12 di teluk datok - Google Blog Search |
Dr Shafie Abu Bakar: Hari Terbuka Y.A.B. <b>Dato</b>` Menteri Besar <b>...</b> Posted: 20 Aug 2012 04:05 PM PDT Shah Alam, 01 Syawal 1433 = 19 Ogos 2012 (Ahad): Memang dari awal lagi Adun Bangi berhasrat untuk menghadiri Hari Terbuka Eidul Fitri Dato` Menteri Besar Selangor yang diadakan pada hariraya pertama – hari ini di Pekarangan Dewan Negeri-Bangunan SSAAS, Shah Alam. Lantaran itu sesudah menunaikan Solat Sunat Hariraya Eidul Fitri di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi pada pagi ini Adun menghantar isteri dan anakanda pulang ke rumah bagi persediaan tamu hadir – terutama anak-cucu. Adapun Adun memandu berseorangan berbaju Melayu bersamping dan bersongkok ke Shah Alam.
Kemudian barulah Y.A.B. keluar dari Bangunan Anjung Dewan dan ke bawah khemah dan menemui orang ramai yang berpusu-pusu datang. Suasana adalah amat meriah. Banyak pilihan makanan yang dihidangkan, termasuklah nasi beriani, mee, sate, karipap, buah-buahan dan berbagai lagi makanan. Jumlah mereka yang datang dari berbagai kaum mungkin meningkat kepada 40 ribu orang. Daripada kehadiran mencerminkan Y.A.B. Dato` Menteri Besar adalah Menteri Besar yang berwibawa dan disayangi rakyat jelata, khususnya bagi rakyat negeri Selangor. Sekian. |
Masjid <b>Teluk Datok</b>, Morib, Jugra - ontahsapo Posted: 30 May 2007 09:25 PM PDT Jumaat, 8 Jamadilawal 1428. Minggu lepas lah tu. Kami berpetualang ke Banting, berjemaah di Masjid Teluk Datok. Masjid ini adalah masjid baru yang dibina diatas tapak masjid lama Kampung Teluk Datok satu masa dulu. Kawasan Teluk Datok ni adalah kawasan mulanya pendatang Jambi mendarat di Selangor.
Kemudian, hala nak balik singgah pulak ke kompleks makam Sultan Abdul Samad bin Raja Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Sultan Selangor yang keempat. Baginda mula memerintah Selangor pada 1857 setelah kemangkatan Sultan Muhammad iaitu bapa saudara baginda.
Bukit Jugra memang terkenal sejak lama dulu. Dalam Kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melaka, dikatakan Bandar Melaka dahulu bersambung hingga ke Jugra. Hingga disebut jika seseorang berjalan dari Melaka ke Jugra, tidak perlu membawa api, kerana pasti akan ada rumah rumah disepanjang perjalanan itu yang terang benderang. Dalam Hikayat Hang Tuah pula dikatakan Bukit Jugra adalah persinggahan Hang Tuah yang terakhir dalam siri pertapaannya. Wallahualam.
Al Fatihah..... Labels: Bukit Jugra, Jambi, Masjid, Morib, Ziarah |
You are subscribed to email updates from di teluk datok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan