Apa kejadah dengan Kerajaan Selangor sengaja menunjukan perasaan iri hati kepada warga Felda Selangor. Inilah penyakit Kerajaan Selangor yang tidak habis menyusahkan rakyat sendiri kerana politik.
Udah leee masalah sampah membawa penyakit membunuh! Udah kerana tamak Selangor berlubang sana sini! Udah le janji air hutang sana sini dah macam perompak! Sekarang dah datang penyakit baru menghalang usaha kerajaan membantu rakyat warga Felda pulak?
Sampai bila lah kerajaan Selangor hendak jadi perompak di negeri sendiri. Tak cukup ke merompak kayakan kroni, sudah melarat menyusahkan rakyat pula.
Ini bukan tokoh pemimpin tetapi tokoh penyagak lagi ada le! Lihat sini Kerajaan Selangor Sabotaj Warga Felda Kerana Iri Hati
Kerajaan Selangor zalimi warga Felda
SUNGAI TENGGI: Kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang dianggap zalim kerana mahu menyekat usaha Felda membina 268 unit kediaman baru bagi generasi kedua di empat tanah rancangan itu di Hulu Selangor.
Felda berkenaan adalah Felda Tengi, Felda Tenggi Selatan, Felda Gedangsa dan Felda Soeharto.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Ahmad Maslan, berkata tindakan Kerajaan Selangor itu tidak boleh dimaafkan warga Felda di sini kerana ia menganiaya rakyat.
"Jika mereka tidak memberi kelulusan, bermakna mereka menganiaya rakyat. Pada prinsipnya, tanah rancangan Felda sebenarnya sudah diwartakan untuk digunakan sama ada untuk Felda atau peneroka.
"Jika mereka tidak luluskan untuk membina 268 perumahan generasi Felda, ini bermakna mereka menzalimi (warga Felda) seperti mereka lakukan tindakan sama menghalang pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Promosi e-pemasaran Homestay di Felda Sungai Tenggi di sini, semalam. Pelancaran dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sementara itu, katanya, Felda komited memaju dan membantu empat Felda di sini yang terpisah daripada entiti Pusat itu selama 10 tahun sejak 1995 kerana terbabit dalam inisiatif pihak swasta.
Ahmad berkata, Felda menyedia peruntukan RM36.9 juta bagi memulih dan menebus kembali tanah rancangan Felda yang terbiar serta digadai peneroka ketika terpisah daripada Felda.
Beliau berkata, keempat-empat Felda ini menyertai semula Felda pada 2005 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika itu mengambil alih semula urusan pentadbiran Felda.
"Peruntukan itu digunakan untuk kerja menanam semula, menebang pokok, menabur baja dan menebus tanah yang digadai peneroka.
"Saya yakin, mereka tidak akan tinggalkan kerajaan Barisan Nasional dan patut bersyukur kerana Felda berusaha menyelesaikan permasalahan mereka," katanya.
Sumber Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan