Ahad, 9 September 2012

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Aku Budak Nerek: Ride Menaiki Bot <b>Panjang di Sungai</b> Pahang

Posted: 26 Jun 2012 07:15 PM PDT

Salam,
Dah lama aku tak bertinta. Sibuk dengan kerja serta tidak mempunyai cerita cerita yang baru. Maklum laa, kerja macam aku yang jarang jarang dapat cuti Sabtu dan Ahad nie memang tidak memungkinkan aku join dengan mana mana ride besar besar nie.

Kekadang tu jealous juga bila membaca cerita cerita diaorang yang berjaya ride ke merata pelusuk tanahaiar, dan cerita terbaru si Bunga yang berjaya ride hingga sampai ke Krabi dengan menaiki Vespa. Ishh, kalau aku dapat kerja cuti Sabtu dan Ahad, memang cepat laa bertambah nukilan nukilan aku dalam blog nie..hahaha
Kali nie aku nak ceritakan pengalaman aku ride naik bot panjang di Sungai Pahang. Yaa, bagi korang yang boring boring dan tak ada kerja nak buat kalau hari Ahad tu, dijemput turun ke Temerloh nie. Selain dari dapat jalan jalan cuci mata di pekan sehari Temerloh nie, ada satu tarikan yang bagi aku amat rugi kalau tak cuba!!
Pengalaman menaiki bot panjang meredah arus Sungai Pahang! Wachoww, memang best laa. Ditambah pulak dengan unsur unsur suspen, memang terangkat laa cerita nie. Dulu kalanya, penduduk di sini memang menggunakan bot nie untuk berulang alik menyeberangi sungai nie untuk ke Temerloh. So penduduk dari kampung seberang Temerloh akan menunggu bot yang akan membawa mereka menyeberangi sungai Pahang yang tak kurang juga besarnya nie.
Bagi penduduk kat sini, memang tak ada apa apa yang menarik pun sebenarnya. Tapi bagi korang yang tak biasa dengan pengalaman macam nie, aku suka sarankan pergilah mencuba! Tak rugi, bawaklah anak anak korang yang membesar dengan arus kemodenan tu mencuba sesuatu yang klasik macam nie.
Tak mahal pun untuk pakei bersiar siar di Sungai Pahang nie. Satu bot panjang tu boleh dichartered dengan harga RM40 untuk satu perjalanan. Ramai boleh nail, dalam lapan orang kot. So satu kepala baru kena bayar RM5 ajer. Dan pengemudi bot akan membawa anda bersiar siar di sepanjang Sungai Pahang sekitar Temerloh nie. Dapat laa korang tengok pusat ternakan ikan dalam sangkar. Bagi aku memang menarik laa!`






Bagi aku, saat yang paling best masa naik bot nie ialah sewaktu dia ambik corner, pherggh. Macam adik aku cakap, korang memang handal laa ambik corner kat Bukit Tinggi ka, Karak kaa..mai try naik bot nie dan rasa dia ambik corner. Dengan bunyi keriuk papan bot tu, memang dashat laa! Kalau korang nak lagi best, pergi laa naik bot kat Kuala Tahan sana tu...!

Farik Salleh: Tujuh nyaris mati lemas bot karam <b>di Sungai</b> Johor

Posted: 22 Aug 2012 12:06 AM PDT


KULAIJAYA 22 Ogos -            Hasrat lima sekeluarga meneruskan tradisi menziarahi pusara sanak saudara pada hari kedua Aidilfitri tergendala apabila bot yang mereka naiki karam berhampiran pangkalan jeti di Kampung Rantau Panjang di sini, semalam.
Kejadian pada pukul 8.50 pagi itu berlaku apabila bot itu dimasuki air sebelum karam ketika berselisih dengan sebuah bot lain ketika menyeberangi Sungai Johor menuju ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira 300 meter dari jeti tersebut.


Mangsa, Zamri Ithnin, 38, berkata, kejadian tersebut mencemaskan sebelum dia nampak air sungai membuak masuk ke dalam bot dinaikinya dan keluarga.
"Hati saya yang sudah berdetik mengatakan bahawa bot itu akan karam terus memelok kedua-dua anak lelaki saya, Mohd Emir Aidid, 5, dan Mohd Harith Erzan, 3, sebelum bot itu terbalik," ceritanya mengenai kejadian cemas ketika ditemui di rumah ibu mertuanya di sini.
Turut berada dalam bot tersebut ialah isteri Anida Wahab, 32, dan anak saudaranya Norwildani Aqilah Jaafar, 12, serta seorang penumpang lain Zulkifli Tisin, 26, dan  pemandu bot yang dikenali sebagai 'Pak Hamid'.
Zamri memberitahu, kesemua penumpang bot lain sempat berpaut pada bot yang terbalik manakala dia yang memegang kedua-dua anak lelakinya diselamatkan oleh pemandu bot lain.
Katanya, dia tidak menyangka hasrat untuk menziarah kubur keluarga yang terletak di seberang sungai itu hampir meragut nyawa dia sekeluarga.
Menziarahi perkuburan pada dua hari raya sudah menjadi tradisi penduduk kampung di situ namun tragedi bot terbalik dan karam yang hampir meragut nyawa ini adalah pertama kali berlaku.


Sementara itu, seorang penduduk, Jefri Mohd Arif, 36, berkata, penduduk di sini terpaksa bersabung nyawa  menyeberang sungai untuk menziarahi kubur setiap kali menjelangnya syawal.
"Kami penduduk kampung sudah lebih sepuluh tahun memohon mendapatkan jambatan bagi menghubungkan kampung ini ke tanah perkuburan namun permohonan tersebut sehingga kini tiada jawapan," kata Jefri.
Jefri berkata, penduduk hanya memerlukan jambatan yang sekadar cukup dilalui motorsikal atau pejalan kaki.
"Kejadian yang berlaku ini adalah tanda-tanda awal betapa kami amat memerlukan jambatan tersebut. Persoalannya apakah perlu ada yang terkorban baru hendak dibina jambatan ini," ujarnya lagi.
Kosmo! dan Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads