilingan. Kita harap cadangan bagi peningkatan taraf bulatan ini dibincangkan terlebih dahulu, agar benar-benar mencapai hasrat `Taman Ilmu` bagi Bangi Bandar Ilmu. Dengan peruntukan secara wajar. Kini sebahagian dari kawasan ini telah dirosakkan oleh bangunan yang tidak wajar didirikan yang sebelumnya kita bantah projek berkenaan, tetapi tidak dipeduli.

Cadangan kedua ialah melibatkan dua bulatan dengan penanaman pokok buluh di Bulatan Bangi di atas dan pembinaan papantanda nama `Bulatan Ilmu` dan bulatan kedua`Bulatan Cempaka` (dari bulatan ini menuju ke Tasik Cempaka) di Bandar Baru Bangi. Kos keseluruhan projek ini adalah sebanyak RM146,000.00. Bagi bulatan kedua tidak jelas dari segi imej yang mahu ditonjolkan. Sebaiknya bulatan ini memancarkan imej `Bandar Pentadbiran` kerana hampir keseluruhan bangunan pentadbiran, kecuali MPKj & Urusan Air semuanya berpindah dan berada di Bandar Baru Bangi. Jadi selain dari membawa nama Cempaka sebagai imej bunga bagi negeri Selangor, ianya perlu mencirikan imej Bandar Pentadbiran, sesuai dari bulatan ini menuju kepada berbagai-bagai pusat pentadbiran di samping komersil. Bagi mempastikan hasrat di atas dapat dicapai jangan hanya membuat pilihan dan tindakan perseorangan, perlu dibincangkan dengan melibatkan pakar-pakar di dalam landscape dan seni taman. Di dalam soal yang melibatkan seni, biarlah ianya ditangani oleh mereka yang berjiwa seni yang melakukan tugas dengan rasa seni dan penuh kecintaan, bukan sekadar menjalankan kerja `Makan Gaji` biasa.

Cadangan yang lain ialah pembangunan hutan Bandar di kawasan zon penampan Bandar Baru Bangi. Ianya adalah kesinambungan dari pembangunan penanaman pokok hutan (`trees bank`) di kawasan berkenaan yang telah dilaksanakan pada tahun 2007. Anggaran kos keseluruhan projek ini adalah sebanyak RM390,000.00. Apa yang dikatakan `Hutan Bandar` ini tidak jelas kedudukan dan di mana lokasinya yang sebenar. Jangan membuat sesuatu secara lebih kurang dengan perbelanjaan besar, tetapi hasilnya dipersoalkan. Kita meminta projek ini juga dibawa kepada perbincangan lebih teliti baik dari segi konsep yang kemudian dapat diterjemahkan kepada realiti serta berfaedah bagi kepentingan alam sekitar dan penggunaan penduduk. Bawa semua cadangan untuk diteliti terlebih dahulu. Ahli Majlis bersetuju untuk dilaksanakan projek ini secara berperingkat bergantung kepada peruntukan kewangan MPKj. Kita berharap cadangan dilaksanakan selepas melalui kajian secara teratur dan teliti yang kelak memberi faedah secara maksimum.

Sementara itu YDP MPKj memaklumkan terdapat perbincangan bersama pihak PKNS berkenaan cadangan pembinaan sebuah Dewan Konvensyen dan sebuah hotel di kawasan Tasik Cempaka. Apabila ditanya tentang kepastian pembinaan dan sama ada dewan tersebut di bawah pengurusan hotel atau sebaliknya.

Dato` YDP MPKj memaklumkan bahawa pembinaan dewan dan hotel adalah bersebelahan, namun laluan keluar masuk ke dewan dan hotel adalah berasingan. Beliau juga memaklumkan bahawa pihak hotel tidak terlibat dengan pengurusan dewan tersebut. Perlu diingat jumlah hotel di Bandar Baru Bangi dan sekitarnya sudah begitu banyak sebab itu mendirikan hotel sepatutnya tidak menjadi keutamaan dan wajar ditiadakan. Kita berharap cadangan membina Dewan Konvensyen ini tidak berada pada peringkat cadangan begitu amat lama, tetapi tindakan konkrit tidak diambil. Kawasan dtepi Tasik Cempaka pada asalnya begitu luas, tapi telah dimiliki oleh syarikat tertentu untuk dibina bangunan komersil, jangan sampai cadangan membina Dewan Konvensyen tergantung oleh kerana kehilangan tapak di tepi Tasik Cempaka berkenaan.

Berhubung dengan pembinaan Sekolah Agama 4 tingkat di Taman Kajang Raya ditimbulkan kemungkinan boleh mengakibatkan kesesakan lalulintas yang teruk selepas bangunan itu mula digunakan. Ditimbulkan adakah kajian dan cadangan serta bersyarat untuk pelebaran jalan lorong Kajang Raya 2 dan jalan masuk daripada lampu isyarat.

Setelah berbincang adalah dicadangkan pihak JKR melebarkan jalan Kajang Raya. Mesyuarat khas akan diadakan di antara JKR, MPKj dan Ahli Majlis untuk cadangan melebarkan jalan di Kajang Raya.

Sekian.

BERBUKA PUASA <b>DI BANGI</b> GOLF RESORT – BUFFET - Mykeledek

Posted: 14 Aug 2012 08:28 PM PDT

Semalam, aku berkesempatan untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort. My fav place untuk berbuka puasa ala buffet haha. Berbaloi kot. Ini adalah tahun ketiga aku buka puasa disini dan of cz ia tidak pernah menghampakan selera aku. Aku tengok, macam makin maju dan besar je tempat ini. Orang yang datang pun makin ramai. Ada penambahan tempat duduk je gamaknya

image

Terkejut jap

Aku masuk lewat dan dek kerana itulah aku tak dapat ambil banyak gambar. Malu kot nak ambil gambar clik clik clik hahaha. Orang ramai sangat . . . Tu yang tak tahan tu.

image

Juadah yang memenuhi selera aku

Banyak juadah yang disediakan memang memenuhi selera aku – kek cokelat, ulam ulaman, lauk.pauk kampung, mee goreng mamak, kambing panggang, sate, pencuci mulut dan makanan pelik pelik yang aku tak reti nak buat. Hihi

image

Air Jagung nya sedap

Yang penting, air jagungnya sedap dan pekat yang amat. I like. . . Ohhhh lama tak minum air bandun. Aku nak ambil ice cream, tapi orang beratur panjang sangat. Maybe ini kelemahan tempat ini kot. Tempat makan dan tempat hidangan di satu tempat yang sama. Agak sempit dan bersesak sesak sebenarnya.

Nasib baik makanannya sedap.

Related posts:

  1. BERBUKA PUASA DI JW MARRIOT HOTEL KL
  2. BERBUKA PUASA DI BUMBU DESA ALAMANDA
  3. BUKA PUASA DI PICC PUTRAJAYA LAGI
  4. BUFFET RAMADHAN DI BANGI GOLF RESORT 2012
  5. BUKA PUASA TERSEDAP

Nasi Ayam Penyet terbaik <b>di Bangi</b> RM 6 jer | Feezah Hanimoon

Posted: 02 Sep 2012 01:13 PM PDT

Lama bangat aku tak hupdate. Maklum la dah nak final year ni banyak projek yang nak kena submit serentak. Then esok dah start paper final aku. Ya Allah...permudahkanlah urusan ku.
Ok, actually short update kali ni nak suggest warung nasi ayam penyet best kat Bangi ni. Rasanya warga Bangi ni dah familiar ngan Wang Solo dan AP. Aku pernah pegi sekali je ke dua kedai ni.
Wang Solo bagi aku tak genuine la sambal ayam penyet die. Tak de moisture langsung plus biji cili tu bersepah-sepah die curah kat atas ayam aku. Then sambal die pedas giler spesis cili yang tak tumis habis. Even dah asing pon pedas tu dah meresap dalam ayam. Tapi ramai je orang...maybe diorang suke sambal ayam penyet style sambal belacan melayu tu. Price plak more than RM10 rasanya satu set.
AP plak average la..cuma ayam goreng die sejuk, means dah lama goreng. Sambal die better daripada Wang Solo. Bagi aku la...ade la ciri-ciri indon sket. Price RM10 plus jugak. Even die boleh diterima tekak la jugak kan, tapi untuk pegi lagi tu tidak la.
Ada yang lebih sedap daripada itu!
Die warung je. Plus yang meniaga tu memang indon. Pendek kata memang kedai tu kat kawasan hostel pekerja indon. Tempatnya di Seksyen 4 sebelah Petronas. Kalau tak silap nama hostel pekerja kilang tu ialah Sri Ayu. Serious sedap! Harga plak RM6 je. Murah la bagi nasi ayam penyet. Sekali datang kau mesti nak pegi lagi....jika dan hanya jika kau tak kisah makan warung.

So ni la full set yang korang dapat dengan RM6 tu. Kalau nak tmbah tempe, sayur, nasik or sambal takde extra charges. Kalau nak bantai ayam extra, ade la tambah.
Ayam + Kobis + Tempe + Pucuk ubi + Timun + Sambal sedap
Ayam die bila orang order baru goreng. Tapi die dah half cooked la...So takde la lambat dapat.


Encik B cakap tak yah tangkap gambar lama-lama sebab die dah lapar.

Lepas cedok ke pinggan sendiri, kerana gentleman lalu dicedoknya ke pinggan aku pula. Portion of course 1/3 dari portion die. HaHa.



Konon seni la ni gambar senget-benget. Aku paksa gak die snap sekeping sebelum makan. Agaknye dah lapar sangat, asal boleh je pegang kamera. Tapi turns out macam ok la...ade seni sket.
Tapi korang beware, pucuk ubi ngan kobis memang ade angin. So kekadang perut aku tak tahan, memang kembung je perut sampai esok. Tapi itu tidak langsung mematahkan semangat untuk melantak di situ lagi. Eheh =)
Just in case korang nak pegi, kat situ ade dua kedai ayam penyet sebelah-menyebelah. Yang sedap tu sebelah kiri. Sambal die pedah manis gitu. Aku suke. Tak tau la korang camne. Kalau kedai sebelah lagi tu orang kureng sket. Maybe sambal die tak berapa kick. Tak pedas tapi manis. So tak feel. HaHa. 
Cumanya air kat situ memang mahal sket. Tapi still harga warung. Air kosong 40 sen. Teh o ais RM1.50....Tak banyak choice pon. Juice takde ye...Kalau nak pegi, set dalam kepala nak jadi typical malay yang makan pakai tangan je k. 
Ouh..dah lewat. Sok exam dah. Selamat malam semua...Have a nice day =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads